Her Desolation | 2

13 4 0
                                    

Menuruni kereta aku dan mengunci kereta aku. Di hadapan aku terlihat bangunan yang tinggi dan besar.

Aku menapak masuk bangunan tersebut dan menuju ke dewan di lobby yang di mana majlis hari jadi ayah aku diadakan.

Daripada jauh, terlihat susuk tubuh perempuan itu mempunyai rambut berwarna dark ash brown dan juga memakai baju off shoulder dress yang berwarna putih bersama dengan coat berwarna hitam yang terletak di bahunya. Dia adalah seseorang yang cukup aku kenali.

"Ayla!" Aku memanggil wanita itu dengan teruja sambil menuju ke arahnya.

Ayla memusingkan dirinya ke arah aku yang memanggilnya untuk melihat gerangan siapakah yang menyebut namanya. Bibirnya perlahan-lahan terukir senyuman yang lebar sambil dia melambaikan tangannya ke arah aku.

"Emy!" Panggilnya dalam nada teruja juga. Kitorang berdua berpelukan antara satu sama lain dengan erat.

"Dah lama tak jumpa kau, Emy." Ayla berkata sambil senyum gembira sebelum meleraikan pelukannya.

"Dah lama tak jumpa awak juga. Bila awak balik sini?" Aku bertanya.

"Beberapa minggu yang lepas." Aku mengangguk faham.

Tengku Ayla Mykayla. Anak kepada Tengku Heigar Arhan dan juga kawan karib aku. Kitorang sudah berkenalan selama 5 tahun. Pertemuan kali pertama kitorang berdua adalah dari universiti di England.

"Datang seorang ke?" Aku bertanya lembut.

"Taklah, dengan lelaki tu." Ayla tunjuk ke arah lelaki bersuit putih dan mempunyai tie berwarna cream. Lelaki itu sedang rancak berborak dengan beberapa orang bersebelahan dengan tempat air.

"Hm? Siapa tu? Setahu saya, abang-abang awak mana ada muka macam tu." Aku menelengkan kepalaku, pelik sebab Ayla tak pernah datang dengan lelaki.

"Eish, takkanlah aku nak bawa abang-abang aku tu. Tak ingin aku." Ayla berkata sambil membuat riak wajah menyampah. Aku hanya mengangguk faham. Aku tahu yang dia tak ada hubungan yang baik dengan adik beradik dia.

"Itu kawan aku jela. Namanya Eric Deen." Ayla memperkenalkan kawan yang menghadiri dengannya di majlis itu.

"Eric Deen? Jarang nampak awak bawak kawan lelaki pergi ke event." Aku membalas.

"Hmmm... Ye eh? Tapi apa pun, jom duduk sama-sama." Ayla mempelawa aku untuk duduk bersama dengannya.

"Hm? Okay jap. Nak bagi hadiah ni untuk ayah saya. Awak pergilah dulu." Aku menyuruhnya untuk duduk dahulu dan Ayla memberikan anggukan yang menandakan 'ok' sebelum aku memalingkan kepala untuk mencari kelibat ayah aku.

Beberapa minit berlalu, aku akhirnya jumpa susuk tubuh ayah aku yang bersama dengan seorang lelaki. Mereka seperti sedang berborak dengan mesranya.

Aku menarik nafas untuk tenangkan diri sebelum menghampiri ayahku dan lelaki tersebut. Seolah-olah perasan akan kehadiran aku, ayah aku mengalihkan perhatian ke arah aku dengan senyuman kecil.

"Emy! Datang juga ye kamu." Ayah aku mengusap lembut kepala aku.

"Mestilah Emy datang." Aku memberikan tote bag berwarna putih itu kepadanya sambil berkata dengan nada lembut.

LAVELRA: Her Desolation Where stories live. Discover now