"Akak!" Daripada jauh Aria berlari ke arah aku sewaktu aku sedang membuka kunci kedai.
Senyuman lembut terukir di bibir aku di sebalik purdah yang di pakai. Terusik hati aku melihat wajah ceria Aria sewaktu dia terlihat aku di hadapan pintu kedai.
Bila dia berada di hadapan aku, dia memelukku dengan erat sekali. "Saya rindu akak! Dah sebulan tak berjumpa." Rungut Aria sebelum melerailam pelukannya.
Aku tergelak kecil bila mendengar rungutannya. Tangan aku perlahan-lahan menaik ke kepalanya dan mengusapnya lembut.
"Maaflah tinggalkan awak seorang untuk jaga kedai ni." Balas aku, serba salah tinggalkan dia seorang sahaja untuk uruskan kedai ni memandangkan dia seorang sahaja pekerja aku di sini.
"Tak apalah akak! Saya tak kesah. Hayden dengan Asil selalu tolong dan temankan saya jadi saya tak rasa bosanlah seorang je dalam kedai ni." Balas Aria dengan ceria, membuatkan aku tersengum suka di sebalik purdah aku.
"Banyak customer ke waktu saya tak ada?" Tanya aku sambil membuka pintu kedai dan masuk bersama dengan Aria.
"Hurmm... Tak banyaklah sangat. Cuma ada je yang order bunga banyak-banyak untuk majlis. Tapi saya dapat uruskan macam apa yang akak pernah ajar saya dulu." Balas Arlan dengan yakin, seperti bangga dengan dirinya sendiri kerana dapat uruskan kedai ni tanpa ada sebrang masalah sewaktu aku tiada untuk menolong.
"Baguslah kalau macam tu. Awak patut dapat bonus." Balas aku, seperti usikan sambil mengeluarkan sampul surat yang berisi duit kepadanya.
Matanya membulat dan dia terlihat seperti terkejut dengan apa yang aku katakan. Terus dia menerima sampul surat itu dengan senyuman ceria.
"Terima kasih akak!" Aku hanya balas dengan anggukan. Suka melihat dja ceria begitu.
. ᡣ𐭩 .
"Vel." Suara Arlan memanggilku dengan lembut.
Aku sedikit tersentak, jarang dia memanggilku dengan nama itu, tetapi cepat-cepat aku tenangkan diri. Senyum kecil aku hadiahkan kepadanya.
"Ye?" Balasku, memandang dia yang sedang duduk bersandar di atas katil dengan laptop di pangkuannya, sibuk menaip sesuatu.
"Esok nak tak kita lawat ibu ayah saya? Awak tak pernah berkenalan dengan diorang secara berdepan kan?" Banya Arlan, nada suaranya lembut, matanya masih melekat pada skrin laptop.
Aku hanya mengangguk. Memang betul, aku tak pernah jumpa mereka secara berdepan. Waktu hari pernikahan kami, aku hanya sempat melihat mereka dari jauh sebelum mereka terpaksa pergi atas urusan yang tak boleh dielakkan.
"Awak rasa diorang akan okay ke dengan saya?" Tanyaku, suaraku sedikit gugup. Terlintas di fikiran, tentang persoalan itu. Lagi pula, perkahwinan kami berdua bukan berdasarkan cinta.
"Kenapa cakap macam tu?" Arlan terus mengalihkan pandangannya ke arahku, dahi berkerut. Aku hanya membisu sahaja bila dia bertanya, tak tahu nak membalas apa.
Dia menepuk lembut tempat di sebelahnya. "Come here, Vel."
Perlahan-lahan aku bangun dan duduk di sebelahnya. Aku memandang dia yang sedang memakai cermin mata, jemarinya masih lincah menaip di papan kekunci.
"Vel, ibu ayah saya tak sabar nak berjumpa dengan awak. Jadi tak ada istilah yang mereka tak akan suka awak." Dia tiba-tiba menjentik lembut dahiku, membuatkan aku tersentak kecil.
Aku terkebil-kebil memandangnya, terkejut bukan kerana jentikan itu tetapi kerana apa yang baru dia katakan. "Diorang... tak sabar nak jumpa saya?" Tanyaku sedikit teragak-agak.
Arlan mengangguk sambil tersenyum kecil.
"Kenapa?" Tanyaku lagi, rasa hairan masih menghantui.
"Lah, salah ke ibu ayah nak jumpa menantu mereka ni?" Balasnya dengan gelakan kecil, jelas terhibur dengan kebingunganku.
"T-tak..." Aku menggeleng perlahan. "Saya cuma pelik je."
"Awak..." Panggilku untuk bertanya sesuatu kepadanya, tetapi dia hanya menjawab dengan 'Hm' tanpa mengalihkan pandangan dari laptop.
"Awak tak rasa rimas ke bila awak selalu kena minta izin saya untuk sentuh saya, walaupun cuma pegang tangan?" Soalku, jari-jemariku sibuk bermain dengan kain baju tidurku. Aku rasa kekok, takut jika tingkah lakuku menyusahkan dia.
Jari jemarinya yang sedang lincah menaip terus terhenti sebelum Arlan akhirnya menutup laptop, meletakkannya ke tepi, sebelum memandangku dengan serius. "Kenapa cakap macam tu?"
"Awak, janganlah tipu untuk sedapkan hati saya. Saya nak awak jujur dengan saya." Potongku sebelum dia sempat menjawab. Aku tak mahu dia terpaksa menipu hanya untuk menjaga perasaanku.
"Awak, tak ada istilah untuk saya menipu. Saya tak rasa rimas pun minta izin awak." Katanya, nadanya tegas tetapi lembut. "Ye, saya suami awak. Jadi, saya ada hak untuk sentuh awak. Tapi dalam masa yang sama, saya nak isteri saya selesa dengan saya. Saya selesa je minta izin awak. Keselesaan awak adalah keutamaan saya. Jadi jangan cakap macam tu lagi. Saya tak suka."
Aku menunduk, rasa lega bercampur sedikit rasa bersalah. "Tapi... Saya takut kalau saya masih tak selesa dengan awak. Awak suami saya, saya nak rasa selesa bila bersentuh dengan awak."
Arlan mengangguk kecil, senyuman tenang menghiasi wajahnya. "Kalau macam tu, kita take it slow. Baby steps. Kita tak perlu nak rush, okay? Kalau awak dah rasa selesa dengan saya sepenuhnya, awak panggil saya 'abang'."
Kata-katanya membuatkan aku tergamam. "A-abang?"
"Ye, abang."
'Tapi awak bukan abang saya." Balasku polos, menyebabkan Arlan terdiam. Berkerut dahi aku dibuatnya. Kenapa kena panggil dia 'abang'? Seketika, matanya membulat sedikit.
"Awak tak pernah panggil Zaffre, abang?" Dia bertanya, sedikit terkejut.
Aku menggeleng. "Dia tak ada pun suruh saya panggil abang."
Arlan ketawa kecil, jelas terhibur. "Vel, sebagai isteri, awak memang kena panggil saya abang."
"Kenapa?" Tanyaku, memandangnya dengan rasa hairan. Kenapa kena panggil dia abang? Dia bukannya abang aku.
"Sebab..." Dia memandangku dengan senyuman yang penuh makna.
"Ia tanda yang awak sudah betul-betul selesa dengan saya. Dan juga tanda awak dah mula terima saya sepenuhnya dalam hidup awak, Vel."
Aku terdiam, kata-katanya menusuk jauh ke hati. Perlahan-lahan, aku mengalihkan pandanganku ke jari jemari aku yang sedang menggenggam baju tidurku, mencerna apa yang dia baru katakan.
Arlan menyambung, suaranya lembut tetapi penuh keyakinan. "Vel, saya tahu hubungan kita bermula tanpa rasa cinta. Tapi sekarang, saya tak nak fikir pasal masa lalu. Saya cuma nak pastikan awak bahagia. Kalau itu bermaksud kita ambil masa, saya tak kisah. Awak masih perlukan masa untuk menerima saya."
Aku memandangnya semula, mata kami bertemu. Dalam senyumannya, aku rasa tenang, dan untuk pertama kalinya, aku percaya kata-katanya sepenuhnya.
"Okay." Aku membalas perlahan. "Kita take it slow."
Arlan mengangguk, senyuman kecilnya tetap menghiasi wajah. "Good. Tapi jangan lupa, Vel... Satu hari nanti, saya teringin nak dengar awak panggil saya ‘abang’."
Aku tertawa kecil, sedikit malu tetapi senang dengan cara dia membuatku merasa diterima. Aku mula berasa dekat dam selesa dengannya walaupun sikit pada malam itu.
Aku bersyukur dapat seseorang yang memahami aku tanpa aku dapat menjelaskan apa-apa perkara kepada dia. Seolah-olah dia dapat membaca minda aku dan memahami diri aku.
TO BE CONTINUED.
YOU ARE READING
LAVELRA: Her Desolation
RomanceHER SERIES 。 ゚☾ ゚。⋆★ [ 1ST ] | 2024 ☆ ONGOING ★ He fell first, she fell harder ★ Slow burn ★ Sad romance ★ Unexpected love