Her Desolation | 12

4 2 0
                                    

Sebaik sahaja sampai di rumah, terus Arlan berbaring di atas sofa di ruang tamu. Dia meraup rambutnya ke belakang sambil mengeluh.

'Betul ke keputusan yang aku buat ni?'

Arlan berfikir sejenak. Telefonnya tiba-tiba berdering di poket seluarnya. Terus dia keluarkan dan melihat nama pemanggil tersebut.

KHAI.

Dia memandang nama pemanggil tersebut untuk beberapa saat sebelum menjawab panggilannya. Suara garau seorang lelaki menjengah di telingaku.

"Kenapa lambat sangat kau nak jawab?" Tanya Khairul geram.

"Baru beberapa saat bro." Jawab Arlan, selamba.

"Whatever!" Kata Khairul dengan nada menyampah. Arlan hanya mengeluh sahaja sambil mengurut dahinya. Sudah biasa layan kerenah dia.

"By the way, aku lupa nak tanya. Kau dah bagi ke belum kotak putih tu?" Tanya Khairul.

Pertanyaan Khairul membuatkan Arlan menepuk dahinya sambil mengeluh dengan berat. Aku lupa nak bagi kotak tu kat dia. Haish, nanti-nanti jelah.

"Aku lupa, bro." Jawab Arlan dengan lemah.

"Haish, tulah kau. Selalu sangat lupa." Rungut Khairul.

"Eleh kau, yang kau suruh aku pehal? Kenapa kau tak bagi sendiri?" Rungut Arlan pula.

"Eleh, aku sibuk outstation." Jawab Khairul selamba. Arlan boleh bayangkan dia tengah buat aksi flip hair dia tu.

Kitorang berdua sama-sama mengeluh. Aku selalu lupa, dia pula selalu busy. Tapi bila dengan Iris tak ada pula istilah busy dalam kamus dia. Terlalu mencintai dia ni.

Cakap pasal Iris, teringatkan pula dengan apa yang jadi seminggu sebelum perkahwinan si Iris tu.

[FLASHBACK]

Arlan duduk di balkoni sambil merenung kosong pada hujan yang turun dengan lebatnya, menunjukan tiada tanda-tanda untuk berhenti.

Hari cuti yang sangat tenang dengan hujan lebat, tambahan pula dengan angin yang bertiup kencang menyejukkan suhu di sekelilingku memang memuaskan. Arlan membuat tidak endah sahaja dengan air-air hujan yang terkena pada mukanya.

Mujur dia sudah tutup pintu balkoni supaya air hujan tidak masuk dan membasahi lantai. Sambil dirinya termenung, dia tiba-tiba mendapat panggilan daripada Khairul.

Arlan menjawab panggilan tersebut. Tidak sempat dirinya untuk berkata apa-apa, kedengaran bunyi esakan di taliannya.

"Bro? Kau okay tak?" Tanya Arlan, risau.

"Aku... Aku tak okay..." Esakan daripada Khairul bertambah kuat. Arlan mula gelabah. Aku dah lah tak berapa pandai comfort orang.

"Okay, okay. Tenang... Tarik nafas dalam-dalam pastu hembus. Bila kau dah sedia, bagitau aku." Kata Arlan sambil berharap yang dia dapat membantunya.

Arlan menunggu dengan tenang untuk dia bersedia bercakap dengan dirinya. Dia mendengar Khairul menarik nafas dalam-dalam dan menghembus. Suaranya mengeletar sedikit, seakan-akan dia cuba untuk menyembunyikannya.

"Arlan... Aku... Aku dah tipu Iris..." Kata Khairul dengan sayu.

"Cuba cerita apa jadi." Pujuk Arlan dengan lembut.

"Aku... Aku kata kat dia yang aku akan berhenti cintakan dia... Tapi aku tak boleh... Aku tak sanggup... Aku sayangkan dia sangat Arlan..." Tangisan Khairul semakin didengari di dalam talian tersebut.

LAVELRA: Her Desolation Where stories live. Discover now