"Woii sleeping beauty!! Bangunlah!!" Syasza menolak badan Lavelra berkali-kali untuk mengejutkan dia yang sedang lena di atas katil.
"Alah... Lima minit... Lima minit..." Aku menolak badan Syasza jauh dan sambung tidur.
"Lavelra Emery Binti Syahhrul Haikqal!! Bangun!! Kau dah lambat nak pergi kerja!!"
Mata aku membulat bila terdengar yang aku sudah lambat untuk ke kerja. Tanpa membuang masa, aku cepat-cepat bangun, capai tuala dan pantas memasuki bilik air.
Syasza menggelengkan kepalanya berkali-kali melihat tingkah laku aku tadi. Aku keluar daripada bilik air sebaik sahaja aku habis membersihkan badan aku. Aku mengerling jam yang berada di atas meja aku yang menunjukkan pukul 6.00 am.
Aku menggengam kuat tuala kecil yang berada di leher aku kerana geram sebab Syasza memberitahu aku yang aku sudah lewat tapi sebenarnya baru pukul 6 pagi.
"Sanggup dia tipu aku? Ish!! Menyampahlah macam ni!!" Aku menghentak kaki aku berkali-kali tanda geram terhadap Syasza.
Aku terus memasuki walk-in closet yang di sebelah bilik air aku. Aku mengambil baju jubah berwarna putih dan menyarungkan di badan aku. Aku turut mengambil anak tudung berwarna putih dan tudung instant shawl berwarna cream dan memakainya.
Selesai memakai tudung tersebut, aku hendak bergerak keluar tetapi langkah aku terhenti melihat purdah yang sedondon dengan tudung aku yang terletak di atas meja yang berada di tengah-tengah bilik ini.
Aku mengambil purdah itu dan merenung sekilas. Perasaan aku bercampur baur melihat purdah itu. Aku terus membawa purdah itu bersama aku dan meletakkan purdah itu ke dalam beg aku.
Aku menuruni tangga yang berdekatan dengan bilik tidur aku dan berjalan menuju ke dapur. Aku melihat Syasza sedang bersarapan nasi goreng dengan seleranya.
"Syaz!! Kenapa kau tipu aku!!" Soal aku dengan geram.
"Sekurang-kurangnya kau dah bangun awalkan? Selalunya lambat aje... Dah sini jom breakfast dengan aku." Syasza membuat muka selamba sambil menepuk tempat duduk yang berada di sebelah kirinya.
Aku membuat muka menyampah sebelum berjalan ke arah tempat duduk itu. Aku mencapai pinggan dan sudu. Aku meletakkan nasi goreng di atas pinggan aku dan mula makan dengan tenang.
"Nanti aku nak pergi kerja terus. Kau nak tumpang aku ke kau nak pergi sendiri?" Tanya aku.
Syasza hanya menggelengkan kepala dia. "Takpe, lagipun aku ada nak jumpa someone pagi ni."
Aku buat muka menyampah sambil menjulingkan mata aku ke atas. Macamlah aku tak tau yang dia nak jumpa boyfriend pagi ni. Guna perkataan someone pulak nak cover.
Selesai menjamu sarapan pagi, aku terus mengambil beg aku dan keluar menuju ke kereta aku. Aku memasuki kereta dan terus keluar dari kawasan rumah aku itu. Aku memandu kereta aku terus ke tempat kerja aku.
Selang beberapa minit, sampai sudah aku di tempat kerja aku iaitu kedai bunga. Senang cerita aku bekerja sebagai florist. Aku parking kereta aku berdekatan dengan kedai bunga itu.
Sebelum aku hendak keluar dari kereta, aku mencapai beg aku dan mengeluarkan purdah. Aku terus memakainya, ini bukan kali pertama aku memakai purdah. Sudah lama aku memakainya.
Sebaik sahaja aku hendak keluar, aku menerima panggilan daripada... ayah aku? Tanpa membuang masa, aku terus menggesek ikon hijau dan melekapkan handphone itu ke telinga aku.
YOU ARE READING
LAVELRA: Her Desolation
RomanceHER SERIES 。 ゚☾ ゚。⋆★ [ 1ST ] | 2024 ☆ ONGOING ★ He fell first, she fell harder ★ Slow burn ★ Sad romance ★ Unexpected love