Sejak dari tadi lagi tiada siapa yang ingin mengeluarkan suara. Pemanduan dari Santubong ke Waterfront Kuching hanya diisi dengan kesunyian di antara mereka.
Kazi masih mencebik. Dahinya pula berkerut. Dia memang tak sangka hari pertama mereka berbulan madu menjadi sebegini. Tapi dia juga seorang wanita, takkan lah salah pula dia nak rasa cemburu bila suaminya enggan bercerita tentang seorang perempuan yang sudah terangan menggugat hati Kazi sebagai seorang isteri. Tapi dia mengunci mulut kerana akur akan permintaan Saint untuk tidak memaksanya berkongsi tentang wanita itu. Jadi mereka berdua duduk bersebelahan menghadap Dewan Undangan Negeri Sarawak yang cantik megah itu. Melayani perasaan masing-masing.
Angin lembut yang bertiup menenangkan hati Kazi sedikit sebanyak. Dan suara orang awam yang datang meluang masa menjadi tumpuan fokus matanya buat seketika.
"Abang dulu tak sama macam sekarang." Suara dalam Saint memecah keheningan antara mereka. Dengan perlahan Kazi mengalih pandangannya. Saint tidak memberi reaksi, mata gelapnya terus ke hadapan.
Kazi tidak menjawab. Sebaliknya dia menanti agar Saint menyambung.
"Macam yang abang cerita kat sayang pasal parents abang, semuanya betul. But I was barely telling you the surface of the story. It was just the tip of the iceberg." Saint menunduk, menggosok kedua tapak tangannya. Seolah mencari kehangatan di situ sebelum terus berbicara. "Bila ayah abang dah takde, mummy terpaksa balik semula untuk tinggal dengan keluarga dia. Walaupun mummy dah jadi seorang Muslim dan mereka benci fakta itu tentang mummy, tapi mummy tetap darah dorang."
Saint melirik sekilas untuk menentang anak mata Kazi.
"She was a Mordino. And so was I."
Kazi terus mendiamkan diri. Ekpresi mukanya kini berubah menjadi lebih lembut.
"Growing up as a Mordino was... different. Mummy barely survived as one, and a revert at that. Tapi mummy kuat. Sambil ke akhir pegangan agama mummy tak goyah. Sebab mummy lah abang dulu tahu serba sikit pasal Islam. Walaupun tak sempurna, tapi mummy cuba didik abang dengan sebetulnya. Tapi makin abang meningkat dewasa, makin kuat keluarga tu pegang jati diri abang. Lepas mummy meninggal abang mula terpesong jauh. Abang sedar abang masih lagi beragama Islam tapi paksi hidup abang dah semestinya tidak pada agama lagi."
"Selepas tu abang dah macam mula hidup untuk berkhidmat pada Mordino Estate je. Sikit-sikit buat kerja untuk dorang. Tapi abang sanggup buat sebab dorang bagi apa yang abang nak. Abang nak duit lebih ke, kereta baru, rumah dan tanah pun dorang bagi. Masa tu abang tak sedar lagi tapi sebenarnya mereka bagi semua benda tu kat abang sebab dorang nak ikat abang pada Mordino. Kalau boleh buat selamanya. Sort of like... they were using me for their own benefits but ultimately to mock my mother by making me less of a Muslim and more like a proper Mordino. Definitely not like what she used to raise me to be. Abang pulak masa tu ego sangat. Rasa macam dunia ni abang yang punya. Hinggakan sampai abang pernah terlupa asal usul abang sebagai anak yang pernah dididik dengan ilmu Islam."
"But like I said, they meant to raise me as a proper Mordino." Saint berhenti sejenak. Fokusnya kembali pada pemandangan di hadapan. Feri yang bergerak di atas sungai itu menjadi tumpuannya.
"Dalam keluarga Mordino, dorang ada bisnes yang memang khas dan terasing dari bisnes luaran mereka. Orang luar tahu Mordino sebab sukses mereka dalam bisnes real estate yang dah diwarisi turun temurun. Kalau mummy tak kahwin dengan ayah dan tak masuk Islam dulu, sepatutnya mummy yang menjadi waris bisnes tu sebab mummy anak tunggal. Makcik pakcik, sekali dengan sepupu mummy tak layak sebenarnya but they have their own law apparently. Kalau takat nak tukar-tukar dokumen tu, mana-mana yang ada darah Mordino boleh je buat. Mereka punya power trip memang tak boleh bawa bincang. Jadi nama mummy pun boleh kena buang."
YOU ARE READING
SAINT : Vous Me Possédez
Romance"Kahwin dengan I, Kazi." "Tapi kita tak pernah dating. Kenal pun tak sampai setahun. Awak sanggup ambil risiko untuk saya?" Kazi Elle Qausar jatuh cinta dan memendamnya beberapa bulan tanpa pengetahuan si jejaka sebab dia manusia yang malu. Lagipun...