"Tak baik menipu." Arlan memandang aku dengan muka yang menunjukkan yang dia tidak percaya dengan kata-kata aku.
"Err... Yelah. Saya cuma cakap yang awak ni sama dengan lelaki yang saya kenal." Aku memberitahunya sambil memandang ke tempat lain.
"Kau cakap aku sama dengan siapa?" Dia memandang aku sambil menyengetkan sikit kepalanya ke kanan.
"Kawan saya, Zaffre."
"Kenapa kau cakap yang aku sama dengan dia?" Tanya Arlan, pelik.
"Err... Tak penting pun. Umm... Saya pergi dulu ye! Ayla dah panggil saya tu."
Cepat-cepat aku bergegas meninggalkan Arlan dengan kucing itu. Jantung aku berdegut laju akibat perasaan gementar tiba-tiba muncul di dalam diri aku.
Aku memandang sekilas ke arah Arlan yang tercengang bila aku tiba-tiba meninggalkan dia. Aduhh... Kenapa aku tiba-tiba bagitau dia? Aku mengeluh sambil berjalan.
Tiba-tiba, seseorang menepuk lembut bahu aku seperti hendak menarik perhatian aku. Aku berpaling ke belakang dan ternampak Aria di hadapan aku.
"Aria??" Aku tidak sangka berjumpa dengan Aria di sini.
"Hai akak." Dia tersenyum ceria kepada aku.
"Macam mana awak boleh ada kat sini? Tak bagitau pun ada nak datang majlis perkahwinan orang." Aku bertanya pelik sebab Aria selalu memberikanku cerita-ceritanya setiap hari tapi aku tak berapa kesah kalau dia tak bagitau kesemuanya sebab dia pun ada privacy sendiri juga.
"Saya lupa. Saya pun tak sangka akak boleh ada kat sini." Katanya sambil tergelak kecil.
"Awak datang dengan jemputan ke?" Aku bertanya.
"Eh, taklah. Saya sepupu kepada pengantin perempuan jadi saya mestilah datang." Jawab Aria sambil tersengih.
Aku mengambil tanda faham. Aku perasan yang sepupu kepada pengantin perempuan, kebanyakannya lelaki daripada perempuan sebab waktu bergambar tadi, pengacara ada panggil sepupu belah pengantin perempuan untuk bergambar jadi boleh nampak yang kebanyakannya lelaki.
"Akak pula? Siapa yang jemput?" Tanya Aria kerana dia tahu yang aku tak ada apa-apa hubungan dengan pengantin perempuan ataupun pengantin lelaki.
"Eric."
"Ohh... Akak kan single, tak nak ke kenal-kenal mana-mana sepupu saya? Semuanya masih single dan available." Aria tersenyum manja kepada aku.
Sempat pula budak kecik ni promote kan sepupu lelaki dia kat aku. Aku tergelak kecil sambil mencubit pipi mulusnya dengan lembut.
"Saya tak minatlah..." Kata aku sambil menggelengkan kepala aku.
Aria menggembungkan pipinya kepada aku bila aku mencubit pipinya sebelum dia pun terikut sama gelak kecil dengan aku.
Sewaktu aku sedang berborak dengan Aria, aku perasan yang Hayden dan Asil memandang kami berdua seperti tolong tengokkan kami berdua sambil menjeling ke arah lelaki-lelaki yang hendak berjalan ke arah kami berdua, membuatkan lelaki-lelaki tersebut membatalkan niat mereka untuk menegur kami berdua.
Aku selalu perasan mereka berdua punya protective actions kepada Aria tapi Aria ni jenis yang tak perasan benda-benda macam ni. Aku tersenyum sendiri bila aku dapat meneka sesuatu.
Aku terus berborak dengan Aria sambil melupakan perkara yang aku memikirkan tadi.
•
•
•
"Aria kan promote kat akak pasal sepupu Aria, Aria pula macam mana? Tak ada minat sesiapa ke?" Tanya aku sambil berjalan-jalan bersama Aria di luar.
"Eh, tak adalah akak. Belajar pun belum habis lagi." Jawabnya sambil memeluk tangan aku.
"Tapi teringinlah juga nak ada crush gitu-gitu je sebab saya tak pernah lagi suka mana-mana lelaki." Kata Aria sambil merehatkan kepalanya di bahu aku.
Kami berdua sambung berjalan sambil melihat bulan di bintang di langit malam. Angin sepoi-sepoi berlalu lembut di pipi aku. Malam ini terasa sangatlah tenang. Tanpa perlu risau atau fikirkan tentang apa-apa di minda aku.
Aria pernah beritahu yang semua kawan perempuannya tinggalkan dia dan dia rasa sangat bertuah dipertemukan dengan aku. Dia beritahu aku yang dia berasa sangat selesa dengan aku.
Aku memandang sekeliling dan perasan yang ada sekumpulan lelaki yang lebih kurang 3-4 orang sedang mengikuti kami berdua seperti mereka mempunyai niat yang jahat. Aku memegang erat tangan Aria dan membawanya sekali untuk berjalan dengan pantas.
"Eh, akak? Jalan cepat-cepat nak ke mana?" Aria memandangku hairan.
"Akak nak pergi tandaslah. Tak tahan." Tipu aku. Aku tak mahu dia panik dalam situasi macam ni jadi aku terpaksa menipu kepadanya.
Aria yang seakan-akan tidak mengesyaki apa-apa terus berjalan pantas dengan aku.
"Okay, jom lah. Nanti tak sempat pula." Aria cepat-cepat membawa aku ke tandas.
Aku menghembus nafas lega bila Aria tidak mengesyaki apa-apa. Sebaik sahaja kami berdua masuk ke tandas wanita, aku cepat-cepat mengunci pintu tersebut.
"Aik? Kenapa akak kunci? Bukan akak nak membuang je ke?" Aria memandang aku pelik.
"Akak nak betulkan sanggul rambut akak lah..." Kata aku dengan lembut. Aria hanya mengangguk faham sebab aku memang mementingkan privasi tak kiralah lelaki ke perempuan.
"Hmm... Saya nak guna tandas tau." Aria terus menuju ke salah satu kubikel tandas, dia terus menutup dan mengunci pintu sebaik sahaja dia memasuki tempat tersebut.
Aku menghembus nafas lega, tangan aku sedikit menggeletar akibat perasaan takut menyelubungi diri aku bila aku perasan akan kehadiran sekumpulan lelaki itu.
Aku cepat-cepat mengeluarkan telefon aku dan menaip mesej dengan pantas sebelum menghantar mesej itu terus kepada Ayla.
'Ayla, tolong saya please.'
Aku menunggu untuk Ayla membalas dan tak sampai 5 saat je dia dah balas.
'Kenapa Emy?'
'Awak datang kat depan tandas dan tolong tengokkan kalau ada sekumpulan lelaki ke tak. Kalau ada, please halaukan.' Balas aku pada mesej tersebut.
Ayla tidak membalas apa-apa selepas itu. Aku hanya menunggu kehadiran Ayla sambil membuat urusan aku. Aku berasa pelik bila Aria tidak keluar lagi dari kubikel tandas tersebut.
Aku menepak ke arah kubikel tersebut dan mengetuk lembut pada pintu. "Aria? Awak okay ke tu?"
"Err... Saya okay, tengah sakit perut sekejap. Kalau akak nak pergi dulu, pergi lah. Saya rasa saya lama lagi dalam ni." Jawab Aria dengan janggal.
"Oh, ye ke. Tak apa, saya tunggu awak. Take your time." Ujar aku dengan lembut.
Selepas beberapa minit, pintu tandas wanita itu diketuk dan suara lunak seorang gadis menyingah ke telinga aku.
"Emy?" Ayla memanggil aku.
Aku menghembus nafas lega dan membuka pintu tersebut. Ayla memandang aku dengan riak wajah risau.
"Kau okay?" Tanya Ayla.
"Saya okay, jangan risau." Jawab aku sambil menepuk lembut bahunya. Ayla menghembus nafas lega sambil meraup rambutnya kebelakang.
"Waktu aku datang sini, adalah sekumpulan lelaki tengah merokok kat luar. Aku dah halau dah pun. Jangan risau." Ayla memberikan senyuman nipis kepada aku.
Aku membalas dengan anggukan sebelum terdengar bunyi air yang deras seakan-akan di flush daripada kubikel tandas Aria. Aria keluar daripada kubikel tersebut, perasan akan kehadiran Ayla. Dia hanya melambai ke arahnya sebelum berjalan ke arah singki untuk membasuh tangannya.
Aku dan Ayla terus sahaja keluar dari tandas itu sambil menunggu Aria keluar juga. "Awak jangan bagitau Aria tau? Saya tak nak dia risau." Kata aku sambil memandang ke arah Ayla.
Ayla mengangguk faham dan menunjukkan sign 'ok' kepada aku. Aku menghembus nafas lega sambil melihat sekeliling.
TO BE CONTINUED.
YOU ARE READING
LAVELRA: Her Desolation
RomanceHER SERIES 。 ゚☾ ゚。⋆★ [ 1ST ] | 2024 ☆ ONGOING ★ He fell first, she fell harder ★ Slow burn ★ Sad romance ★ Unexpected love