17

111 11 1
                                    

Tiga hari sudahpun berlalu selepas hari perkahwinan mereka. Kazi dan Saint masih lagi tinggal di rumah orang tuanya seperti yang dijanjikan suaminya. Dan esok adalah hari terakhir mereka di situ sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur dan Kazi mula menginap di rumah suaminya. Buat masa sekarang mereka masih lagi bersenang lenang di rumah orang tuanya. Kazi yang sedang duduk menonton tv berseorangan di ruang tamu mengerling ke dapur. Adik beradiknya yang lain sudahpun pulang ke rumah masing-masing semalam. Hanya tinggal dia dan suaminya sahaja yang menemani Puan Salmah dan Encik Qausar.

Tiada lagi riuh di pagi hari. Bunyi burung yang berkicauan di pagi hari juga dapat didengari di luar rumah. Tumpuan Kazi dilarikan ke arah dapur semula. Matanya disepetkan untuk melihat dengan lebih jelas susuk tubuh suaminya di dapur bersama dengan maknya.

Borak suami dan maknya tidak kedengaran walaupun suara tv sudah dikecilkan. Namun apa yang jelas di mata Kazi, dia perasan betapa mesra dan baiknya Puan Salmah pada suaminya itu. Bukan main lagi, siap gelak gelak bagai. Mereka semua anak beranak tahu betapa mahalnya senyuman Puan Salmah, apalagi kalau ketawa. Kazi menahan rasa di dalam hati.

Memang lah dia lega suaminya diterima baik oleh semua orang, tapi pada masa yang sama dia juga berasa sedikit kurang senang kerana dia tahu kenapa maknya itu sangat menerima akan kehadiran menantu yang baru ini. Malah, Amaya juga telah membisikkan perkara yang sama pada dirinya tempoh hari sebelum kakaknya itu pulang semula ke Johor bersama suami dan anaknya.

"Aku tahu kau pun tahu kan? Mak happy sebab laki kau tu CEO. Masa aku dengan kak Daiyan kahwin dulu, mak happy camni ke? Tak kan? Kalau laki kau tu bukan CEO, hmmph! Memang sama la layanan dia kat laki kau tu dengan apa yang mak buat kat laki aku dengan laki kak Daiyan. Yang tu aku kurang suka dengan perangai mak ni." Gerutu Amaya ketika mereka duduk melepak di biliknya tempoh hari.

Kazi ketika itu hanya mengangguk. Dia tahu, cuma malas nak berbunyi dah. Tangannya tidak henti mengambil keropok ikan dan menyuap ke dalam mulut. Suaminya ketika itu keluar sebentar bersama suami Amaya bersama anak mereka ke kedai runcit.

"Sebab tu ke kau tak pernah cerita pasal dia kat kitorang? Macam mana lah kau boleh berjodoh dengan CEO ye?" Kata Amaya pula sambil menggaru kaki. Olahnya tidak seperti orang yang sarat mengandung.

Kazi berfikir sejenak. Namun dia mengangguk lagi. Kalau dia jujur dan cakap dia memang tak tahu sebelum ini yang suaminya itu bekerja sebagai CEO, nanti makin banyak pula soalan kakaknya itu.

"Tapi kesian jugak aku tengok dia. Anak yatim piatu. Masa korang kahwin hari tu pun macam tak ramai je famili dia yang datang. Yang aku pelik kan, keluarga dia yang datang hari tu memang semua lelaki ke? Dah la semua orang putih. Tapi kau cakap dia ada mix Melayu. Takde pulak orang Melayu dalam famili dia aku tengok hari tu." Sambung Amaya lagi.

Mendengar bunyi tapak kaki yang semakin mendekat menarik Kazi dari lamunan. Dia berpaling dari arah tv kepada Saint yang berjalan ke arahnya. Lelaki itu melabuhkan punggung di sebelahnya. Duduk dengan sangat rapat sehingga paha mereka bergesel. Kazi berdehem, sempat mengerling ke dapur. Maknya masih ligat mengemas dapur.

"Sayang tengok cerita apa ni?" Soal Saint. Lengannya direhatkan di belakang sofa. Sebelah tangan mula mengambil remote tv di paha Kazi lalu suara tv dinaikkan sedikit. Tapi yang masih bermain di kaca tv hanyalah iklan sahaja.

"Upin Ipin." Balas Kazi bersahaja. Memang dia tengok Upin Ipin pun, salah ke?

"Apa tu?"

"Hah?"

"Upin Ipin tu apa?"

Terkebil sekejap Kazi melihat suaminya. "Abang tak tahu Upin Ipin? Famous kut Upin Ipin. Semua orang suka tau. Dia animasi buatan Malaysia, pasal budak-budak kembar. Nama dorang Upin dan Ipin. Abang memang tak pernah tengok ke?"

SAINT : Vous Me PossédezWhere stories live. Discover now