21

124 6 12
                                    

Tulang berbunyi tatkala dia menekan jemari sebaik sahaja pelanggan keluar dari kedainya. Keluhan dilepaskan dek rasa penat yang amat. Lylas yang bermain dengan sekuntum bunga di meja dijeling. Sedari tadi bibir kawannya itu mencebik. Dah macam anak itik Kazi melihatnya.

          "Dah kenapa tu?" Soalnya lalu mengemas meja yang agak berselerak. Sisa batang bunga dan daun-daun dikumpul untuk dimasukkan ke dalam kotak. Soalannya hanya dijawab dengan dengusan Lylas. Kazi menggeleng perlahan. "Takde tutor budak ke hari ni?" Soalan ditukar. Kali ini Lylas menggeleng sambil menjawab sepatah. "Takde."

          Kazi duduk di kerusi. Tak ada angin atau ribut, kawannya itu datang ke kedainya dengan wajah yang masam namun hampir sepuluh minit berlalu Lylas masih enggan untuk membuka mulut. Gelas berisi air ais dihirup untuk membasah anak tekak. Wajah Lylas di sebelah dijeling lagi.

          "Gaduh dengan boyfriend ke?"

          Tidak semena-mena meja kayu itu ditampar Lylas. Tapi mulutnya masih berkunci. Sah lah ada ribut yang melanda di antara mereka. Kazi meneguk lagi air ais yang bersisa sehingga habis. Dia baru sahaja ingin menyambung kata namun terbantut apabila telefon bimbitnya berbunyi. Kazi menarik keluar objek itu dari dalam poket seluar. Melihat nama pada notifikasi mengundang senyuman di bibir. Tanpa sedar dirinya ditilik Lylas. Tidak menghiraukan pandangan kawannya, Kazi mula membaca Whatsapp dari si suami.

          Abang Saint Chayang 🥰 : Abang balik lewat sikit hari ni. Just a heads up.

          Dengan cepat Kazi membalas.

          Kazi : OK. Nak sayang masak untuk dinner ke?

          Belum sempat telefon diletak ke tepi, Saint sudah membalas. Perut Kazi memulas dek teruja.

          Abang Saint Chayang 🥰 : Only if you want to. But if you do tak payah masak banyak sangat sebab abang ada makan sikit nanti dengan client.

          Kazi : OK, abang.

          Deheman Lylas menarik perhatiannya.

          "Untung lah orang tu dah bawak dia kahwin terus." Ujar Lylas tanpa melihatnya. Tangannya kembali bermain dengan batang bunga tadi. Kazi yang ingin membalas mesej Saint dengan lebih panjang menukar hasrat lalu telefon dimasukkan semula ke dalam poket. Keningnya diangkat sebelah.

          "Kau gaduh dengan Rhys sebab dia ajak kau kahwin ke? Teka Kazi.

          Sekali lagi Lylas mendiamkan diri. Wajahnya semakin sungut. Seperti memikirkan masalah paling besar di dalam hidupnya. Kazi menyepak sedikit kakinya di bawah meja. Membuatkan wanita itu berdecit geram. "Yang kau nak merajuk dengan aku ni kenapa? Kau gaduh dengan dia kan, dah tu datang kedai aku ni dengan muka cemberut kau tu. Lepas tu tak nak cerita pulak. Baik tak payah datang sini." Geram pula Kazi melihatnya.

           Lylas meletakkan kepalanya di atas meja sambil merengek. Sebelah tangan menampar lagi permukaan meja itu.

           Telefon Kazi berbunyi lagi menandakan mesej baru telahpun masuk tapi dibiarkan Kazi seketika.

           "Dia ajak aku kahwin padahal dia tahu yang parents aku takkan suruh aku masuk Islam. Tapi dia nak jugak. Aku pening lah. Nak fikirkan mak bapak aku ke? Nak terima dia ke? Kau faham tak?" Akhirnya Lylas bersuara.

            Kazi mendiamkan diri. Nak cakap dia faham susah juga. Dia faham akan kecelaruan kawannya itu sebab dia sendiri dulu pun sama juga pening bila diajak berkahwin oleh suaminya. Tapi dia tidak berani untuk cakap dia faham seratus peratus sebab kes kawannya ini melibatkan agama. "Beb, kau sendiri pernah bagi tahu aku dulu. Yang family kau pun bukannya religious sangat, cuma dorang prefer to stick to the same religion just to keep things as it is. Tapi, parents kau pun bukannya close minded. Kau pernah tanya ke pasal tu kat mak bapak kau?"

SAINT : Vous Me PossédezWhere stories live. Discover now