12

101 7 3
                                    

Kazi berguling guling di atas katil sambil menekup wajah dengan bantal. Punggungnya ditampar kuat oleh Lylas yang ikut terkinja dk dalam biliknya itu. Joey sudahpun keluar ke ruang tamu, mungkin takut melihat mereka berdua yang sudah serupa monyet itu.

"Dah tu? Dah tu? Dia cakap apa weh?" Tanya Lylas dengan wajah yang merah dek asyik ketawa dan tersenyum sedari tadi. Kali ini paha Kazi pula menjadi sasaran telapak tangannya.

Kazi meletakkan bantal ke dada. "Dia cakap... 'You won't regret agreeing to this, sweetness.' "

Mereka berdua menjerit sakan. Jam sudahpun menganjak ke pukul 8 malam namun mereka berdua masih lagi mengenakan baju kerja masing-masing. Lylas yang baru balik dari mengadakan kelas tutor terus berlari ke bilik Kazi dek sudah tidak sabar untuk mendengar beritanya pada hari itu.

Lylas menekan perut yang mula senak. Kazi pula menghentak hentak kakinya di tilam.

"Kazi, mungkin apa yang aku nak cakap ni terlalu awal tapi aku percaya yang dia akan jaga kau sebaik mungkin." Ujar Lylas tiba-tiba. Wajah Kazi yang sama merah itu ditenung.

"Maksud kau?"

Senyuman tersimpul di bibir Lylas. "Hari ni tadi aku pun ada jumpa dengan Rhys. Aku curious so aku tanya lah kat dia. Dia cakap dia tahu pasal Saint ajak kau kahwin."

Apa yang diungkap kawannya itu menarik oerhatian Kazi lalu dia bangun dari katil. "Lepas tu? Dia ada cakap yang lain ke?"

Lylas mengangguk. "Rhys cakap Saint memang macam tu. Dia cakap Saint ni memang organized orangnya tapi kadang-kadang tu dia buat benda yang unexpected sangat. Especially kalau hal yang personal. You know, macam dia ajak kau kahwin mengejut ni." Kazi turut mengangguk faham. Lylas menyambung, "Rhys pun bagitahu kat aku, untuk aku bagitahu kat kau..."

Kening Kazi terjungkit. Menanti ayat itu dihabiskan.

"Yang kau tak perlu risau sangat. Sebab dia cakap kalau Saint buat something with a strong motivation, selalunya Saint tak akan buat sembarangan. Dia tak akan lepas tangan jugak. So, Rhys kata yang perkahwinan korang ni nanti dia percaya Saint akan jaga dengan sebaiknya."

Berdetak dentum jantung Kazi mendengarnya.

"And well, you know me. Kalau Rhys yang cakap macam tu aku memang percaya lah." Sengih Lylas.

Tangan Kazi mula mencuit sarung bantal. "Ha ah... aku... aku pun percayakan Saint, Ly. Hati aku kuat mengatakan yang dia tak akan sia-siakan hubungan kami berdua nanti."

Bahunya ditolak lembut oleh Lylas. Mereka saling membalas senyuman. Semenjak minggu lepas, hari ini kali pertama Kazi berasa lega. Tiada lagi keraguan di dalam hatinya. Cuma ia diganti dengan rasa gementar sebab minggu depan pula dia akan dirisik dam bertunang secara rasmi dengan Saint.

Biji matanya terjegil. "Ya Allah!"

"Eh, dah kenapa ni?"

"Aku belum bagitahu kat mak ayah aku, weh!"



Laman rumah mak dan ayahnya dipandang polos. Rindu dengan keluarganya tapi dalam masa yang sama dia menelan liur. Sedikit gementar untuk bersua muka dengan mereka. Apatah lagi apabila kereta Myvi putihnya masuk ke perkarangan rumah itu, dia melihat ada empat kereta lain yang sudah terparkir di situ. Dia melepaskan sengihan yang penuh hampa. Memang riuh la nanti, dia sudah dapat mengagak.

Baru sahaja dia keluar dari perut kereta, dia disapa oleh seseorang. Kazi tidak perlu untuk melihat siapa pemilik suaranya yang sentiasa 'loud speaker' itu.

SAINT : Vous Me PossédezWhere stories live. Discover now