"You ni tak reti buat kerja ke?" Gertakan dari wanita di hadapannya itu membuatnya tersentak. Kazi beristighfar di dalam hati apabila melihat jambakan bunga yang jelas aneh lagi hodoh gubahannya selepas jambakan itu dihempas di atas kaunter oleh wanita berkenaan.
"Dekat gambar bukan main lagi cantik, but what is this? Buruk lah! I nak you buat baru!" Wanita itu separa menjerit dengan wajah yang masam.
Kazi merasakan wajahnya membahang dengan rasa malu yang teramat. "Maaf, cik. Saya akan buat yang baru. Cik bertenang dulu, duduk and relax for me. Okay? Saya akan hidangkan dengan air sekali. How's that?" Pujuk Kazi dengan nada lembut. Sedar akan kesilapannya, dia tidak teragak agak untuk meminta maaf.
Wanita itu mendengus namun riaknya berubah tenang sedikit. Mungkin dek mendengar suara Kazi yang lembut itu. Dia menyilangkan tangan ke dada lalu mengangguk. "Fine. I nak you buat betul betul kali ni. Also, I nak coffee. I tak boleh function kalau I tak minum coffee ni." Katanya sebelum berlalu untuk duduk di sofa yang tersedia.
Kazi mengangguk faham. Dengan lekas dia membuat apa yang patut. Usai menghidang secawan kopi buat pelanggannya, dia kembali ke belakang kaunter untuk menggubah bunga semula. Kali ini dia tidak membiarkan dirinya mengelamun dalam bekerja.
Dalam tekun dia melakukan kerja, satu persatu batang bunga digubah. Malah wajahnya turut berubah serius. Pada masa yang sama dia memarahi dirinya sendiri kerana membiarkan dirinya hanyut dalam lamunan saat dia sedang bekerja. Imej bisnesnya dalam risiko untuk mendapat review yang buruk kalau dia berterusan melakukan kesilapan yang sama. Namun, tanpa diundang wajah Saint kembali menerjah di minda.
"Kahwin dengan I."
Kazi berdesis sendiri.
Semakin jelas wajah Saint bermain di fikiran, semakin cepat tangannya bekerja. Minit demi minit, akhirnya gubahan tersebut selesai. Kali ini jauh lebih cantik dari yang sebelumnya. Apabila dia benar benar berpuas hati dengan hasil kerjanya barulah dia membawa jambakan itu kepada wanita tadi.
Wanita itu terus meletakkan cawan ke meja. Wajahnya tadi yang masam mencuka spontan berubah cerah. Dia menepuk kedua belah telapaknya bersama. "This is what I'm talking about!"
Kazi tersenyum kecil, bersyukur bahawa kerjanya mendapat reaksi yang positif.
Jambakan itu bertukar tangan.
"I tak faham. Kenapa tadi macam tak menjadi? Kawan I cakap dia selalu beli bunga dekat sini so that's why I tried coming here as well. What happened?" Soal wanita itu tiba-tiba. "Selalunya orang perempuan ni kalau minda dia tak distracted, kerja dia takkan affected jugak tau?" Sambungnya lagi. Dengan wajah yang serius, dia mengangkat kening. "Is it about a man?"
Terkesima Kazi dibuatnya. Tapi dia mengawal raut wajah dengan melebarkan senyuman sesaat kemudian. "Everything is fine. Cash or card?"
Lylas menilik rupanya di hadapan cermin. Kazi yang duduk di meja dapur hanya memandang dengan kosong.
"How do I look?"
Mendengar nada suara kawannya yang teruja itu memaksa Kazi untuk memberi respon yang baik. "You look amazing. As always. He'll fall for you if he haven't already, babe." Jawab Kazi. Terasa senak pula apabila dia memikirkan Lylas yang akan pergi makan malam dengan Rhys petang itu.
Selepas pertemuan mereka di Exchange TRX dua hari yang lepas, Lylas menyatakan dia dan Rhys kini dalam fasa berkenalan dengan lebih mendalam. A.k.a on the way untuk menjadi couple. Kelihatannya selerti kedua-dua mereka sudah berbincang tentang hati dan perasaan mereka dengan baik pada hari itu. Kalau tak, tak ada lah Rhys membawa kawannya itu untuk kelaur berjumpa lagi petang ini.
Kazi menahan keluhan. Dia bukanlah cemburu dengan kawannya yang rupanya seperti tidak mengalami kesukaran dalam hubungannya dengan Rhys. Cuma, dia pun mengharapkan perkara yang sama berlaku di antara dia dan Saint.
Kazi tidak menceritakan apa yang terjadi antaranya dengan Saint kepada sesiapapun.
Hari itu dia berasa teruja dengan segala yang berlaku. Tapi sekarang hatinya menjadi semakin risau dan bingung. Bukan itu saja. Takut, rasa ingin tahu, hairan semuanya bercampur menjadi satu. Rasa teruja tempoh hari pula sudah hilang.
Tangan mula menggaru kepala yang tidak gatal. Resah semakin resah jadinya. Dia meminta Saint untuk memberinya masa seminggu untuk berfikir dan membuat keputusan. Pejam celik dua hari dah berlalu. Tapi sekarang ini dia tidak mempunyai jawapan langsung, hanya rasa gentar yang membina di jiwa.
"You okay?"
Kazi mengangguk lalu bangun dari duduk menuju ke biliknya. "Have fun. Baik-baik keluar tu." Tanpa menunggu respon dari Lylas, Kazi sudahpun menutup daun pintu biliknya. Tubuh terus dibaring di katil.
Bantal ditekup ke muka. Berharap dia akan beroleh sedikit ketenangan di sebalik kegelapan.
"Kahwin dengan I."
Kazi meraung kuat pada bantal di wajahnya. Sebaik berasa puas hati segala rasa yang terbuku itu sudah ditolak keluar bersama dengan raungannya, Kazi nekad.
"Fine. Aku akan buat istikharah. Aku suka kat kau tapi kau buat aku takut dengan keputusan kau ajak aku kahwin yang terburu buru macam ni. Nak tahu sangat jawapan aku? Tunggu je habis tempoh seminggu yang aku minta ni, Saint. Apa pun keputusan aku kau jangan menyesal." Gerutunya dengan yakin.
Padahal di dalam hati dia menyahut.
Mungkin bukan dia yang akan menyesal nanti. Mungkin kau sendiri, Kazi. Yes or no, it will affect you more than him. Dia ajak kau kahwin sebab dia cakap dia nak jaga kau kan? He said nothing about love.
Kazi menggeleng, cuba untuk menghiraukan suara tersebut. Apa yang dia perlukan adalah petunjuk dari Allah, bukan dirinya sendiri yang jelas tengah kalut sekarang ini.
YOU ARE READING
SAINT : Vous Me Possédez
Romance"Kahwin dengan I, Kazi." "Tapi kita tak pernah dating. Kenal pun tak sampai setahun. Awak sanggup ambil risiko untuk saya?" Kazi Elle Qausar jatuh cinta dan memendamnya beberapa bulan tanpa pengetahuan si jejaka sebab dia manusia yang malu. Lagipun...