Rasa sakit di perut membuatkan Kazi terjaga dari tidur. Dia menggerutu sendiri, geram sakit perempuannya mengganggu lena tidur. Keadaan di dalam bilik tidurnya masih gelap. Bunyi penghawa dingin dan serangga di luar rumah saja yang dapat didengari. Kemudian dia mengalih posisi untuk berbaring ke kanan. Ruang kosong di sebelahnya itu dipandang polos. Baru perasan suaminya tiada di sisi.
Kazi ingin bangun dari baring namun kesakitan yang bagai menghiris dalam perut memaksanya untuk terus berbaring. "Hishh..." Desisnya sendiri. Mana laki aku ni, soal hatinya.
Suara sayup kedengaran dari luar biliknya. Spontan Kazi mengeraskan tubuh, mata dikatup rapat. Rasa gementar tiba-tiba meluncur laju di hati lalu dia pun memilih untuk berpura-pura masih tidur. Dia mendengar pintu biliknya dibuka dan ditutup dengan perlahan. Hentakan halus tapak kaki mendekati katil. Tapi Kazi kekal membatu.
Dia menggigit dalam pipi apabila merasakan pipinya dielus lembut. Dan setelah itu suara Saint yang bernada rendah dan garau ditangkap melalui cuping telinganya yang merah sedikit.
"No, she's still asleep."
Sentuhan Saint di pipinya menghilang dan Kazi mendengar lelaki itu mula melangkah ke hujung bilik. Dia membuka sedikit matanya. Di sebalik cahaya bulan yang terang, dia melihat Saint berdiri membelakanginya di hadapan tingkap bilik. Suaminya itu memandang ke luar jendela di sebalik langsir yang diselak. Sebelah tangannya menekap telefon bimbitnya di telinga. Kazi menelan liur. Teruja pula melihat suaminya itu. Walaupun hanya bersuluhkan cahaya bulan, dia dapat melihat setiap garis dan bentuk yang terukir pada badan Saint yang jelas sihat dan sasa. Suaminya pada malam itu hanya mengenakan seluar panjang dan baju berlengan pendek, tapi masih mampu untuk mencabar naluri kewanitaannya.
Kazi menggigit bibir. Hormon period lah ni, gatal! Getus hati Kazi, menuduh pada dirinya yang datang bulan pula atas perasaan yang menyelinap masuk ke dalam batin.
"Nanti lah aku suruh Hernandez yang settle. Aku baru kahwin ni, kau ingat aku tak nak enjoy ke?" Suara garau Saint kedengaran lagi. Nampaknya seperti dia sedaya upaya untuk bercakap dengan perlahan agar tidak didengari oleh Kazi kerana mengagak isterinya ktu masih nyenyak melayan mimpi.
Tiada niat Kazi untuk mencuri dengar, tapi dia tak nak juga mengganggu perbualan suaminya. Jadi dia terus mendiamkan diri, memandang belakang tubuh Saint di sebalik kelopak mata yang dibuka sedikit.
Saint berdiam diri seketika, mendengar apa yang dikatakan di hujung talian.
"Tak. Dia takde tanya. But I expect she'll ask me soon. Kakak dia pun dah tanya kat aku petang tadi. Kalau famili dia pun curious, kau ingat dia tak curious ke pasal famili laki dia?"
Kazi menggemam mulut.
Saint melepaskan nafas halus. "I just told them that my family couldn't make it for the wedding." Sekali lagi dia mendiamkan diri. "Obviously. Takkan aku nak tipu cakap mak bapak aku masih hidup. They're dead, Rhys. Takde kerjanya aku nak menipu pasal tu."
Tangan Kazi naik menekan dada yang terasa senak. Tubir mata mula bergenang. Kenapa dia tak tahu pasal Saint itu seorang yatim piatu? Kenapa Saint tak bagitahu dia? Kenapa suaminya sudah memberitahu pada keluarganya pula, tapi bukan kepada dia yang sudah menjadi isteri lelaki itu? Adakah sebab dia tidak menyoal pasal status Saint, kerana itu dia tidak memberitahu Kazi? Bermacam soalan mula bermain di dalam minda.
Pergerakan Saint mengejutkan Kazi. Lalu dia menutup mata semula. Bunyi tapak kaki Saint mendekati katil, lalu ruang di sebelahnya itu terasa dihenyak. Kali ini suara rendah Saint lebih dekat di sebelahnya, menghadapi wajahnya sendiri.
YOU ARE READING
SAINT : Vous Me Possédez
Romance"Kahwin dengan I, Kazi." "Tapi kita tak pernah dating. Kenal pun tak sampai setahun. Awak sanggup ambil risiko untuk saya?" Kazi Elle Qausar jatuh cinta dan memendamnya beberapa bulan tanpa pengetahuan si jejaka sebab dia manusia yang malu. Lagipun...