Perlahan-lahan, mata aku terbuka. Aku mengangkat tubuhku di dalam posisi duduk sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Aku terlihat Arlan seperti sedang memikirkan macam mana hendak membuat tali lehernya.
"Arlan?" Aku memanggil namanya. Terus sahaja Arlan memandangku.
"Awak nak saya tolong?" Aku bertanya sambil bangun daripada katil dan berjalan menuju ke arahnya.
"Eh, tak apalah. Saya okay je." Senyuman nipisnya ditayangkan kepada aku.
"Tak apa, saya nak tolong. Kalau awak tak pandai, cakap je." Pujuk aku dengan lembut.
"Haih, yelah... Tolong saya ye?" Pinta Arlan sambil memusingkan badannya menghadap aku.
Lambat-lambat, aku mencapai tali lehernya dan mula mengikat tali leher pada lehernya. Aku fokus mengikat tali leher tersebut sampai tidak sedar akan hal yang lain.
"Dah, siap."
Arlan pusingkan badannya menghadap cermin dan melihat betapa kemasnya aku mengikat tali lehernya. "Cantiklah awak buat. Terima kasih." Puji Arlan.
"Biasa-biasa je."
"Sebagai balasan, sini saya sikatkan rambut awak." Tawar Arlan sambil menyuruh aku untuk duduk di atas kerusi.
Bila Arlan berkata begitu, terus aku memandang cermin. Rambut aku memang betul-betul serabai kali ni. Pipi aku terus bertukar warna, perasaan malu mula menyelubungi diri aku sambil memandangnya dan tersengih janggal.
Aku mahu menolak tetapi riak wajah Arlan seperti betul-betul nak memberi balasan kepada aku jadi aku akur sahaja. Aku melabuhkan punggung di atas kerusi yang berhadapan dengan cermin.
Dia mengambil sikat yang terletak di atas meja dan mula menyikat rambutku. Aku dapat merasakan tangannya perlahan-lahan mengusap kepala aku. Usapan itu membuatkan pipi aku berasa sedikit hangat. Aku berdehem sambil menundukkan kepala aku supaya Arlan tidak nampak pipi aku yang sudah bertukar warna sedikit buat kali kedua.
. ᡣ𐭩 .
Arlan memandang cermin di hadapannya sambil dia menyikat rambut Lavelra. Jujur Arlan berasa sedikit malu bila Lavelra memberikan dia kebenaran untuk menyikat rambutnya.
Pada hari selepas perkahwinan mereka, Arlan berasa terkejut melihat wajah Lavelra di sebalik purdah dan juga rambutnya yang lembut di sebalik tudung. Arlan betul-betul berasa malu waktu kali pertama melihatnya. Lavelra benar-benar cantik dan comel.
Dia, seorang gadis yang bagaikan bintang malam, matanya yang berwarna coklat bak cahaya senja membawa ketenangan dalam setiap tatapan. Rambutnya hitam lurus mengalir seperti sutra, lembut disentuh angin. Wajahnya bagaikan bulan purnama, berseri penuh pesona, dan lekukan kecil pada pipinya menambah daya tarikan, mengundang senyum tanpa sengaja.
Tidak hairan lah bagi sesiapa yang terpana saat memandang wajahnya di sebalik purdah yang dipakai. Padanlah Zaffre selalu bercerita pasal Lavelra kepadanya.
"Awak nak saya ikatkan?" Tanya Arlan.
"Boleh je." Balas Lavelra dengan senyuman kecil.
Arlan terus sahaja mengangguk kepalanya sambil dia mencapai getah rambut yang berwarna hitam di atas meja dan mengikat rambut Lavelra, memastikan juga yang dia tak menarik rambut Lavelra dengan kuat.
"Dah siap." Kata Arlan sambil melihat diri Lavelra di hadapan cermin. Jujur bagi dia yang Lavelra kelihatan sangat comel pada waktu ini.
"Terima kasih." Ujar Lavelra dengan senyuman lembut yang menampakkan lesung pipit di pipi.
YOU ARE READING
LAVELRA: Her Desolation
RomanceHER SERIES 。 ゚☾ ゚。⋆★ [ 1ST ] | 2024 ☆ ONGOING ★ He fell first, she fell harder ★ Slow burn ★ Sad romance ★ Unexpected love