5

137 9 5
                                    

Lylas sudahpun duduk memerap di dalam biliknya. Kazi tahu kawannya itu sedang teruja sebab baru mendapat nombor telefon peribadi Rhys yang sudah terlalu lama dia inginkan selama ini. Jadi dibiarkan saja gadis itu berseorangan di dalam bilik tidur manakala Kazi terus duduk di ruang tamu. Drama kegemaran di tv sudah tidak lagi mendapat tumpuannya.

Telefon di sebelah asyik dipandang. Setiap minit dia menoleh ke objek tidak bernyawa itu. Namun hampa, apa yang diharapkan tidak berlaku.

Suara Lylas yang kedengaran tertawa di bilik sebelah menarik perhatian Kazi. "Hmm. Tengah borak dengan Rhys la tu. Mentang mentang dah dapat nombor dia. Hari tu bukan main lagi cakap nak laksana misi MSFFK, tapi akhirnya dia pulak yang angau lebih kat sebelah tu." Gumam Kazi. Dia bukan lah marah dengan kawannya itu cuma iri hati sedikit sebab jika dibandingkan mereka berdua dengan situasi dia dan Saint, Lylas lebih bernasib baik sebab Rhys pun jenis melayan saja kerenah kawannya itu. Tidak sampai sepuluh minit dia menghantar nombor Rhys kepada Lylas, gadis itu tanpa ada tanda kejanggalan di wajah terus menekan butang call. Lagi mengejutkan, panggilannya diangkat oleh Rhys. Macam ada jodoh saja mereka berdua walaupun berbeza agama.

Dan dia pula... Kazi merenung ke arah telefonnya semula. Masih tiada tanda tanda dia akan menerima panggilan dari Saint malam itu. Keluhan dilepaskan.

Matanya cuba untuk fokus ke jalan cerita yang bermain di tv.

"Anytime, sweetness." Ayat itu tiba tiba menjenguk minda. Terasa jantungnya berdegup kuat. Adakah dia yang perlu mengambil langkah pertama? Beranikah dia untuk membuat panggilan terlebih dahulu?

            Setelah sekian lama berbalah dengan diri sendiri, akhirnya Kazi membuat pilihan. Tangannya menyambar telefon lalu nombor Saint dicari. Baru sahaja dia ingin menekan butang call telefonnya di dalam genggaman berdering. Habis terkejut Kazi dibuatnya.

            "Oh mak kau!" Dia melatah lalu mengurut dada dengan tangan sebelah. Matanya terbuntang melihat nama di skrin itu. Dengan jari yang terketar ketar, dia mengangkat panggilan. Liur ditelan sebelum dia memberi salam. Berharap agar suaranya tidak kedengaran aneh di dalam talian. "Hello, Saint."

Kazi menguis hujung baju dengan jemari. Rasa sejuk malam yang menampar dirinya tidak diendahkan. Tubuhnya saat itu menggeletar bukan kerana tiupan angin namun dek rasa gemuruh yang tidak hilang sedari tadi. Kepalanya mendongak melihat apartmentnya. Lylas masih di dalam bilik, langsung tidak menyedari bahawa dirinya sudah keluar dari rumah sejak sepuluh minit yang lalu.

              Kini dia berdiri sendirian di laman parkir apartment itu. Tangan diseluk ke dalam poket hoodie yang dipakai. Walaupun material hoodie itu tebal, kesejukan malam masih menyucuk kulit wajah yang bermekap ringan.

             Spontan dia meraup muka apabila mengenangkan dirinya bakal bertemu dengan Saint.

            "I'm near the gym. Rumah you dekat area tu kan? Wanna meet?" Itulah yang dikatakan Saint sebaik saja dia mengangkat panggilan dari lelaki itu.

             Kazi mencangkung di situ sambil menggaru kepala. Entah kenapa dia setuju saja tadi. Tak pasal pasal dia gemuruh jiwa versi lagu Faizal Tahir di situ. "Kenapa dia nak jumpa eh? Baru pagi tadi jumpa kat kedai, dia ajak jumpa lagi." Gumam Kazi. Seolah bertanya pada diri sendiri akan mendatangkan jawapan yang bernas.

Telefon di tangan dikerling. Jam sudah menunjukkan angka 10 malam. Gemuruh di dada cuba ditahan. Rasa teruja asyik bertukar bersilih ganti dengan rasa gementar. Ya lah, dia rasa kurang enak juga untuk berjumpa dengan Saint di luar apartmentnya pada waktu sebegitu. Meskipun masih ramai orang yang ulang alik keluar masuk dan suasana di sekeliling tidak sunyi, dia masih rasa sedikit bersalah untuk bertemu dengan lelaki itu. Kalau orang tuanya tahu pasti mereka akan menegurnya.

SAINT : Vous Me PossédezWhere stories live. Discover now