Sudah seminggu aku berada di rumah dia dan aku boleh cakap yang aku sudah selesa berada di rumah ni.
Aku teringat hari tu yang Arlan beritahu aku tentang majlis kahwin itu dibuat bila. Bila di fikirkan balik, rabu ni. Aku berasa gementar bila fikir tentang majlis itu.
Arlan ada beritahu yang dia sudah settle kan semua dan aku hanya bergoyang kaki sahaja. Aku terasa seperti aku ni hanyalah beban dia sahaja. Tapi dia mesti tak nak aku berfikir macam ni.
Dia terlalu baik untuk aku. Macam mana aku boleh disatukan dengan lelaki yang di ibaratkan seperti langit dan bumi. Aku tak rasa yang aku layak untuk mendampinginya.
Lamunan aku terhenti bila aku mendapat panggilan daripada rakan lama aku. Terus sahaja kami berdua berborak dan ia mengambil masa yang lama sehinggalah perbualan kami berdua tamat beberapa minit sebelum pintu rumah dibuka oleh Arlan yang baru sahaja balik daripada bekerja.
Aku hanya menyambut kedatangan dia seperti biasa, sudah menjadi habitat aku dari mula aku menjadi isteri Zaffre dahulu.
"Awak..." Panggil aku sedikit teragak-agak sambil Arlan meletakkan kasutnya di rak kasut sambil dia angguk tanda dia dengar panggilan aku.
"Awak, saya nak minta izin keluar berjumpa dengan kawan saya kat rumah dia. Boleh tak saya pergi?" Tanya aku, sedikit kekok.
Arlan berfikir sejenak sebelum dia mengangguk setuju. "Boleh, saya izinkan tapi saya ikut sekali. Kita gerak dalam pukul 3 petang macam tu. Okay tak?"
Terus aku mengangguk setuju. "Boleh. Terima kasih, awak."
Arlan membalas dengan senyuman kecil.
. ᡣ𐭩 .
Pukul 3.07 petang, kami berdua bergerak ke rumah kawan aku. Sepanjang perjalanan, aku memberitahu semuanya tentang kawan aku itu supaya Arlan tidak berasa janggal atau kekok bila di sana.
Sampai sahaja di rumah tersebut, pemandu Arlan letak kereta berdekatan dengan rumah itu sebelum kami berdua menuruni kereta dan menuju ke rumah itu.
Cepat sahaja aku menyalami kawan aku iaitu Linda, terus sahaja aku menyalam tangan maknya, Puan Laila. Puan Laila mempelawa aku dan Arlan untuk masuk ke dalam rumah. Aku sedikit tersentak melihat teman lelaki Linda, Izz berada di rumah itu juga.
Aku tak pernah rasa selesa dengannya. Arlan yang perasan akan ketidakselesaan aku, terus dia menepuk belakang aku dengan lembut seperti hendak menenangkan aku. Aku hanya berikan anggukan kecil kepada Arlan sebagai tanda terima kasih.
"Jadi Lavelra, dah tak single lah nampaknya." Usik Linda sambil tersenyum nakal. Aku hanya tergelak kecil sahaja.
"Alah, tak ada apalah. Awak tu bila nak kahwin?" Usik aku semula kepada dia.
"Tunggu boyfriend aku nak propose je." Bisik Linda di telinga aku. Aku hanya menggelengkan kepala aku sahaja sambil aku ke ruang tamu bersama-sama dengannya.
Aku melabuhkan punggung aku pada sofa yang berdekatan dan Arlan turut duduk di sebelah aku. Dia membetulkan kain yang aku pakai supaya tidak menampakkan kaki aku. Hati aku tersentuh dengan perbuatannya.
Bila waktu asar menjelma, aku meminta izin untuk meminjam satu bilik untuk solat dan Puan Laila membenarkan aku. Dia membawa aku ke bilik tetamu yang kecil serta ada tandas sendiri.
"Guna lah bilik ni ye? Maaflah kalau tak berapa luas." Puan Laila kata sambil tersenyum nipis.
"Tak apa, saya tak kesah." Balas aku dengan mesra sebelum Puan Laila mengangguk kecil dan berlalu pergi.
YOU ARE READING
LAVELRA: Her Desolation
RomantizmHER SERIES 。 ゚☾ ゚。⋆★ [ 1ST ] | 2024 ☆ ONGOING ★ He fell first, she fell harder ★ Slow burn ★ Sad romance ★ Unexpected love