Her Desolation | 13

4 2 0
                                    

Pejam celik, pejam celik, tibanya sudah hari perkahwinan aku bersama Arlan. Walaupun aku pernah berkahwin, aku masih lagi berasa gementar dan resah.

Macam mana kalau aku tak dapat jadi isteri yang baik? Macam mana kalau aku tak boleh sayangkan dia? Soalan-soalan seperti itu bermain di fikiran aku sambil mata menjenguk pada gaun labuh yang simple dan berwarna putih yang terletak pada katil aku.

Kedengaran pintu diketuk, terus sahaja aku membuka pintu tersebut. Di sebalik pintu itu tidak lain tidak bukan adalah ibuku. Puan Masyitah berjalan ke arah aku dengan senyuman kecil. Mungkin dia tahu yang aku sedang berasa gementar pada saat ini.

Dia menarik tangan aku dengan perlahan-lahan ke arah katil untuk duduk bersama. Tangan Puan Masyitah naik ke pipi aku dan perlahan-lahan mengusapnya dengan lembut.

"Anak ibu ni mesti nervous kan?" Terus aku angguk. Siapa je tak nervous? Puan Masyitah tergelak kecil sambil menggelengkan kepalanya.

"Jangan risau, semuanya akan berjalan dengan lancar. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan." Ujar Puan Masyitah sambil menepuk belakangku dengan lembut.

Aku menarik nafas dalam-dalam dan menghembuskannya dengan perlahan-lahan sebelum aku mengulang semula untuk beberapa kali.

Mata aku menjengah pada wajah Puan Masyitah. Aku memberikan senyuman kecil kepadanya. "Terima kasih, ibu."

Puan Masyitah memberi anggukan kecil kepadaku. "Jangan takut tau, Emy? Jadi isteri yang baik dan solehah. Jaga Arlan baik-baik ye? Jangan derhaka pada suami." Pesannya dengan lembut.

Aku senyum sambil mengangguk. Selepas itu, aku menukar pakaianku kepada baju pengantin yang sudah tersedia. Tudung dan purdah juga dipakai sama. Stokin yang berwarna hitam dipakai pada kedua-dua belah lenganku.

Ibuku keluar dari bilik untuk melayan tetamu sambil Ayla memasuki bilikku. Matanya menjengah pada figura aku. Pandangannya memerhati setiap sisi gaun yang aku pakai. Senyuman di bibir mula melebar.

"Cantiknya kau!!" Terus Ayla menapak ke aku sambil memegang kedua-dua tanganku dengan erat.

Mukaku membahang sedikit, tidak biasa menerima pujian. "Alah... Mana ada. Bukannya saya pakai makeup pun."

Ayla tergelak kecil melihat wajah maluku. Ayla melihat sekeliling badan aku, memastikan tiada auratku yang tertunjuk. Aku melihat Ayla yang seperti menahan air matanya.

"Ayla... Awak okay?" Tanya aku.

"Aku okay je. Jangan risau. Aku tahu yang kau pernah berkahwin tapi, eish! Tak nak explain!" Ayla mendengus sambil membuang pandangannya je arah lain.

Aku tergelak kecil sebelum memeluknya. Ayla buat tidak endah mula-mula sebelum dia perlahan-lahan membalas pelukan aku. Dia memelukku dengan erat sekali.

Selepas bersiap, Ayla mengiringi aku ke pelamin. Syasza tidak dapat datang kerana ada hal penting yang memerlukannya manakala Aria ada exam hari ini.

Pelamin itu dihiasi dengan bunga-bunga berwarna putih dan hitam yang cantik tersusun. Aku melabuhkan punggungku di pelamin tersebut dan Ayla duduk bersebelahan dengan aku, menemani aku.

Mata aku melilar ke semua tempat dan diri aku berasa kurang gementar bila tidak ramai orang yang ada. Mata aku tiba-tiba terberhenti pada susuk tubuh seorang lelaki.

Bila lelaki itu memusingkan badannya, baru aku tahu yang lelaki itu adalah Arlan. Rambutnya disikat rapi. Bibirnya tidak langsung melakar senyuman walaupun kecil. Riak wajahnya hanyalah kelihatan serious.

LAVELRA: Her Desolation Where stories live. Discover now