Her Desolation | 17

8 2 0
                                    

"Awak... teringatkan Zaffre kan?" Tekanya dengan senyuman tawar.

Badan aku mengeras. Pandangan aku tertumpu di wajahnya. Arlan menyeka air mata aku yang aku tidak perasan mula turun dengan laju, membasahi purdah. Perlahan-lahan, dia menarik aku ke satu bangku untuk duduk. Aku hanya akur sahaja tanpa bertanya lebih.

"Lavelra... saya tahu dalam hati awak, awak tak pernah benar-benar mahu lupakan Zaffre. Awak masih simpan perasaan itu, kan?" Bisik Arlan, suaranya penuh kelembutan, seakan memahami luka yang aku sendiri tak mampu jelaskan.

Aku terdiam, tidak tahu hendak membalas apa.

"Lavelra... Awak tak perlu pun lupakan dia dan perasaan cinta awak kepada dia."

Badan aku kaku seketika, seolah-olah terkunci di tempatku duduk. Pandangan aku tertumpu pada wajahnya, mencari jawapan yang aku sendiri takut untuk dengar.

"Awak cuma perlu... Belajar untuk melepaskan dia."

Saat kata-kata itu keluar dari bibir Arlan, dunia seakan-akan berhenti bersama nafasku. Segala memori bersama Zaffre kembali menghantui, mengelilingiku seperti bayangan yang tak pernah pergi. Sudah 3 tahun aku cuba lari daripada kenangan itu, namun ia tetap setia kembali. Tanpa aku sedar, yang menghantui aku bukanlah memori itu, tetapi hati aku sendiri yang masih berpaut erat pada dia.

"Lavelra..." Panggil Arlan. Lamunan aku terhenti saat dia memanggilku.

"Lavelra, saya tahu awak mesti ada banyak persoalan dalam hati. Tapi percayalah, awak tak perlu paksa diri untuk lupakan dia. Cukuplah sekadar melepaskan dia dan belajar redha dengan takdir Allah. Mungkin awak fikir awak dah redha, tapi dalam hati, awak masih mengharapkan Zaffre kembali... walaupun ia tak mungkin berlaku." Pujukan Zaffre menyentuh lembut pada dinding yang dibina oleh hati aku daripada luka.

Aku pejam mata, membiarkan sisa air mata jatuh dan menarik nafas panjang. Kata-kata Arlan menusuk ke dalam, meleraikan ikatan yang selama ini aku genggam tanpa sedar. Zaffre... mungkin aku tidak perlu melupakanmu, tapi aku harus belajar untuk melepaskanmu. Dan dengan berat hati, aku tahu inilah yang terbaik untukku, untuk kita.

Aku berasa kekok sekarang bila makan malam bersamanya. Aku berasa sangat malu sebab nangis tadi! Aku berasa janggal bila hendak memandang ke arahnya. Arlan hanya melayan aku biasa seperti kejadian tadi tidak pernah berlaku.

"Okay tak makanannya?" Tanya Arlan.

"O-okay je. Sedap." Jawab aku dengan kekok.

Arlan tersenyum nipis. "Baguslah kalau macam tu."

Aku mengerling sekeliling restaurant ini. Aku berasa lega bila Arlan memilih tempat duduk yang tertutup sedikit, senanglah untuk aku makan. Aku dapat rasakan masa kitorang masuk restaurant ni, ramai pelanggan yang sedang makan pandang aku macam tak pernah nampak orang.

Selesai sahaja kami berdua habis makan, Arlan meletakkan bayaran duit di tempat yang pelayan sudah sediakan sebelum dia beredar bersama dengan aku keluar dari restaurant.

Kami berdua melangkah keluar dari restaurant, kehangatan perlahan-lahan hilanga dalam angin malam London yang dingin. Saat itu, aku berhenti terpegun. Salji mulai turun, lembut dan halus seperti serpihan kecil di langit.

"Awak pernah lihat salji sebelum ni?" Tanya Arlan. Suaranya terdengar lembut dan tenang sambil dia memandang ke langit.

"Pernah... Dalam TV." Jawab aku perlahan sambil mengangguk.

Arlan tergelak kecil dengan jawapan yang aku berikan. Perlahan-lahan, Arlan menghulurkan tangannya dan satu demi satu kepingan salji jatuh di tangannya, cair dalam sekejap. Aku berasa sedikit teruja melihat kepingan-kepingan salji jatuh di tangannya.

Arlan melepaskan ketawa kecil melihatku sebelum menyuruh aku untuk menghulurkan tangan seperti dia. Aku akur sahaja dan aku berasa gembira melihat kepingan-kepingan salji di tanganku. Senyuman lebar terukir di bibir, di sebalik purdah yang dipakai. Mata aku perlahan-lahan menunjukkan 'eye smile'.

Aku sendiri tidak perasan kerana terlalu fokus melihat bentuk kepingan salji di tangan. Arlan melepaskan keluhan lembut memandang aku sambil kami berdua berjalan balik ke hotel.

Sewaktu kami berdua berjalan, tangan aku terasa sangat sejuk yang membeku. Aku menggosok kedua-dua belah tangan aku untuk memanaskan semula tangan aku.

Arlan yang perasan akan kelakuan aku, terus sahaja dia berhenti berjalan. Dengan lembut, dia menarik lengan aku. Terus sahaja aku memandang dirinya.

"Awak nak saya tolong?" Tunjuk Arlan pada tanganku yang aku sibuk menggosok.

Aku memandang dia ragu-ragu sebelum perlahan-lahan mengangguk. Mungkin dari sini aku boleh biasa dengan sentuhannya. Arlan tersenyum kecil saat aku berikan kebenaran untuk dia memegang tangan aku.

Dengan perlahan-lahan, dia meraih kedua-dua tangan aku sambil melihat reaksi aku jika aku selesa dengan sentuhannya. Menutup tangannya yang besar di atas tanganku yang berasa dingin, memindahkan kehangatannya sambil dia meniup lembut tangan aku.

Aku tidak tahu kenapa... Bukan tangan aku yang berasa semakin hangat pada masa ini tetapi pipi aku sendiri. Aku memandang Arlan yang sedang menghangatkan kedua-dua tangan aku. Dia seperti sudah biasa dengan kesejukan suasana pada masa kini.

Angin malam berasa semakin dingin. Angin sepoi-sepoi menampar lembut pada wajah aku. Badan aku menggigil sedikit akan kesejukan angin itu. Nafas kami berdua kelihatan dalam bentuk asap kecil yang hangat.

Perasan sahaja yang aku seperti tidak dapat menahan kesejukan. Arlan mengambil satu langkah mendekat. Perlahan, dia meraih kedua-dua belah bahuku, menarik aku lembut ke dalam pelukannya yang hangat. Aku tersentak sejenak namun tidak membantah, membiarkan diri aku hanyut dalam kehangatan yang penuh rasa debaran yang tak terungkap.

Aku mendengar dia memanggil taxi dan taxi sampai di hadapan kami berdua. Dia menyuruh aku untuk masuk dahulu dan aku akur sahaja sambil dia memasuki teksi itu selepas aku. Dia memberitahu pemandu teksi itu untuk membawa kami berdua ke mana sebelum teksi ini mula bergerak.

Arlan menarik aku semula ke dalam pelukannya

Dapat aku merasakan degupan jantung suami aku, stabil namun kuat, menghantar sedikit rasa tenang pada diri aku. Lengan lelaki itu melingkari tubuhku, erat namun penuh kehati-hatian, seolah-olah takut membuat diri aku berasa tidak selesa.

"Tak sangka malam ni jadi sedingin macam ni. Nanti saya belikan awak pakaian yang sesuai untuk musim sejuk ni tau?" Bisiknya perlahan di tepi telinga aku, seakan hanya berbicara untuk mengisi keheningan.

Aku tersenyum tipis di balik purdah, jari-jari aku tanpa sedar menggenggam jaket tebal yang membalut tubuh Arlan. Dalam pelukan yang serba hati-hati namun penuh makna itu, Aku dapat merasakan sesuatu yang lebih dalam daripada sekadar kehangatan, jantung aku tanpa sedar mula berdegup laju.

Aku tidak tahu kenapa.

. ᡣ𐭩 .

Sampai sahaja di hadapan hotel, Arlan membayar pemandu tersebut dan kami berdua keluar dari teksi tersebut. Secara refleks, Arlan menarik aku daripada pinggang dan membawa aku masuk ke dalam hotel.

Aku tak tahu hendak buat apa tetapi aku selesa dengan sentuhan dia jadi aku akur sahaja mengikut dia. Kami berdua berdiri hadapan lif bersama orang lain.

Sampai sahaja lif itu, Arlan membawa aku masuk. Dia membawa aku untuk berdiri di hujung sudut lif itu sebelum dia berdiri di hadapan aku seperti dinding yang menghalang orang lain mendekati diri aku dan juga seperti melindungi aku.

Aku berasa terharu aku akan kelakuan dia sambil aku berbisik perlahan padanya. "Terima kasih."

Arlan terdengar akan apa yang aku bisikan, terus dia memberi anggukan kecil pada aku. Baru aku sedari, salah satu tangannya berada di belakang tubuhnya, sedang memegang tanganku. Ibu jarinya mengusap lembut di belakang tangan aku membuatkan jantung aku berdegup kencang dan pipi aku mula berasa hangat.

Kenapa dengan diri aku ni?

TO BE CONTINUED.

LAVELRA: Her Desolation Where stories live. Discover now