Kazi tergamam melihat Saint berdiri di depan kaunter. Matanya tidak puas melihat lelaki itu yang kacak hanya berpakaian kasual. Selalunya dia hanya melihat Saint dengan hoodie dan sweatpants, pakaian yang dia biasa gunakan ketika ke gym. Tapi kali ini Saint hanya mengenakan baju polo kelabu muda dipadankan dengan seluar hitam sekali digayakan dengan tali pinggang hitam. Apa yang membuatkan Kazi semakin terpana apabila melihat lelaki itu menggunakan kaca mata.
"Awak buat apa kat sini?" Tanya Kazi, sedikit bingung dengan kemunculan Saint yang tiba tiba. Seminggu telah berlalu semenjak malam mereka berborak di luar gym. Dan seminggu itu juga lah dia dan Lylas dikecewakan kerana Saint dan Rhys tidak menampakkan batang hidung mereka ke gym itu. Tapi sekarang lelaki itu tiba tiba muncul di hadapannya. Seminggu itu entah ke mana menghilang.
Saint memasukkan kedua tangan ke dalam poket seluar. "I tak boleh datang jumpa you ke?" Soalan dibalas dengan soalan.
Kazi menggigit bahagian dalam pipi. "Tak, bukan itu maksud saya. Cuma... Macam mana awak tahu kedai saya kat sini?" Kazi bangun dari duduk. Mendekati kaunter itu agar kelihatan lebih sopan berbicara dengan Saint. Rasa kekok pula apabila dia tiba tiba disapa lelaki itu sedang dia duduk di meja belakang saat dia sedang bekerja. Kepalanya didongakkan untuk melihat wajah Saint. Sungguh, lelaki itu memang jauh lebih tinggi dari kebanyakkan lelaki. Tapi kelampaiannya diseimbangkan dengan bentuk badan yang tegap.
"You bagitau I kan tempoh hari? Starbrite. I cari je dalam Google Maps and now here I am."
Spontan Kazi mengangguk. Baru teringat dia ada memberitahu nama kedai bunganya kepada Saint malam itu. Melihat Saint yang memandang ke arahnya membuatkan jantung berdegup kencang.
"Uhm, awak apa khabar? Dah lama tak jumpa. Kat gym pun awak dengan kawan awak seminggu kan dah tak datang? Ly cakap dia sorang sorang je kat situ bila korang takde." Ujar Kazi. Dia cuba untuk memulakan perbualan yang kasual agar keadaan tidak terasa aneh di antara mereka.
Saint senyum kecil. "I'm doing good, Kazi. I dengan Rhys outstation last week sebab tu kitorang tak datang." Badannya disandar pada kaunter. "Kenapa? You rindu kat I ke?"
Cepat saja darah naik ke muka Kazi. Melihat wajah yang kemerahan itu membuatkan tawa Saint terlepas. Mengejut sangat soalan tu wahai pujaan dinda!
Kazi hanya mampu tersengih.
"I sebenarnya jumpa kawan tadi. Kebetulan dekat dengan kedai you, I pun ingat nak singgah sekejap." Jam di pergelangan tangan dilihat. "You sorang je ke kat kedai ni?" Anak matanya mula meliar melihat sekeliling. Yang dapat ditengok hanya lah jambakan bunga yang terdiri dari pelbagai jenis. Ada yang di dalam pasu, ada yang diletakkan di atas rak, ada yang tergantung. Tapi langsung tiada kelibat manusia lain di dalam kedai itu. Kemudia dia menoleh kepada Kazi semula dengan kening yang terangkat.
"Oh, dulu ada budak yang tolong saya tapi dia part time je. Dia baru je berhenti bulan lepas sebab dia dah sambung belajar kat Pahang. So for now, saya memang sorang je kat sini. Ada budak lelaki yang seorang lagi tapi dia cuma kerja untuk buat delivery. Kalau nak prepare bunga ni semua memang saya sorang."
"Tak penat ke semua kerja you yang buat?"
"Hmm, kalau sekarang ni selalu kedai lengang sikit. Online order pun tak banyak. Saya busy bila ada certain times je, macam musim konvo ke. Biasanya saya cari part timer masa tu. But for now, I'm doing fine by myself."
Tanpa disedari mereka berdua mula berborak panjang. Bertukar cerita sambil menikmati kehadiran masing masing. Akhirnya mereka berdua duduk di satu sudut di mana meja dan sofa terletak yang telah disediakan buat pelanggan yang datang. Kazi turut menyediakan air kopi buat lelaki itu. Bersama dengan Saint membuat dia berasa selesa, sedikit demi sedikit rasa malu dan janggal hilang dari dirinya. Bukan hanya disebabkan lelaki itu tidak kekok dalam melanjutkan perbualan, tetapi dengan auranya sendiri saja sudah cukup membuatkan Kazi terasa senang.
Sedang Kazi bersemangat berkongsi cerita tentang dirinya, Saint tidak lepas memandang gadis itu. Senyuman mula mekar di bibir. Usai Kazi berbicara barulah dia menyampuk. "Banyak cakap jugak you ni sebenarnya ye? Macam makcik makcik je."
Kazi yang baru menghirup kopi untuk menghilang haus tersedak kecil. Dia menekup mulut agar air kopi tidak tersembur keluar dari mulut. Melihat tangan Saint yang mula naik untuk menggosok belakang badannya, Kazi cepat cepat menggeleng kepala. "Eh takpe takpe. Saya okey. Uhuk!" Katanya masih terbatuk.
Saint meletakkan tangannya di paha semula. "Also mudah terkejut. Got it. Next time I cuba untuk buat you tak terkejut dengan soalan I macam tadi." Usiknya. Anak matanya melirik ke wajah Kazi di sebalik kaca mata.
Enggan suasana antara mereka kembali kekok, Kazi membalas senyuman Saint. "Kalau kejutkan saya dengan hadiah takpe lah jugak." Saint mengangkat kening.
"Okey. Next time I datang jumpa you I bagi." Hanya itu jawapan darinya. Kazi menganggap lelaki itu sekadar berbasa basi saja, lagipun dia hanya bergurau tadi.
Jam di tangan dilihat buat kesekian kalinya. Lalu Saint menghabiskan air kopi yang disediakan Kazi tadi. Sedap, tak terlalu manis, tidak juga pahit. "I ada benda nak kena buat lepas ni, so I rasa I kena gerak sekarang."
Mereka bangun dari sofa dengan serentak. Kazi melihat seliling seketika. Masih tiada pelanggan yang datang. Dia tak tahu samada dia bertuah atau tidak apabila tiada orang yang datang ke kedainya semasa dia sibuk meluangkan masa dengan lelaki itu. Pada masa yang sama dia tidak ingin merungut juga. Sebab dia pada hari itu dapat berborak dengan lebih lama dengan Saint. Masa yang berlalu terasa diluangkan dengan baik bersamanya.
"Thanks for the coffee. Sedap."
Tumpuan Kazi kembali kepada Saint di sebelahnya. "Biasa je awak. Tak spesial pun."
"It is to me." Senyuman penuh makna di wajah Saint hampir membuatkan dia layu di situ. Saint memasukkan tangan ke dalam poket seluar. Telefon bimbit diambil dari poket dan dia merapatkan dirinya sedikit dengan Kazi. "Can I have your number, Kazi?"
Bunga api seakan akan meletus di mindanya mendengar soalan itu. Terus dia mengangguk. Kurang seminit mereka bertukar nombor telefon masing masing. Kazi bersorak ceria di dalam hati melihat nama Saint akhirnya terpapar pada senarai contactnya. Malah, nombor kawannya Rhys juga diberikan oleh lelaki itu.
Saint melarikan tangan pada rambut yang tersikat kemas. "Nanti you bagi lah nombor Rhys kat Lylas. I sebenarnya selalu workout sorang kat gym, Rhys tu yang rajin buat sama sama dengan Lylas. Tolong spotting bagai. And I baru sedar yang neither of us bagi nombor kitorang kat dia and that's ridiculous 'cuz it's been months. So, you cakap lah kat dia nanti. Just go ahead and text Rhys if she wants. Nanti senang lah kalau mereka berdua nak dating kat gym tu."
Mendengar ayat terakhir Saint membuat Kazi terasa ingin tahu. "Oh?"
Namun tiada balasan dari Saint. Dia membetulkan posisi cermin matanya.
"Kalau you nak call or text I bila bila masa je, I tak kisah."
Sekelip mata fokusnya yang tadi ingin mengetahui lebih lanjut tentang Rhys dan Lylas terus beralih semula kepada Saint. "Uhm, awak prefer yang mana? Call or texting?"
"Phone calls."
"Okey. Betul ni awak tak kisah? Anytime?" Duga Kazi.
"Anytime, sweetness."
Terkelu Kazi dibuatnya mendengar panggilan Saint buat dirinya. Sudah tidak mampu lagi ingin bertanya dengan lebih lanjut. Mereka berdua berbalas salam sebelum Saint keluar dari kedai. Meninggalkan Kazi masih tersipu sendiri, telefon bimbit dipegang kejap. Selesai terapung di awangan, jarinya bergerak pantas pada skrin telefon. Nombor yang dicari terus dibuat panggilan.
Belum sempat empunya nombor itu berkata apa apa, Kazi sudah berucap terlebih dahulu.
"I got his number!"
"What?!" Separa menjerit Lylas di hujung talian. "How?"
Kazi tersenyum sendiri. "Nanti aku cerita. Also, I got Rhys's number as well."
"What?!" Sekali lagi Lylas terjerit.
![](https://img.wattpad.com/cover/365289761-288-k368627.jpg)
YOU ARE READING
SAINT : Vous Me Possédez
Romance"Kahwin dengan I, Kazi." "Tapi kita tak pernah dating. Kenal pun tak sampai setahun. Awak sanggup ambil risiko untuk saya?" Kazi Elle Qausar jatuh cinta dan memendamnya beberapa bulan tanpa pengetahuan si jejaka sebab dia manusia yang malu. Lagipun...