26

79 9 3
                                    

Dia mengerang tatkala mengubah posisi berbaring. Terasa sangat penat dan setiap inci badannya seperti ingin menjerit dek sengal yang teramat. Kehangatan yang melekat di pipinya membuatkan kelopak matanya terbuka. Dan kehangatan itu terus merebak ke seluruh wajahnya apabila dia mendapati dirinya ditenung Saint yang berbaring di sisinya.

"Morning, love."

Tidak semena-mena jantungnya tersentap mendengar suara Saint yang seksi itu. Spontan Kazi menarik selimut ke dada sebaik sahaja dia melihat Saint melentok dan menahan kepalanya dengan sebelah tangan, jelas tidak berbaju. Kazi menggemam mulut sebelum menjawab. "Morning."

Saint senyum lalu matanya meliar menjeling Kazi yang menyembunyikan dirinya di bawah selimut. Hanya kepalanya yang masih terdedah untuk Saint tenung. Dengan selamba dia menarik selimut itu ke bawah dengan tangan sebelah. Sampai pada paras atas dadanya, Kazi menahan selimut itu dari terus ditarik Saint. Namun apa yang dicari Saint sudahpun ditemui. Senyuman lelaki melebar.

"Hmm." Jarinya menyentuh pada kulit Kazi yang lebam.

Kazi membiarkan namun degupan jantungnya semakin kuat. Dasarnya dia sudah biasa akan belaian Saint sejak kali pertama mereka menunaikan tanggungjawab masing-masing kerana suaminya itu jelas suka untuk melihat apa yang telah dia lakukan terhadap dirinya tetapi kali ini ianya berbeza. Kerana sebelum ini mereka bersama tanpa mengetahui isi hati masing-masing. Dan selepas luahan hati mereka malam tadi, segalanya berubah. Malah, setiap belaian dan sentuhan Saint pada dirinya tidak kira betapa kecil sekalipun memberi impak yang besar pada dirinya kini.

Mata gelap Saint melirik semula pada matanya.

"I love you, baby."

Hampir tersedak dia mendengar ayat itu. Sangat mengejut dan tiba-tiba. Walaupun suaminya sudah mengakui cintanya malam tadi, tetapi mendengarnya semula di awal pagi setelah mereka beradu asmara... Senang cerita ayat itu berkemungkinan besar boleh membuatkan dia menjadi arwah pagi ini.

Saint tertawa kecil setelah melihat muka Kazi menjadi semakin merah. Dia mendekatkan diri dengan isterinya itu. "You like that? Me saying how I feel for you? And calling you baby?" Bisiknya pada telinga Kazi.

Tidak mampu untuk melawan godaan si suami, Kazi hanya mengangguk. Lututnya bergetar di bawah selimut. Nafas ditarik dalam lalu dilepaskan dengan tersekat-sekat saat Saint menariknya ke dalam dakapan. Pipi Kazi menjadi sasaran bibir yang seksi itu. Bulu roma Kazi meremang bila Saint menyambung bisikannya. Kali ini bertanya pada dirinya. "What about a morning exercise? You like that too?" Senyuman Saint berubah.

Sekali lagi Kazi hanya mampu mengangguk.

Dengan senyuman yang nakal lagi angkuh, Saint menyambung. "You gotta know when to say no, sayang. Or you'll be addicted to this. Not that I'm complaining."




Untuk hari itu, mereka memilih untuk pergi melawat ke Muzium Negeri Sarawak. Kazi yang minat akan sejarah dan mempelajari tentang budaya berasa sangat teruja untuk datang ke situ. Dengan mood yang sangat baik, dia mula menarik-narik tangan suaminya sebaik masuk ke dalam muzium itu. Saint nak membayar di kaunter itu sudah tergeleng melihat kerenah isterinya.

                 "Abang tak tahu pulak yang sayang suka yang macam ni." Ujar Saint ketika mereka melihat kepada objek-objek yang diletakkan di sebalik kotak kaca.

                 Kazi tersenyum mendengarnya. "Kalau abang nak tahu, sayang dulu dapat A tau dalam Sejarah masa SPM."

                 "Oh really?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 29 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SAINT : Vous Me PossédezWhere stories live. Discover now