Sampai sahaja di rumah, aku berasa kekok hendak menghadap Arlan. Sekali lagi, aku menangis di hadapannya. Aku tak suka. Aku tak nak dia berasa tak selesa kena pujuk aku setiap kali aku menangis.
Arlan menggenggam tangan aku dan menarik aku masuk ke dalam rumah. Wajahnya kelihatan serious tak seperti selalu. Dia menarik aku ke ruang tamu tanpa sepatah kata pun. Dia melabuhkan dirinya untuk duduk di atas sofa sebelum menarik aku sekali untuk duduk bersamanya.
"Bagitau saya semua yang berlaku tadi. Sebelum saya sempat sampai." Katanya, suaranya lembut tetapi tegas, seolah-olah dia menahan kemarahan yang mendidih di dalam.
Aku teragak-agak, tapi perlahan-lahan aku ceritakan apa yang berlaku. Bibir aku terketar-ketar, dan jantung aku berdegup laju setiap kali aku teringat wajah Izz. Aku mahu menangis lagi, tapi aku paksa diri untuk bertahan. Sungguh aku berasa takut sangat waktu tu.
Sebaik sahaja aku selesai, Arlan meraup wajahnya dengan kasar. Dari tempat aku duduk, aku dapat lihat urat di lehernya yang menonjol, tanda dia sedang menahan sesuatu. Dia tunduk, membenamkan wajah di telapak tangan sambil menggumam sesuatu tapi aku tak dapat menangkap apa yang dikatakannya.
"Awak... Awak tak percaya saya ke?" Aku bertanya perlahan, hati aku berbelah-bagi antara rasa takut dan keliru. Aku tak berniat menuduh, cuma mahu kan kepastian.
Tubuh Arlan tersentak. Dia mengangkat wajahnya serta-merta, matanya bertemu dengan mata aku. Ekspresinya yang tegang perlahan-lahan bertukar lembut. Dia menghela nafas panjang sebelum senyuman tawar terukir di bibirnya.
"Tak. Saya percaya awak. Cuma saya nak tau apa yang terjadi tadi." Balasnya dengan nada yang lebih tenang, lembut seperti bisikan. Dia diam seketika. Matanya merenung jauh.
Dia menghulurkan tangannya, tetapi berhenti separuh jalan. Matanya mencari mataku, seolah-olah meminta izin.
"Boleh saya...?" Soalnya, suaranya hampir seperti bisikan.
Aku mengangguk kecil, dan dia menggenggam kedua-dua tangan aku dengan lembut. Bibirnya lembut menyentuh belakang tanganku tetapi berulang-ulang, seolah-olah cuba menenangkan aku dan dirinya sekali. Sentuhannya terasa hangat, penuh dengan rasa bersalah yang tak terucap
"Saya minta maaf sebab tak sempat datang selamatkan awak. Awak mesti rasa takut kan? Saya tak patut tinggalkan awak seorang dalam bilik tu. Saya minta maaf."
"Arlan..." Suara aku terhenti. Hati aku bergelut antara rasa ingin menangis dan rasa selamat dengan sentuhannya. Aku menggigit bibir, cuba mencari kata-kata untuk memujuknya.
"Tak apa. Awak tak salah. Jangan salahkan diri awak." Aku berkata, cuba memujuk. Aku tak suka melihat dia menyalahi diri dia bila kejadian tu berlaku secara tidak disangka.
Dia memandangku lama, seolah-olah menilai jika aku benar-benar percaya pada kata-kata aku sendiri. Kemudian, dengan perlahan, dia mengangkat tangannya ke arah bahuku, tetapi sekali lagi dia terhenti.
"Boleh saya peluk awak?" Suaranya lembut, hampir tidak kedengaran.
Aku terdiam sejenak, tetapi akhirnya mengangguk, air mata mula menggenang di mata aku.
Arlan menarik aku ke dalam pelukannya. Dakapannya erat, seolah-olah dia takut kehilangan aku. Tangan besarnya membelai rambut aku perlahan, seperti cuba memadamkan rasa takut yang bersisa dalam diri aku.
Pergerakan dia penuh berhati-hati, seperti takut yang aku akan berasa tidak selesa. Pelukannya perlahan, seperti dia takut aku akan menolak. Namun, bila aku tidak melawan, dia menarik aku lebih dekat.
"Jangan pendam. Menangislah. Bagitau saya semua yang awak rasa." Bisik Arlan lembut sambil bibirnya jatuh, mengucup lembut ubun-ubun aku.
Dinding yang aku bina, runtuh serta-merta. Mata aku mula panas, dan air mata mengalir tanpa henti. Aku menggenggam bajunya erat, menangis di bahunya seperti seorang anak kecil yang menemui tempat berlindung. Air mata aku jatuh laju, membasahi bahunya.
Dia tak berkata apa-apa lagi. Dia hanya membiarkan aku meluahkan semuanya, sambil terus memeluk aku dengan kehangatan yang membuatkan aku lupa seketika akan dunia di luar.
. ᡣ𐭩 .
Malam menjelma, aku berbaring di sebelah Arlan. Bukan kerana dia menyuruhku, tapi aku sendiri mahu baring di situ. Dirinya menghadap ke arah aku, begitu juga aku kepadanya.
Aku memandangnya, mencari kekuatan sebelum membuka mulut. "Awak, dulu… Saya pernah ada baby."
Dia tidak berkata apa-apa, hanya mengangguk sambil menarik selimut untuk melitupi tubuhku.
"Tapi, baby saya dah tak ada..." Aku menarik nafas panjang, pandangan aku redup bila memori itu menyerang semula. Hati aku berasa sakit bila teringat semula kejadian tu.
Arlan memandangku dengan penuh perhatian. "Kenapa?" Suaranya lembut, hampir berbisik.
Aku menggigit bibir, menahan sebak yang mula naik ke dada. "Kecuaian babysitter."
Aku menunduk, tangan aku menggengam hujung selimut. "Ada satu minggu tu, saya betul-betul sibuk. Jadi saya hire pengasuh untuk jaga baby saya. Waktu saya kerja, dia lah yang jaga. Tapi dia… dia tak jalankan amanahnya."
Arlan diam, membiarkan aku meneruskan.
"Baby saya diletakkan dalam bilik di tingkat atas, tapi pintu tak ditutup. Pengasuh tu pula kat ruang tamu, sibuk melayan drama. Baby saya keluar dari bila dan akhirnya sampai kat tangga. Dia nak turun." Aku terdiam seketika, suara aku mula bergetar. "Tapi… dia masih merangkak."
Air mata mula bergenang di mataku. Aku menggigit bibir lebih kuat, tapi ia tak mampu hentikan tangisan yang memaksa diri keluar. "Dia tersalah langkah. Jatuh dari tangga. Kepala dia—" Aku terhenti, suara tersekat di kerongkong.
Arlan menghulurkan tangannya, menyentuh bahuku dengan lembut. Sentuhannya cukup untuk menguatkan aku.
"Bila pengasuh tu sedar, dia tak telefon hospital. Dia terus lari. Saya balik rumah, dan… dan saya lihat baby saya berlumuran darah atas lantai. Dia…" Suara aku pecah, dan aku mula menangis.
"Mungkin kalau dia telefon hospital, baby saya boleh diselamatkan. Tapi alhamdulillah, pengasuh tu dah di tangkap dan dikenakan hukuman."
Aku memandang Arlan dengan air mata bergenang di mata aku. Dia membuka tangannya, seolah-olah memberi aku ruang untuk mendekatinya. Aku teragak-agak seketika, tetapi akhirnya aku mendekatinya dan dia menarik aku ke dalam pelukannya dengan penuh berhati-hati, membiarkan kehangatan tubuhnya menyelimuti aku.
Dia memeluk aku erat, tetapi tidak terlalu kuat. Cukup untuk memberi aku rasa selamat tanpa membuat aku rasa terperangkap. Tangan besar dia perlahan-lahan membelai rambut aku, pergerakannya penuh dengan kelembutan.
"Tak apa." Bisiknya dekat di telinga aku. "Saya ada kat sini. Lepaskan semuanya."
Air mata aku mula menitis tanpa kawalan, membasahi bajunya. Aku menggenggam erat bahagian kain di dadanya, seolah-olah takut jika aku lepaskan, aku akan kehilangan satu-satunya tempat untuk berpaut.
"Awak tak perlu tahan." Tambahnya lagi, suaranya lembut, penuh dengan kesabaran. "Awak tak perlu sembunyikan semuanya daripada saya."
"Awak tak salah. Semua ini bukan salah awak." Bisiknya lembut, seolah-olah cuba menyakinkan aku, walaupun aku sendiri tak pasti jika aku mampu percaya.
"Boleh saya tanya sesuatu?" Bisiknya sekali lagi sebelum aku perlahan-lahan mengangguk.
"Macam mana awak tau apa yang jadi?"
"Saya ada pasang CCTV kat rumah saya dulu. Untuk tengokkan baby saya bila saya tengah buat kerja kat rumah." Terang aku sambil tersenyum tawar. Arlan mengangguk faham.
"Tak apa. Awak kena redha dengan takdir Allah. Sesungguhnya, Allah lebih sayangkan baby awak. Allah pun sayang awak juga sebab, Allah berikan banyak ujian kepada awak kerana dengan itulah cara dia hendak mendekati awak kepada-Nya." Ujar Arlan dengan lembut.
"Saya tau, cuma... Saya rindu baby saya... Saya rindu juga Zaffre..." Balas aku, perlahan. Perasaan sebak mula menyelubungi diri aku sekali lagi. Ya Allah, kenapa aku banyak menangis hari ni?
"Saya tau... Saya tau..." Arlan mengangguk sambil menepuk belakangku dengan perlahan, seperti ingin membuai aku ke alam mimpi. Mata aku yang kian memberat, akhirnga tertutup juga.
TO BE CONTINUED.
YOU ARE READING
LAVELRA: Her Desolation
RomanceHER SERIES 。 ゚☾ ゚。⋆★ [ 1ST ] | 2024 ☆ ONGOING ★ He fell first, she fell harder ★ Slow burn ★ Sad romance ★ Unexpected love