Sampai sahaja di lokasi yang Ayla berikan kepada aku, Ayla sudah menunggu aku di luar. Dia memakai dress biru muda sambil rambutnya diikat ke atas gaya ponytail.
Ayla sudah melambai aku sebaik sahaja menjumpai kelibat aku yang dari jauh. Aku memandang sekilas pada lelaki di sebelahnya, Eric. Jejaka itu memakai baju suit yang berwarna light grey bersama seorang gadis berambut panjang berwarna hitam disisinya memakai dress berwarna light grey juga.
Aku berasa sedikit hairan melihat Eric dan gadis itu memakai warna yang sedondon. Girlfriend dia ke ye? Aku membuang fikiran aku ke tepi dan terus berjalan ke arah Ayla dan memberi pelukan kepadanya.
"Akhirnya kau sampai juga." Ayla berkata dalam nada ceria.
"Mestilah." Aku memberi anggukan kecil kepadanya dan kami berdua sama-sama meleraikan pelukan.
Aku memberikan anggukan kecil kepada Eric sebagai tanda aku menyapanya. Kalau abaikan macam tak baik pula. Eric yang perasan aku memberikan aku anggukan kecil, turut juga membalas dengan anggukan kecil.
Aku dan Ayla bersama-sama memasuki tempat tersebut, meninggalkan Eric bersama gadis tersebut. Aku berpaling ke Ayla dengan perasaan ingin tahu terhadap gadis di sebelah Eric. Ayla yang memahami pandangan yang aku berikan kepadanya mula memberi tahuku.
"Perempuan tu tunang Eric. Namanya Isabelle. Diorang dah 2 tahun tunang tak silap aku." Kata Ayla sambil menjongketkan bahunya tanda tidak berminat untuk mengetahui lebih lanjut.
Aku hanya mengangguk faham sambil memandang sekilas terhadap kawasan sekeliling aku sebelum memasuki dewan tersebut bersama Ayla. Di dalamnya boleh tahan banyak tetamu dan tempat duduk cukup untuk semua tetamu untuk duduk.
Iris Sapphire & Eren Deen.
Aku membaca nama yang tertera pada wedding board stand di kawasan masuk khemah.
"Orang berada ke ye?" Tanya aku kepada Ayla yang menarik aku ke bahagian makanan.
"Hmmm... Orang campur. Mak kepada pengantin perempuan orang english. Ayah kepada pengantin lelaki pula Italy." Ayla menerangkan kepadaku sambil mengisi pinggannya dengan nasi briyani. Aku cuma mengikut apa yang dibuat olehnya sahaja.
"Kawan awak tu yang pengantin lelaki ke perempuan?" Tanya aku sambil mengambil lauk ayam masak merah dan meletakkannya dalam pinggan di tanganku.
"Perempuan. Aku ada friend group aku dekat sini juga. Nak kenal-kenal dengan diorang?" Kata Ayla sambil mengambil cawan plastik dan mengisi air oren di dalamnya.
"Eh, tak payahlah. Bukannya saya kenal sangat pun." Jawab aku sambil menggelengkan kepala aku.
Aku dan Ayla hanya berborak kosong sambil aku mengikuti Ayla ke mejanya. Aku perasan yang mejanya diduduki oleh sekumpulan gadis yang kelihatan seumur dengannya. Friend group dia agaknya. Tapi kenapa aku ikut sekali? Aduhh... mesti Ayla nak kenalkan juga. Bukan aku tak tau yang Ayla ni memang tak nak aku terlalu bersendirian.
Ayla meletakkan pinggan dan cawannya di atas meja hadapan tempat duduknya sebelum mempelawa aku untuk duduk di sebelahnya. Sekumpulan gadis-gadis di meja tersebut memberi aku senyuman mesra kepadaku.
Aku hanya membalas dengan anggukan kecil dan duduk di sebelah Ayla. Rakan-rakan Ayla memandangku dengan penuh rasa ingin tahu.
"Siapa dia ni?" Tanya daripada salah seorang rakan Ayla yang berambut panjang yang beralun di ikat sebahagian daripadanya untuk dijadikan ikatan sambil melepaskan lebihan rambut ke bawah untuk kelihatan kemas dan cantik berserta tali reben berwarna purple yang sedondon dengan gaun yang berwarna purple.
YOU ARE READING
LAVELRA: Her Desolation
RomantizmHER SERIES 。 ゚☾ ゚。⋆★ [ 1ST ] | 2024 ☆ ONGOING ★ He fell first, she fell harder ★ Slow burn ★ Sad romance ★ Unexpected love