"Adhaa!" Panggil Tuan Naim sambil berlari anak mendekati Tuan Adhaa dan Puan Jihan yang sedang menunggu berhadapan dengan wad kecemasan sebaik sahaja dia tiba disana.
"Alhamdulillah, kau dah datang. Jom kita masuk dalam sekarang." Ucap Tuan Adhaa syukur. Dengan segera mereka berdua bergegas masuk ke dalam wad kecemasan dimana Aayaz berada.
"Sabar ya, Jihan. Insha Allah, hero akan selamat. Kita doakan dia ya?" Pujuk Puan Melati sebaik sahaja melabuhkan punggungnya disebelah kiri Puan Jihan.
"Ni kali pertama dia jadi macamni, Mel. Aku takut dia tinggalkan aku. Sumpah demi Allah SWT aku takut sangat..." luah Puan Jihan dengan nada sebak.
"Aku faham perasaan kau sekarang ni, Han. Tapi kau kena sabar dan percayakan dia. Buat masa sekarang ni kita hanya kena perbanyakkan doa untuk dia ok?" Pujuk Puan Melati. Serentak itu tangannya naik memeluk erat tubuh Puan Jihan. Tangan kanannya mengusap lembut belakang sahabatnya itu.
"Mama Jihan..." panggil Naila yang duduk disebelah kanan Puan Jihan dengan nada lirih. Tangannya naik meraba lengan wanita itu.
"Ye, sayang. Kenapa?" Sahut Puan Jihan dengan suara serak akibat menangis tidak henti daripada tadi. Matanya terus berpusat kepada wajah gadis cantik itu.
"Mama Jihan sabar ya? Aila yakin abang Zayy akan selamat. Dia kan anak baik yang kuat semangat...Kita sedekahkan doa banyak-banyak ya dekat abang Zayy, ya?" Pujuk Naila dengan nada penuh sebak. Terdapat getaran disebalik nada sebaknya itu.
"Percaya dengan kuasa Allah, papa Adhaa dengan papa. Diorang pasti boleh selamatkan abang Zayy. Hero...kita semua...pasti akan selamat. Percaya cakap Aila...ye, Mama Jihan?" Tambah Naila. Tangannya kini menggenggam erat tangan Puan Jihan.
Sebak Puan Jihan mendengar apa yang dikatakan oleh Naila itu. Puan Jihan hanya mampu menganggukkan kepalanya perlahan lalu memeluk erat tubuh gadis itu.
"Ya, sayang. Mama Jihan dengar cakap kamu. Hero kita...kuat." Balas Puan Jihan sebak. Sebak disebabkan anaknya dan juga gadis yang sedang dipeluknya itu.
"Ya Allah. Sungguh suci hati gadis bernama Naila Ayana ini. Terima kasih kerana telah menghadirkan dia didalam keluarga kami. Takdirkanlah dia untuk putera tunggalku, Aayaz Zayyan, Ya Allah. Ku mohon kepadamu. Amin." Doa Puan Jihan didalam hati. Satu kucupan hangat dihadiahkan diubun-ubun gadis itu dengan penuh kasih sayang.
Naila hanya tersenyum sebak. Lantas dia mengeratkan lagi pelukkannya bersama Puan Jihan iaitu ibu kepada Aayaz dan juga mamanya. Mereka bertiga berpelukan sambil menghembur tangisan tanpa henti.
"Mama Jihan dah, ok? Dah tenang sikit?" Tanya Naila lembut. Tangan masih setia menggenggam erat tangan wanita itu. Mereka bertiga akhirnya kembali tenang selepas menangis tanpa henti tadi.
"Mama Jihan dah ok, sayang." Balas Puan Jihan sambil mengusap lembut tangan gadis itu.
"Aila cintakan hero?" Senyuman manis yang terukir dibibir Naila ketika itu terus memudar dalam sekelip mata saat pertanyaan mengejut itu diajukan Puan Jihan.
Dia takut hendak mengaku yang dia sangat mencintai jejaka itu. Jejaka yang telah bertakhta dihatinya sejak daripada zaman sekolah lagi. Dia berasa dirinya sangat tidak layak untuk menyatakan itu.
"Aila..." suaranya seakan-akan tersekat di kerongkongnya, tidak mahu keluar.
"Jujur sayang...Demi Allah SWT, Mama Jihan takde niat pun nak marah awak. Mama Jihan cuma nak tahu je." Pujukan daripada Puan Jihan itu membuatkan hati seorang Naila Ayana luluh. Dia akhirnya mengalah lalu menjatuhkan kepalanya sekali yang menandakan jawapan yang dia memang mencintai jejaka itu.
YOU ARE READING
Supt's: Mio Caro (Complete)
RandomCOMPLETE! - Tentang kisah setia salah seorang ahli Hell's Killer - "Lapor! Alpha sedia Tuan Zyan. Over " - Platun Alpha Aayaz Zayyan, seorang jejaka kacak yang merupakan salah seorang ahli tertinggi VAT69. Kesetiaannya terhadap gadis pujaan hati ada...