"Jom , kita pergi double date!"
Kazi terus berhenti bermain dengan Joey, anak kucing yang ditemuinya tempoh hari. Pada mulanya dia keberatan untuk membawa anak kucing itu pulang bersamanya kerana bimbang dia tidak akan mempunyai masa untuk menjaga Joey. Tapi setelah diberi cadangan oleh Saint untuk membela anak kucing itu buat sementara waktu dan menunggu jika ada sesiapa yang ingin memiliki Joey. Akhirnya Kazi bersetuju dan membawanya pulang selepas hampir sejam dia meluangkan masa bersama dengan Saint di luar apartmentnya.
Sejak malam itu, dia sudah tidak lagi gementar untuk menghantar pesanan ringkas atau menelefon Saint. Walaupun hanya untuk bertanya khabar. Mujur saja Saint tidak pernah komplen dan menyatakan dia mengganggu lelaki itu. Kalau ada pun, Saint tidak memberitahunya. Tapi jika dilihat cara Saint bercakap dengan melalui telefon atau membalas mesejnya, gayanya seperti dia tidak kisah untuk melayan Kazi.
Meskipun begitu, dia masih lagi tersentap setiap kali Saint memanggilnya sweetness. Mahu terjangkit kencing manis nanti, tak ke naya macam tu? Dalam diam, dia tetap suka akan panggilan Saint buat dirinya.
Tapi rekomendasi Lylas itu pula masih membuatkan dia terkejut beruk. Tak ada angin ribut semua, tiba tiba ajak double date perempuan ini. Buang tabiat agaknya. Memang lah Lylas sudah pernah pergi dating sebelum ini sebab dia pernah bercinta dengan beberapa orang lelaki sejak mereka di sekolah menengah lagi. To test the water, ikan pun banyak tapi aku kena la pilih ikan mana yang sedap, bak kata Lylas dengan selamba ketika mereka masih belajar di universiti dahulu.
"Hah? Kau ni. Aku mana la pernah dating ini semua. Kau nak ajak double date pulak. Ish, tak nak lah!" Komplen Kazi kembali bermain dengan Joey yang perutnya sudah mula sedikit membuncit. Mana taknya, makanannya sedap sedap belaka. Jenama yang mahal pulak tu. Baru tiga hari dia membela Joey namun sudah kelihatan gemuk seperti ini. Kena lah banyak berterima kasih dengan Saint sebab lelaki itu yang membeli makanan kucing untuknya. Hairan pula Kazi dengan sikap lelaki itu, tak disuruh tapi dia buat juga. Namun Kazi tidak banyak bunyi dia terima saja pemberian Saint untuk Joey.
Sebab dalam masa yang sama dia dapat juga melepas rindu melihat lelaki itu. Padahal kini lelaki itu seringkali bertemu dengannya. Di waktu lunch break, Saint datang ke kedai bunganya untuk makan tengah hari bersama. Kemudian malam pula mereka bertemu lagi di gym seperti biasa. Dia sendiri jadi keliru, entah macam mana dalam masa yang singkat hubungan mereka semakin rapat.
Kalau lah dia sudah menyapa dan mengenali Saint sejak tiga bulan yang lepas, agaknya dia sudah mengaku kut dia cintakan lelaki itu. Dalam masa yang sama dia bersyukur mereka kini semakin rapat. Biar lambat, jangan tak pernah terus. Betul tak?
Lylas yang baru balik dari mengajar budak masih lagi berpakaian separa formal. Rambut pendek paras bahu diikat dengan getah rambut. Dapur dituju sementara Kazi masih duduk di ruang tamu bermain dengan Joey.
"Kazi, aku buat ni sebab nak tolong kau jugak tau tak? Memang lah aku nak keluar dengan Rhys sekali. Tapi aku dah janji dengan kau kan haritu? MSFFK? So, ini lah masanya! Aku tau lah kau tak pernah dating sebab tu aku ajak double date, faham? Nanti takde lah kau macam robot bila keluar jumpa dengan Saint tu. Atleast aku ada sekali untuk guide kau." Tudung saji diangkat. Lauk telur rebus masak merah dan sayur kailan sos tiram masih mengeluarkan asap. Terus terliur dia menghidu bau makanan itu.
"Wuih, sedapnya bau. Kau baru masak ke?"
Kazi bangun dari duduk bersila menuju ke dapur. "Ha ah. Aku tunggu kau balik. Jom lah dinner sama." Kerusi ditarik lalu punggungnya mendarat di situ. Tanpa disuruh Lylas mengambil dua biji pinggan dan mengauk nasi yang sudah dimasak.
YOU ARE READING
SAINT : Vous Me Possédez
Romance"Kahwin dengan I, Kazi." "Tapi kita tak pernah dating. Kenal pun tak sampai setahun. Awak sanggup ambil risiko untuk saya?" Kazi Elle Qausar jatuh cinta dan memendamnya beberapa bulan tanpa pengetahuan si jejaka sebab dia manusia yang malu. Lagipun...