Sebulan selepas itu, mereka bersiap untuk balik semula ke Malaysia. Arlan memandang Lavelra yang sedang sibuk melipat pakaiannya dan memasukkannya ke dalam bagasi.
"Awak, purdah jangan lupa." Arlan pesan sambil mengangkat bagasi mereka selepas Lavelra sudah siap memasukkan semua barang.
Lavelra mengangguk. "Okay, awak."
Bila mereka berdua sudah bersiap, Arlan menarik tangan Lavelra untuk berjalan bersama dengannya. Tiba-tiba pergerakan Arlan terhenti membuatkan pergerakan Lavelra juga terhenti. Lavelra memandang Arlan pelik.
"Awak. Mana stokin awak." Arlan tunjuk pada pada kedua-dua belah lengan Lavelra. Mata Lavelra terbuntang bila Arlan menegurnya.
"Ya Allah! Saya terlupa."
Cepat-cepat Lavelra membuka beg sandang dia, mencari di mana stokin dia. Selepas sudah jumpa, Lavelra memandang ke kanan dan kiri dia sebelum memakainya dengan pantas.
"Okay, saya sudah. Terima kasih ingatkan saya, Arlan." Kata Lavelra sambil tertunduk malu.
"Sama-sama, awak." Arlan ketawa kecil melihat tingkah laku Lavelra tadi.
Selepas itu, mereka berdua pergi ke lapangan terbang bersama. Arlan memandang sekelilingnya. "Awak, saya nak ke tandas dulu. Awak carilah restoran yang awak nak makan ye? Nanti mesej saya bila awak dah jumpa."
Lavelra mengangguk sebelum dia berlalu pergi. Arlan terus sahaja menuju ke tandas selepas melihat Lavelra pergi.
. ᡣ𐭩 .
Aku memandang sekeliling di dalam restoran yang berdekatan sambil mencari tempat duduk yang kosong. Selepas aku jumpa, terus sahaja aku duduk.
Sewaktu sedang menunggu, tiba-tiba seorang lelaki duduk di hadapan aku membuatkan aku tersentak. Aku memandang ke kanan dan kiri. Aku dah pasti tadi yang tempat duduk ni tak ada orang ke aku salah?
"Nice to meet you again, sweetheart." Kata lelaki itu bersama senyuman manis terukir di bibir bersama kenyitan mata di hadiahkan kepada aku.
Badan aku mengeras bila aku terdengar suara tu. Aku kenal sangat suara tu. Terus aku mengangkat kepala aku untuk melihat wajah lelaki di hadapan aku.
"I-isaiah..." Kata aku sedikit gugup.
"I heard you are single right now. How about marrying me, sweetheart?" Isaiah bertanya sambil menongkat dagunya.
"M-marry you?" Mata aku terbeliak bila dia bertanya begitu.
"Yes, sweetheart." Isaiah mengangguk sebagai tanda ya.
"I already have a husband." Balas aku sambil mengelak pandangannya. Mata hijaunya sibuk cuba nak eye contact dengan aku.
"But Zaffre is already gone, sweetheart." Kata Isaiah dengan nada yang seperti ingin memujuk aku.
"I remarry..."
"Really? Sweetheart, it appears that I have lost my chance to be your spouse. I should have waited two years instead of moving to London." Isaiah tersenyum tawar sambil mata hijaunya memandang wajah aku.
Aku tak tahu nak buat apa dan mengangguk sahaja tetapi anggukan aku membuatkan Isaiah tersenyum lebar sambil dia mendekatkan kepalanya ke arah aku.
YOU ARE READING
LAVELRA: Her Desolation
RomanceHER SERIES 。 ゚☾ ゚。⋆★ [ 1ST ] | 2024 ☆ ONGOING ★ He fell first, she fell harder ★ Slow burn ★ Sad romance ★ Unexpected love