Matanya beralih pula memandang ke arah Nazmie. Kelihatan lelaki itu hanya membatukan diri akibat terkejut. Gadis yang beliau sangat cintai sedang melakukan perbuatan terkutuk bersama ayahnya.
Beliau yang datang ke surau ini untuk melihat proses surau yang dibina atas wang simpanannya. Beliau mahu melihat keadaan surau ini sebelum ia mula dirasmikan pada minggu hadapan.
Siapa sangka niat untuk melihat surau ini menjadi satu mimpi buruk kepada dirinya. Tidak sanggup beliau mahu melihat perbuatan jijik dan terkutuk yang mereka lakukan di dalam rumah Allah ini.
Beliau juga seperti tidak percaya orang yang beliau sangat percayai kini sedang menikamnya dari belakang. Ayahnya dan kekasihnya sanggup menghancurkan kepercayaan ini. Sungguh sedih dan remuk hatinya setelah dikhianati sebegini rupa.
==================================================================================
Sebulan sudah berlalu semenjak kejadian Amirah tertangkap melakukan perbuatan terkutuk dengan Noordin. Cerita kejalangan dirinya sudahpun tersebar luas ke seluruh kampung. Tidak tahu bagaimana ia tersebar.
Mungkin pekerja-pekerja kontrak yang hadir bersama Nazmie ketika itu yang menyebarkan berita terbabit. Akibat apa yang terjadi tempoh hari, Nazmie telahpun lari dan meninggalkan negara ini.
Beliau kini sudahpun berada di bumi Mesir untuk menyambung pelajaran. Beliau juga mahu lari dari kekecewaan yang dialami. Beliau tidak mampu menerima kenyataan yang cukup pedih dan perit itu.
Bukan sahaja dirinya, ayahnya iaitu Noordin juga telah melarikan diri. Lelaki itu tidak lagi mampu mempamerkan wajahnya di khalayak ramai. Reputasi dan maruahnya kini sudah rosak dan tercalar teruk.
Hanya Amirah sahaja yang masih lagi kekal di kampung itu. Namun dia juga tidak berani mempamerkan wajahnya di khalayak ramai. Dia hanya menyorok di rumah kerana sungguh malu dengan apa yang terjadi.
Mahu sahaja dia lari dari rumah ini, namun dia tidak tahu kemanakah hala tuju yang perlu dia pergi. Dia juga tidak mahu meninggalkan rumah ini kerana tiada siapa yang akan menjaga ibunya yang lumpuh kelak.
Jadi buat masa ini dia hanya duduk terperap di rumah dan menunggu keadaan reda dahulu. Sedang dia menikus di dalam bilik, tiba-tiba kedengaran pintu biliknya dibuka. Apabila dipandang, kelihatan Deraman yang muncul.
"Tak pergi menjalang ke hari ni?" Soal Deraman.
Amirah tidak menjawab persoalan itu, sebaliknya hanya mengabaikan lelaki itu. Dia malas mahu melayan perangai lelaki itu. Melihat dirinya tidak diendah, Deraman kemudian terus menghampiri anak tirinya itu.
"Hey aku tanya ni, tak pergi menjalang ke?!" Deraman kemudian menggenggam erat tangan Amirah.
"Apa ni pakcik, sakitlah!" Amirah cuba melepaskan genggaman tangan itu, namun genggaman itu menjadi semakin kuat.
"Aku tak terkejut pun kau jadi betina jalang, sebab kau anak kandung Mahani. Mana tak tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi." Perli Deraman.
"Apa maksud pakcik?" Amirah tak mengerti.
"Jangan buat-buat bodoh lah. Memandangkan kau suka mengangkang sana-sini, apa kata malam ni kau kangkang untuk aku pula." Pinta Deraman lalu memegang kedua-dua belah tangan Amirah.
"Apa ni pakcik?! Baik pakcik keluar, kalau tak saya jerit!" Ugut Amirah sambil meronta-ronta untuk dilepaskan.
"Kalau kau nak jerit pun, apa masalahnya." Deraman tidak peduli lagi, lalu terus menindih Amirah.
"Tolong! Tolong!" Jerit Amirah sambil menolak tubuh lelaki itu daripada terus menindihnya.
"Abang, apa abang nak buat dekat adik?!" Tiba-tiba Mahani muncul di pintu bilik.
"Kau tengok jelah apa yang aku nak buat dekat anak jalang kau ni." Ujar Deraman yang tidak peduli dengan kehadiran isterinya itu.
Mahani tidak rela melihat sahaja apa yang dilakukan oleh Deraman. Dia kemudian memusingkan tayar wheelchair untuk menghampiri katil. Setelah menghampiri mereka, Mahani cuba menghentikan perbuatan suaminya itu.
"Ehh perempuan tua ni, buat naik darah aku je!" Deraman menjadi geram dengan tindakan isterinya itu.
Beliau secara tiba-tiba terus melempang muka Mahani dengan kuat. Akibat dilempang dengan kuat, Mahani tidak dapat mengimbangkan badannya. Dia akhirnya terjatuh dari atas wheelchair tersebut.
"Ibu!" Melihat keadaan ibunya, Amirah terus mendapatkan ibunya di atas lantai.
"Apa pakcik dah buat kat ibu ni?!" Amirah begitu geram dengan tindakan lelaki itu.
"Peduli apa dengan betina jalang ni. Baik kau puaskan aku macam mana ibu kau puaskan jantan-jantan lain kat luar sana." Deraman kini menarik tangan Amirah supaya kembali ke katil.
"Abang, tolong lah jangan buat apa-apa dekat adik." Mahani merayu sambil matanya mula berkaca.
"Kau tengok jelah apa yang aku nak buat dekat anak kau." Deraman tidak mahu membuang masa lagi, lalu terus merentap baju Amirah sehingg koyak.
Kini seperti tiada lagi harapan untuk mereka menghentikan perbuatan terkutuk Deraman. Amirah hanya mampu pasrah dengan apa yang bakal terjadi. Hanya air mata sahaja yang menemaninya.
Namun ketika itu jugalah Amirul muncul di hadapan bilik adiknya. Beliau sungguh terkejut melihat apa yang sedang terjadi. Tanpa berlengah beliau dengan pantas berlari untuk menyelamatkan adiknya.
Ditolak tubuh Deraman yang sedang menindih tubuh Amirah. Akibat tolakan itu, Deraman jatuh tergolek dari atas katil. Lelaki itu sungguh marah kerana ada sahaja orang mengganggu hasratnya.
"Ni lagi sekor manusia tak berguna, kau berambus dari rumah ni!" Tengking Deraman.
"Ayah boleh buat apa saja dekat saya, tapi saya takkan benarkan ayah apa-apakan adik!" Tegas Amirul.
"Kau sentuh bini aku boleh, tapi kenapa pula kau tak benarkan aku sentuh adik kau hahh?!" Soal Deraman.
"Apa yang dia maksudkan along?" Amirah tidak mengerti.
"Kau nak tahu apa yang sebenarnya terjadi kan? Untuk pengetahuan kau, aku dah jadikan mak korang ni sebagai pelacur selama ni!" Ujar Deraman.
"Betul ke ibu?" Amirah seperti tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Persoalan itu tidak dibalas oleh Mahani, sebaliknya wanita itu hanya mampu menangis.
"Berapa ramai orang kampung dah pernah langgan mak kau ni. Boleh cakap semua lelaki kat kampung ni tahu mak kau pelacur termasuk abang kau ni!" Tegas Deraman lagi.
"Betul ke along?" Amirah beralih pula kepada Amirul. Namun lelaki itu juga hanya berdiam diri.
"Lepas abang kau ni tahu yang mak kau ni melacur, kau tahu apa yang diorang buat? Diorang buat sumbang mahram dekat pondok dekat kebun getah korang tu." Ujar Deraman.
Amirah seperti tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Dia tidak percaya ibu dan abangnya sanggup melakukan perbuatan tersebut. Dia merasakan yang Deraman hanya mereka-reka cerita.
"Diorang ingat aku tak tahu, tapi aku ikut diorang sampai ke kebun. Lepas kantoi dengan aku, diorang cuba larikan diri dan tinggalkan kampung ni. Kau tahu kenapa mak kau cacat sekarang ni?" Soal Deraman.
"Apa yang jadi dekat ibu sebenarnya?" Amirah beralih ke arah ibunya. Namun ibunya masih lagi berdiam diri sambil menangis.
"Selama ni kau ingat ibu kau cacat accident, tapi sebenarnya tak. Aku yang pukul kaki mak kau sampai cacat supaya dia tak boleh larikan diri dari sini." Jelas Deraman.
Bersambung...
YOU ARE READING
Amirah Aqilah
FanfictionAmirah Aqilah, namanya secantik wajahnya. Namun sayang kerana sikapnya tidak secantik namanya. Akibat kehidupan susah yang dilalui oleh Amirah, dia mengambil keputusan untuk mengubah hidupnya. Namun sayang dia memilih jalan yang singkat untuk hidup...