Daripada hari itu, aku dan Arlan mula meluangkan masa bersama-sama setiap kali dia sudah habis selesaikan kerja dia. Aku mula berasa selesa dengannya walaupun bukan sepenuhnya.
Arlan juga selalu membawa aku untuk berjalan-jalan bersama pada waktu malam di mana tiada banyak orang yang sedang lalu lalang. Aku suka saat berjalan bersama dia pada waktu malam. Suasana waktu kami berdua berjalan bersama adalah sunyi tetapi perbualan kami berdua mengisi kesunyian itu.
Walaupun aku ada dapat beberapa deja vu bila bersama dengan dia, Arlan selalu cepat tangkap walaupun aku tak berbuat apa-apa pun. Aku tahu lambat laun, aku mungkin akan menyakiti dirinya tetapi aku tak sanggup biarkan diri aku menyakiti Arlan.
Aku cuba untuk move on tapi kenapa hati aku berat untuk redha dengan pemergian Zaffre. Kenapa aku macam ni?
Senyuman di bibir, bisikan di telinga di mana aku sahaja yang boleh dengar, pandangan matanya yang menusuk, sentuhan lembutnya selalu membuatkan jantung aku berdegup laju, dirinya yang selalu mengambil kesah tentang diri aku tidak kesah apa jua keadaanya. Semuanya terlalu... sama.
Arlan dan Zaffre adalah dua orang yang berbeza tetapi kadang-kadang mereka berdua seperti orang yang sama.
Aku tidak mungkin jatuh hati pada Arlan. Jantung aku yang berdegup laju ni mesti disebabkan dia mengingati aku kepada Zaffre. Ya, tak mungkin disebabkan Arlan.
. ᡣ𐭩 .
Pagi itu, Mata aku perlahan-lahan terbuka terbangun daripada lena. Badan aku mengeras saat mata aku menangkap figura Arlan di sebelah aku sedang tidur dengan nyenyak.
Ni kali pertama aku melihat dia di situasi begini. Selalunya dia bangun lagi awal dari aku jadi tak sempat nak melihat dirinya pada waktu begini. Aku merenung wajahnya. Wajahnya tenang sahaja. Rambutnya yang selalu disisir rapi tanpa satu helai pun terjatuh, rambutnya terurai lembut, beberapa helai jatuh ke dahinya dan di atas bantal.
Tanpa aku sedar, tangan aku naik ke rambut Arlan dan perlahan-lahan menyentuh rambutnya. Rambutnya terasa lembut di tangan aku sepertimana kelembutan rambutnya terlihat.
"Lembutnya..." Aku menggumam perlahan.
Tangan aku mengusap lembut rambutnya tetapi pergerakan aku terhenti bila mata aku jatuh ke sepasang mata yang sedang memandang dirinya. Arlan dah bangun.
Rasa panik mula menyelubungi diri aku, tak tau nak buat apa. Hendak aku menarik tangan aku, tiba-tiba dia memegang pergelangan tangan aku dengan pantas membuat aku tersentak.
Arlan perlahan-lahan meletakkan telapak tangan aku di pipinya. Tangannya yang memegang pergelangan tangan aku, naik ke belakang tangan aku. Dia menggerakkan tangan aku untuk mengusap pipinya dengan perlahan.
Pandangannya pada aku seperti masih mamai. Wajahnya kelihatan tenang walaupun tiada secalit senyuman di bibirnya. Dia perlahan-lahan mendekatkan dirinya kepada aku membuatkan aku terkedu, tak tau nak buat apa.
Tangannya yang berada di belakang telapak tangan aku naik mengusap pipi aku dengan lembut, membuatkan nafas aku terhenti mata aku membulat untuk seketika. Ni kali pertama di menyentuh aku macam ni.
"A-arlan..." Aku teragak-agak mahu memanggilnya.
Tiba-tiba usapan Arlan di pipi aku terhenti bila aku memanggil dirinya, terus dia menarik tangan dia dengan matanya membulat. Terus dia bangun daripada katil sambil meraup mukanya. Dia seperti cuba untuk proses apa yang baru sahaja berlaku.
YOU ARE READING
LAVELRA: Her Desolation
RomanceHER SERIES 。 ゚☾ ゚。⋆★ [ 1ST ] | 2024 ☆ ONGOING ★ He fell first, she fell harder ★ Slow burn ★ Sad romance ★ Unexpected love