Her Desolation | 3

10 4 0
                                    

Mata yang sedang melihat skrin handphone yang berada di tangan. Membaca satu mesej daripada customer berkenaan dengan bunga yang hendak dibeli dan dihantar ke lokasi yang ditetapkan.

"Pelanggan yang order online ke?" Aria memandang ke arah aku yang sedang sibuk menaip mesej di skrin telefon yang berada di tangannya.

"Haah." Aku menjawab sepatah.

Aria mengangguk faham sebelum dia menuju ke customer yang baru memasuki kedai dan sedang melihat bunga-bunga yang tersusun cantik di bahagian hadapan manakala aku mencari bunga yang pelanggan yang order online pinta.

Sedang aku membuat bunga-bunga tersebut menjadi bouquet, Aria berjalan menuju ke aku selepas customer yang dilayan sudah berlalu pergi.

"Akak, tak nak minta Asil tolong hantarkan? Alang-alang dia nak balik, katanya dia boleh tolong hantarkan." Aria bertanya.

"Takpelah. Mesti dia penatkan? Kata kat dia takpe, suruh je dia rehat." Aku berkata sambil membungkus bunga-bunga itu.

Aria mengangguk sambil meninggalkan kedai bunga itu untuk memberitahu Asil yang sedang berada di luar.

Lavelra melihat mereka berdua berborak sambil seorang lelaki menyertai perbualan mereka, Hayden. Aku yang sedang melihat mereka bertiga dari dalam kedai ini sambil bibirku mengukir senyuman kecil.

Selepas bouquet itu siap dibuat, Lavelra mengambil begnya dan meletakkan di bahunya sebelum meninggalkan kedai bunga itu.

"Aria, nanti awak tolong tutupkan kedai ni ye. Kunci spare ada kat atas kaunter." Aria membalas dengan anggukan sebelum aku menapak ke kereta kepunyaanyaku.

Beberapa jam selepas itu, aku sudah berada di lokasi pelanggan yang mengorder bungaku di online website kedai aku.

Di hadapan aku terlihat satu bangunan besar dan bertingkat-tingkat. Pandangan aku melirik ke arah handphone aku yang berada di tangan kanan aku, berbunyi yang menandakan mesej baru masuk. Aku membuka handphone aku dan membaca mesej yang daripada pelanggan tersebut.

'Bawak bouquet tu ke tingkat 28. Pastu pergi ke bilik yang paling hujung belah kanan.'

Aku cuma mengangguk selepas membaca mesej tersebut lalu aku memasuki bangunan itu dan menuju ke lif sebaik sahaja aku melihatnya.

Sebaik sahaja aku sampai di tingkat 28, aku berjalan ke kanan dan menuju bilik yang berada di hujung sekali seperti apa yang disuruh oleh pelanggan tersebut sambil bouquet yang dipinta berada di tangan kiri aku.

Aku mengetuk pintu itu dan terdengar suara garau seorang lelaki yang berada di dalam bilik itu menyuruhku masuk. Aku membuka pintu itu perlahan dan memasuki bilik itu. Langkah aku terhenti bila ternampak Arlan yang berada di meja yang berada di bahagian tengah hujung bilik ini.

Arlan yang sedang khusyuk membuat kerjanya, perasan yang seseorang memasuki biliknya. Dia mengangkat kepalanya dan badan dia juga mengeras melihat aku yang memasuki bilik dia.

"V-vel? Apa yang kau buat kat sini?" Kata-kata Arlan hampir tersasul bila melihat aku.

Arlan bertanya dalam nada pelik sambil matanya melirik ke arah bouquet yang berada di tangan aku.

"Saya cuma nak hantar bouquet ni je. Tak sangka pulak awak yang order bouquet ni." Aku menjawab sambil berasa sedikit janggal bila bertemunya kembali.

LAVELRA: Her Desolation Where stories live. Discover now