Bab 5

218 17 0
                                    

PRANG!

"Ya Allah, sayang mama! Kamu ok tak? Ada luka dekat mana-mana tak?" Tanya Puan Melati bertalu-talu, risau selepas terkejut melihat gelas yang berada dipegangan anaknya jatuh pecah secara tiba-tiba. Lantas tubuh anaknya ditarik menjauhi kawasan itu dengan segera.

"Aila ok je, cuma tangan licin sikit tadi tu yang gelas terlucut tu." Pujuk Naila. Satu senyuman manis dihadiahkan kepada mamanya.

Hakikatnya sekarang ini dia sudah berasa tidak sedap hati. Dan hanya satu-satunya nama yang terlintas difikirannya saat itu iaitu Aayaz Zayyan! Memikirkan keselamatan jejaka itu membuatkan pernafasannya semakin sendat. Fikirannya juga semakin bercelaru.

"Ya Allah, kau selamatkanlah abang Zayy ku. Kau lindungilah dia. Sesunguhnya dia adalah seorang lelaki yang sangat baik." Doa Naila didalam hatinya sebaik sahaja selamat melabuhkan punggung disofa diruang tamu.

"Sayang mama betul-betul ok ke?" Tanya Puan Melati sebaik sahaja melabuhkan punggung disebelah puterinya. Tangannya naik mengusap lembut kepala gadis itu.

"Ye. Mama jangan risau ya?" Pujuk Naila. Lantas itu juga dia terus memeluk tubuh Puan Melati. Dia perlukan pelukan daripada mama dan papanya untuk menenangkan hatinya yang sedang tidak tenteram itu.

"Sayang papa pergi masuk tidur ya lepas habiskan susu ni. Dah pukul 10 malam dah ni. Nanti badan awak tak sihat pula." Celah Tuan Naim bersama dengan huluran segelas susu kepada anaknya.

Kesihatan Naila Ayana sudah semakin merosot sebaik sahaja dia disahkan buta. Dia akan mengalami demam panas jika tidur lewat atau terlalu stress. Otot badannya juga akan mulai lemah sehingga dia tidak mampu untuk melakukan apa-apa selain daripada berbaring ketika itu.

"Baik, papa." Dengan segera dia meminum air susu daripada gelas yang dihulurkan oleh Tuan Naim itu.

Tuan Naim hanya tersenyum lega memandang kondisi anaknya sekarang. Dia juga berasa lega melihat puterinya sudah tidak mengalami stress atau kemurungan yang mendalam dan mampu mengawal traumanya.

"Anak kesayangan papa ni dah mandi dengan solat kan?" Tanya Tuan Naim lembut. Ganti tangannya pula yang naik mengusap kepala si anak yang sedang meneguk air susu itu.

"Dah, papa. Aila siap mengaji Al-Quran sampai 3 muka surat lagi tahu malam ni." jawab Naila bangga. Meskipun dia buta tetapi itu semua tidak mampu menghalang dia untuk terus membaca Al-Quran.

Tidak semestinya dia perlu membaca dengan melihat tulisan Al-Quran itu. Dia boleh sahaja membaca dengan hanya mendengar daripada aplikasi Al-Quran yang dipasang oleh mamanya. Puan Melati atau Tuan Naim akan membukakan aplikasi Al-Quran itu apabila diminta oleh anak mereka. Mereka berasa sangat bersyukur mempunyai anak yang sangat menyejukkan hati seperti Naila Ayana.



Tritt Tritt!

Telefon Tuan Naim berdering menandakan ada panggilan yang masuk. Dengan segera skrin telefonnya dipandang untuk melihat siapakah yang membuat panggilan kepadanya pada waktu begini.

Terkejut Tuan Naim saat melihat nama Tuan Adhaa yang tertera diskrin telefonnya. Perasaannya sudah pun mula diselubungi rasa tidak sedap hati yang mendadak yang dia sendiri tidak tahu kenapa. Mungkin kerana dia risaukan keadaan sahabat daripada kecilnya itu. Tanpa menunggu lama, Tuan Naim terus mengangkat panggilan tersebut tepat dihadapan isteri dan anaknya juga.

"Assalamualaikum, Adhaa. Kenapa kau call aku waktu macamni?" Tanya Tuan Naim sebagai pembuka bicara panggilan mereka.

"Waalaikumussalam. Naim tolong aku...Aku...Ak-" balas Tuan Adhaa dengan nada ketar dan gegabah daipada seberang sana.

Supt's: Mio Caro (Complete)Where stories live. Discover now