Her Desolation | 10

5 2 0
                                    

Hari minggu, aku membuat keputusan untuk balik ke rumah ibu ayah aku. Aku menutup kedai bunga aku selama seminggu dan memberikan Aria cuti seminggu juga.

Hari yang indah, aku meletakkan beg pakaian aku di tempat duduk belakang dalam kereta. Cuaca yang cerah tiada tanda-tanda air hujan hendak turun. Aku memastikan pintu depan dan belakang di kunci dan purdah aku di betulkan sebelum memulakan perjalanan.

Sampai sahaja di sana, aku melihat sekeliling rumah aku yang terlihat sama seperti kali terakhir aku ke rumah mereka. Bunga-bunga berwarna-warni di pasu-pasu yang tersusun cantik di hadapan rumah.

Rumah ibu ayah aku hanyalah biasa-biasa sahaja. Ayah aku tak suka beli rumah yang besar dan tak suka guna duit sangat untuk benda yang tak patut.

Aku mengeluarkan beg sandang dan luggage aku sebelum berjalan menuju ke pintu hadapan. Aku mengetuk pintu kayu tersebut tiga kali dan tunggu pintu itu untuk dibuka sementara aku melihat sekeliling.

Aku dapat mendengar tapak kaki yang sedang menuju ke pintu dan membukanya. Terlihat wajah yang aku rindui. Wajah ibuku. Terus aku menyalami ibu aku dan mengucup kedua-dua belah pipinya biarpun berlapikan purdah aku.

"Eh! Kenapa balik tak bagitau ibu? Masuklah." Tanya Puan Masyitah pelik sambil mempelawa aku untuk masuk.

"Saje nak bagi surprise!" Kata aku sambil ketawa kecil.

Puan Masyitah hanya menggelengkan kepalanya dengan perangai anak perempuannya yang seorang ni.

"Sayang, siapa yang datang?" Tuan Syahhrul memasuki ruang tamu tersebut dengan surat khabar di tangan sebelum langkahnya terhenti melihat anak perempuannya.

"Assalammualaikum ayah!" Kata aku sambil melangkah ke arah ayahku dan memeluknya.

Ayah aku membalas pelukan aku sambil ketawa kecil. "Waalaikummussalam. Ery... Kenapa balik tak bagitau?"

"Saje nak bagi surprise." Aku berkata dengan nada mengusik. Ayah aku hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum kecil dan menghadiahkan kucupan pada dahi aku sebelum melepaskan pelukannya.

"Dah makan ke belum?" Tanya ibuku dengan lembut. Aku hanya menggelengkan kepala aku.

"Kalau macam tu, jom makan sama-sama." Puan Masyitah memegang tanganku dengan lembut dan menarik aku ke meja makan. Tuan Syahhrul hanya mengikuti kami berdua ke meja makan.

Kami makan sama-sama sambil membuka cerita tentang apa-apa yang berlaku. Saat-saat ini mengubati rindu aku kepada kedua-dua ibu ayah aku.

. ᡣ𐭩 .

Keesokan harinya, aku menyiapkan diri aku untuk keluar. Aku memakai jubah labuh dan tudung labuh berwarna hitam. Tidak lupa juga purdah yang sedondon dengannya.

Aku keluar dari bilik sambil menyisingkan tali beg sandang aku pada kedua-dua belah aku. Sewakti aku berlalu di ruang tamu untuk ke pintu hadapan, langkah aku terhenti bila ternampak ayah aku sedang menonton TV.

"Ayah, Emy nak keluar tau?" Kata aku dengan lembut.

"Nak pergi ziarah Zaffre ke?" Tanya Tuan Syahhrul sambil memandang aku. Aku hanya membalas dengan anggukan.

"Okay, hati-hati." Aku angguk sambil menyalam tangannya sebelum terus berjalan ke pintu hadapan.

Di luar, Puan Masyitah sedang sibuk mengemas pasu bunganya dan aku terus pergi ke arahnya.

"Ibu, Lavelra nak keluar tau?" Kata aku sambil menghulurkan tangan aku untuk menyalam tangannya.

"Okay, jaga diri." Puan Masyitah senyum kepada aku sebelum mengucup lembut dahi aku.

LAVELRA: Her Desolation Where stories live. Discover now