Seminggu sudah berlalu sejak aku berjumpa dengan Arlan atas dasar dia hendak mengahwini aku. Aku masih tidak tahu jawapan apa yang aku perlu beri kepadanya.
Pilihan pertama adalah menolaknya atas sebab aku masih tak boleh nak move on. Pilihan kedua adalah menerimanya dan cuba untuk move on dari Zaffre.
Ibu, ayah dan abang aku tak memaksa aku untuk menerima mahupun menolaknya. Mereka cuma akan memberi sokongan yang penuh untuk mana-mana pilihan yang aku pilih.
Esok adalah hari untuk aku berikan jawapan kepada Arlan. Aku dah buat banyak solat sunat tapi masih tidak menjumpai jawapan aku.
Ketukan pada pintu bilik menyapa ke telinga aku. Suara garau abang aku membuatkan aku memalingkan kepala aku pada pintu.
"Adik... Boleh abang masuk?" Tanya Lahiq dengan nada yang lembut. Aku hanya jawab dengan 'ye' dan pintu itu dibuka sebelum abang aku memasuki bilik aku.
Lahiq menutup pintu tetapi tidak rapat. Dia memandang kepada aku dengan senyuman tawarnya. Dia tahu aku masih dalam dilema. Dia tahu yang aku sudah banyak menolak pinangan daripada lelaki-lelaki lain yang ingin meminangku pada masa dahulu selepas Zaffre tiada.
"Adik... Abang nak cakap sikit boleh?" Aku hanya membalas dengan anggukan.
"Adik, abang tahu yang adik masih dalam dilema. Tapi in the end, adik mesti beri jawapan adik kepada Arlan. Sama ada adik menerima ataupun menolak dia. Dia tak akan marah kalau adik tak terima. Dia berfikir cara yang lagi bagus dalam menjaga adik seperti yang Zaffre minta adalah dengan mengahwini adik. Itu cara pertama dia, dia ada juga cara lain dengan tolong adik, tengok-tengok kan adik, tanya khabar dan lain-lain. Abang tahu yang dia tak akan melepasi batas antara adik dan dia. Jadi, tak salah pun kalau adik tak terima." Kata Lahiq dengan panjang lebar sebelum tangannya di bawa ke pipiku dan mengusapnya dengan lembut.
" Zaffre tahu kalau dia tak kata yang dia izinkan adik, sampai bila-bila adik akan guna alasan yang adik tak nak kahwin lagi sebab dia tak izinkan. Dia tahu adik akan guna alasan itu untuk menutup alasan sebenar adik. Dia kenal adik lama. Dia tahu pendirian adik macam mana. Dia tak nak adik sakit hati lama-lama." Kata-kata Lahiq seperti memujukku. Dia tahu aku masih rindukan Zaffre walaupun sudah 3 tahun lamanya.
"Adik abang kan kuat. Kalau adik masih lagi tak ada jawapan, buat solat sunat istikharah dan baca al-quran banyak-banyak ye?" Tangan Lahiq yang berada di pipiku di bawa naik ke rambutku untuk dibelai.
"Abang... Kenapa abang tak kahwin lagi?" Tanya aku.
"Hmm... Mungkin sebab abang sama je macam adik? Abang pun masih sayang dan rindu isteri abang. Tapi abang tahu yang Allah lebih sayangkan dia. Macam Zaffre juga. Tapi adik kena tahu, Allah akan menguji kita dengan bermacam-macam ujian tak kesahlah ujian itu berat ataupun ringan. Allah uji tanda sayangkan kita tau?" Lahiq senyum lembut kepadaku.
"Lagipun, abang nak fokus pada anak abang dulu. Abang tak nak bila abang kahwin nanti, abang tak berikan apa-apa perhatian pada anak abang. Anak abang pun masih sayangkan ibunya." Lahiq kata sambil membelai rambutku.
Kata-kata Lahiq selalu dapat memujuk hatiku walaupun sikit. Suaranya tak pernah ditinggikan walaupun sedang marah. Abang aku selalu sangat memahami.
"Jadi, adik fikirkan ye? Esok, Arlan akan datang balik untuk jawapan adik. Apapun keputusan adik, abang akan sentiasa sokong." Kata Lahiq sebelum menarikku ke dalam pelukan. Dia memelukku dengan erat sambil menepuk belakang aku dengan lembut.
Aku hanya biarkan diriku berada di dakapannya. Memang aku perlukan pelukan seseorang pada waktu ini. Aku menutup aku sambil memeluknya kembali.
. ᡣ𐭩 .
Di hadapan aku adalah Arlan. Mata aku mengerling ke arah jam dinding yang menunjukkan pukul 9.
Ibu aku menghidangkan air teh kepada Arlan dengan senyuman lembutnya. Ayah aku dan abang aku yang berdiri di sebalik dinding dapur memandang aku seperti memberi semangat kepada aku.
Arlan menghadiahkan senyuman kecil kepada ibuku sambil mengucapkan terima kasih sebelum mengambil cawan teh itu dan menghirup airnya. Aku berasa sedikit gugup dan ragu-ragu dengan keputusan aku tetapi aku cuba memberanikan diri.
"Jadi... Apa jawapan awak, Lavelra?" Tanya Arlan dengan nada serious.
Aku menarik nafas dalam-dalam untuk menenangkan gementar aku sambil tangan aku menggengam baju aku. "Saya, bersetuju untuk kahwin dengan awak."
Arlan memandang sekilas ke arah aku sebelum mengalihkan pandangannya ke arah lain. "Baguslah kalau macam tu."
Aku boleh lihat ibu, ayah dan abang aku di dapur kelihatan terkejut mendengar keputusan aku. Aku faham. Aku sudah banyak menolak pinangan daripada lelaki-lelaki lain tapi... Aku nak cuba move on daripada Zaffre.
"Boleh saya tanya beberapa soalan?" Aku hanya balas dengan anggukan walaupun sedikit terkejut sebab tadi senyap je.
"Saya tahu yang awak belum move on lagi dan awak rasa berat hati untuk menerima pinangan saya. Boleh tak awak bagitau saya kenapa awak terima pinangan saya?"
"Sa... Saya terima sebab..." Aku sedikit gugup, obviously tak sangka dia akan tanya soalan ni.
Arlan memandang aku tanpa sebarang reaksi. Dia membiarkan aku bercakap dahulu dan tidak memaksa aku untuk mempercepatkan kata-kata aku.
"Boleh saya berterus terang?" Arlan mengangguk.
"S-saya terima awak sebab saya nak cuba move on daripada Zaffre. Ye, mungkin di mata awak, saya seperti gunakan awak. Tak apa, saya pun fikir begitu. Kalau awak nak tarik pinangan awak sekarang, boleh je. Saya tak nak paksa awak dan jadi beban untuk awak jaga saya setiap masa." Pandangan aku jatuh ke tangan aku yang sedang menggengam bajuku.
"Lavelra... Saya ikhlas untuk menjaga awak. Jangan sesekali fikir yang awak ni beban. Saya hanya menjalankan amanah yang diberikan oleh Zaffre. Ya, dia tak paksa saya untuk kahwin dengan awak tapi saya mengambil keputusan untuk kahwin dengan awak dan dia benarkan. Kalau awak tak terima, saya tak ambil hati. Saya ada cara lain untuk jaga awak." Jawab Arlan dengan serious.
"Awak dah bersedia ke nak jadi isteri saya?" Aku berfikir sekejap sebelum mengangguk.
"Awak okay ke kalau kita nikah hujung bulan ni? Hari Sabtu." Tanya Arlan dengan selamba. Aku sedikit terkejut sebab tinggal 5 hari je.
Belum sempat untuk aku bertanya, dia sudah bercakap dahulu. "Saya ingatkan nak cepatkan majlis akad nikah sebab saya ada business trip hari Isnin tu nanti selama sebulan."
Aku mengangguk faham. Baru aku tahu kenapa dia nak percepatkannya. "Saya okay je..."
"Bagus. Nanti saya akan uruskan semuanya. Awak akan ikut saya pergi business trip tu. Selepas kita balik daripada business trip, kita akan terus adakan majlis repsisi." Kata Arlan sambil memandangku serious. Dia memang tak main-main bila dia kata dia akan cepatkan semua ni.
"O-okay." Aku sedikit gugup sebab semua ni berlaku dengan cepat.
"Bagus. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya minta diri dulu." Dia berdiri daripada tempat duduknya dan memberi anggukan kecil kepada aku.
Dia meminta diri pada keluarga aku dan menyalami tangan ayah aku dan abang aku. Aku hanya melihat dia keluar dari pintu. Lahiq berjalan ke arah aku sebelum menepuk bahu aku dengan lembut.
"Adik okay?" Aku hanya balas dengan anggukan.
"Abang, adik buat keputusan yang betul ke?" Aku bertanya sambil mengeluh kecil.
"Apa-apa keputusan yang adik boleh buat dan adik yakin, itu adalah keputusan yang betul. Adik kena yakin tau?" Lahiq memberikan aku senyuman kecil.
TO BE CONTINUED.
YOU ARE READING
LAVELRA: Her Desolation
RomanceHER SERIES 。 ゚☾ ゚。⋆★ [ 1ST ] | 2024 ☆ ONGOING ★ He fell first, she fell harder ★ Slow burn ★ Sad romance ★ Unexpected love