Arlan memandang Lavelra yang sedang nyenyak tidur di lengannya. Perlahan-lahan, dia mengangkat kepala Lavelra dan menarik lengannya sebelum diletakkan bantal di bawah kepalanya.
Arlan bangun dari katil dan membetulkan selimut yang menyelimuti badan Lavelra sebelum dia keluar daripada bilik dan menutup pintu di belakangnya.
Arlan berjalan menuju ke bilik di mana dia membuat kerja-kerjanya. Dia membuka pintu bilik tersebut yang tidak berkunci, memandang sekeliling. Masih sama sepertimana ditinggalkan.
Arlan menutup pintu di belakangnya sebelum menuju ke kerusi yang terletak bersama mejanya. Arlan melabuhkan punggungnya pada kerusi itu sambil mengeluh.
Wajahnya yang kelihatan lembut tadi, menjadi tegang saat Arlan meraup wajahnya. Memori Lavelra menangis di hadapannya hari ni berlalu di mindanya.
Telefon yang berada di dalam poket seluarnya dicapai sebelum dia menelefon nombor seseorang. Telefon dilekapkan di telinganya saat telefon berdering.
"Hi. Aku nak minta tolong. Carikan aku information pasal seorang lelaki yang bernama Izz, boyfriend kepada Linda Aliah." Ujar Arlan dengan serious.
"Ada kena mengena dengan perempuan kau ke?" Suara garau di dalam panggilan itu menjengah telinganya. Arlan hanya berdiam sahaja, tidak menjawab.
"Alright, I'll take care of it. Pay me lots of bucks later." Balas lelaki di dalam panggilan itu sebelum dia menamatkan panggilan.
Arlan hanya menyandarkan badannya kebelakang sambil mengeluh. Wajahnya diraup sekali lagi sebelum dia menegakkan badannya dan mula menyiapkan kertas-kertas kerja yang bertimbun di atas mejanya.
. ᡣ𐭩 .
Lelaki yang baru sahaja selesai menelefon Arlan tersenyum sinis, bibirnya melengkung dengan penuh makna. Matanya tajam memandang ke luar tingkap, menembus tirai hujan yang lebat dan langit yang gelap, seakan membaca sesuatu di balik bayang-bayang malam.
Asap kelabu dari rokok yang diapit di jarinya perlahan-lahan memenuhi ruang udara, dihembus keluar dengan tenang. Jemarinya yang kasar mengetuk ringan hujung rokok, membiarkan abu jatuh ke dalam piring kristal di atas meja.
Tanpa memalingkan wajah, dia melirik ke arah seorang gadis yang berdiri di belakangnya. Rambutnya perak seperti bulan penuh, jatuh rapi di bahu, dan sepasang mata hitamnya bersinar dingin di bawah sinar lampu. Tiada sebarang reaksi di wajah gadis itu.
"Kau dengar apa yang Arlan cakap tadi kan, Eve?" Suaranya rendah, namun setiap patah perkataan disisip dengan arahan yang tidak boleh disangkal.
Lelaki itu menyisir rambutnya ke belakang dengan gerakan santai, tetapi ketegangan di udara tidak dapat disembunyikan. "Go find that guy."
Gadis itu mengangguk perlahan, langkahnya tidak bersuara ketika dia beranjak keluar, meninggalkan hanya gema kecil dari tapak kasutnya.
"Understood, sir Theo." Jawabnya ringkas, suaranya halus tetapi sarat dengan keyakinan, sebelum menghilang di balik pintu yang tertutup rapat.
Theo memadamkan rokoknya ke dalam piring kristal, menekan hujungnya dengan perlahan seolah menikmati setiap detik sebelum bara itu padam sepenuhnya selepas Dahlia berlalu pergi. Matanya yang tajam tidak berganjak dari jendela, memandang ke arah hujan yang membasahi jalanan di bawah.
Dalam kesunyian itu, dia bangun daripada tempat duduknya dan menuju ke rak fail yang banyak, mengambil fail yang hendak dibaca olehnya, membuka sebuah fail tentang seorang wanita. Sebuah foto muncul di dalam fail itu.
YOU ARE READING
LAVELRA: Her Desolation
RomanceHER SERIES 。 ゚☾ ゚。⋆★ [ 1ST ] | 2024 ☆ ONGOING ★ He fell first, she fell harder ★ Slow burn ★ Sad romance ★ Unexpected love