Her Desolation | 9

6 2 0
                                    

Selepas apa yang berlaku, kami bertiga pulang semula ke dewan perkahwinan itu. Ayla tidak membuka cerita tentang apa yang berlaku pada sesiapa terutama Aria. Ia hanya rahsia antara aku dan Ayla.

Beberapa hari kemudian, aku hanya berjalan sekitar taman yang berdekatan dengan rumahku sambil menghirup udara yang segar memandangkan hari ni aku mengambil cuti.

Sejak aku bertemu Arlan buat kali pertama, kenapa dia selalu mengingatkan aku tentang Zaf? Kenapa mesti dia? Aku mengeluh sambil duduk di bangku yang berada di taman tersebut.

Aku memandang ke arah keluarga-keluarga bersama anak-anak kecil berkeliaran di taman. Aku tersenyum sendiri. Alangkah bagusnya kalau si dia ada di sini lagi...

Sewaktu aku sedang mengelamun, seorang anak kecil perempuan menarik lengan baju aku. Tindakan tersebut menarik perhatian aku daripada mengelamun, membuatkan aku memandang ke arah anak kecil yang bertudung comel.

"Akak, yang akak pakai tu apa?" Anak kecil itu bertanya sambil menunjuk ke arah purdah yang aku sedang pakai dengan jari telunjuk kecilnya.

"Ni? Namanya, purdah." Jawab aku sambil tergelak kecil apabila melihat riak wajah keliru di wajah si comel itu.

"Kenapa akak pakai purdah?"

"Akak pakai untuk mengelakkan diri dari fitnah dan pandangan orang. Akak lebih suka berpurdah sebab rasa terlindung. Bila akak tak pakai waktu keluar, akak rasa tak selesa langsung."

Anak kecil itu masih keliru. Mungkin kerana dia muda lagi. Aku mengelus lembut pipi si comel itu sambil tersenyum di sebalik purdah yang dipakai.

"Tak apa, bila besar nanti adik faham." Anak kecil itu hanya mengangguk faham sambil aku menarik tangan aku dari pipi si comel itu.

"Umm... Bila besar nanti, Khalida nak pakai purdah macam akak lah!" Kata anak kecil itu sambil tersengih kepadaku. Aku hanya membalas dengan anggukan. Baguslah kalau dia nak pakai purdah juga.

Sebelum anak kecil itu sempat berkata apa-apa, suara seorang wanita memanggil namanya. Aku mengangkat wajah aku dan melihat seorang wanita yang melambai ke arah anak kecil itu suruh kemari.

"Alah... Ibu dah panggil dah." Si comel itu memuncungkan mulutnya. Aku tergelak kecil melihat tingkah laku anak kecil itu.

"Adik pergilah ye? Nanti ibu risau sebab awak bercakap dengan orang yang awak tak kenal." Kata aku dengan lembut.

"Tapi Khalida kenal je akak." Kata anak kecil itu sambil mengekalkan mulut muncungnya itu.

"Bila?" Tanya aku, pelik.

"Sekarang." Anak kecil itu sengih kepada aku.

Aku hanya menggelengkan kepala aku sambil tersenyum. Anak kecil itu tergelak kecil sebelum melambai ke arah aku sambil berlari ke arah ibunya.

"Nanti kita jumpa lagi tau!" Kata anak kecil itu sebelum cepat-cepat berlari ke arah ibunya.

Aku hanya mengangguk sahaja. Comel betul budak kecil tu. Nak picit aje pipi dia. Aku memandang ke arah langit yang sudah berubah warna yang gelap. Nampaknya, hari dah nak hujan.

Mata aku dengan perlahan memandang ke bawah sambil angin bertiupan di sekeliling aku. Semua orang beredar untuk mencari tempat untuk berlindung disebabkan sudah mula air hujan menitik dengan perlahan.

Aku bangun dari tempat aku dan berlalu pergi dari taman tersebut sebaik sahaja air hujan mula menurun dengan banyak.

Hari hujan...

. ᡣ𐭩 .

Selepas aku beredar dari taman, aku terus sahaja pergi ke cafe yang terdekat untuk berteduh sementara hujan disebabkan aku parking keretaku jauh dari taman.

LAVELRA: Her Desolation Where stories live. Discover now