Bab 26 : Terlihat

2K 27 2
                                    

"Aduh banyaknya." Amirah mengeluh.

"Sorry. Jangan risau sebab apa yang u buat ni bukannya free, I akan bayar sama banyak dengan model-model yang lain." Jelas Suzy.

"Ok lah kalau macam tu." Amirah bersetuju.

"Kalau ok, dah cepat siap. Teha, siapkan Mira boleh?" Pinta Suzy.

Fateha yang sudah lama bekerja dengan Suzy tahu apa yang perlu dilakukannya. Dia kemudian mengambil busana yang akan diperagakan, lalu menarik tangan dan membawa Amirah ke bilik persalinan.

"Dah, cepat salin." Arah Fateha.

Amirah menuruti lalu mula menanggalkan pakaian yang menutupi tubuhnya. Kelihatan ada senyuman di wajah Fateha ketika ini. ini kerana dia mendapat rezeki lagi untuk menonton tubuh gebu Amirah.

Setelah selesai Amirah menanggalkan pakaiannya, kini Fateha membantu gadis itu mengenakan busana yang bakal diperagakan. Sambil membantu rakannya itu, Fateha sempat meraba kulit licin Amirah.

"Kau kena pakai tudung tau." Ujar Fateha setelah Amirah selesai mengenakan busana tersebut.

"Kenapa pula?" Amirah tidak mengerti.

"Sebab fashion show ni kan bertemakan busana muslimah. Jadi baru lah sesuai dengan tema." Jelas Fateha.

"Ada erk tema macam tu?" Amirah sendiri tidak tahu.

"Mestilah ada. Lagipun berapa bulan je lagi kita nak puasa, jadi pakaian-pakaian ni memang sesuai untuk hari raya nanti." Jelas Fateha lagi.

"Tapi baju-baju ni semua mahal-mahal. Siapa je yang mampu beli?" Amirah sendiri tidak pasti.

"Mesti lah ada orang beli. Tetamu-tetamu yang datang malam ni pun bukan calang-calang orangnya, kebanyakannya adalah isteri-isteri VIP." Jelas Fateha lagi.

"Nak tak aku pakaikan tudung untuk kau ni?" Fateha mengulangi persoalannya.

"Kalau macam tu ok lah." Amirah bersetuju.

Fateha kemudian mengambil tudung yang sudahpun tersedia, lalu membantu Amirah mengenakan tudung itu. Terasa agak lama juga dia tidak mengenakan tudung. Kali terakhir apabila dia pergi ke surau untuk mendengar ceramah ayah Nazmi.

Tiba-tiba wajah bekas kekasih hatinya itu melintasi fikirannya. Tidak tahu apa perkhabaran lelaki itu di bumi Mesir. Adakah lelaki itu masih marah terhadap dirinya setelah apa yang terjadi dahulu?

Sudah pasti dia rasakan lelaki itu masih marah. Tiada seorang lelaki pun mampu bersabar jika melihat kekasih hatinya melakukan zina di hadapan mata. Apatah lagi dia telah berzina dengan ayah kepada lelaki itu sendiri.

Dia tahu lelaki itu sungguh terluka dengan apa yang dia lakukan. Dia tahu dia tidak layak untuk mendapat kemaafan daripada lelaki itu. Namun dia tidak dapat menafikan bahawa dia sangat rindu kepada lelaki itu.

"Hey!" Fateha menepuk lengan Amirah. Akibat tepukan itu, lamunan Amirah terhenti.

"Kau mengelamun apa ni?" Tegur Fatehah.

"Takde apa." Amirah menggelengkan kepalanya.

"Cuba tengok muka kau. Cantik tak aku pakaikan tudung?" Soal Fateha sambil memalingkan tubuh Amirah ke arah cermin.

Amirah melihat wajah dan tubuhnya di hadapan cermin. Seperti tidak percaya wanita di dalam cermin itu adalah dirinya. Ini kerana sepanjang hidupnya dia tidak pernah mengenakan busana yang mahal seperti ini.

"Cantik tak?" Fateha mengulangi persoalan itu.

"Cantik sangat." Amirah terpegun dan tersenyum sendirian. Baru lah dia sedari yang dirinya sebenarnya tidak kalah cantiknya.

"Dah siap belum?" Tiba-tiba Suzy muncul di bilik persalinan. Kelihatan ada empat model sudah bersiap berada di belakangnya.

"Dah." Balas Fateha.

"Kalau dah siap Mira, U dengan model yang lain tunggu belakang pentas ye. Teha, jom kita duduk dekat depan." Ajak Suzy.

Mereka menuruti arahan itu lalu Fateha bersama-sama Suzy menuju ke bahagian penonton, manakala Amirah dan model-model yang lain menuju ke belakang pentas. Suzy dan Fateha mengambil tempat di bahagian hadapan.

Seketika menunggu, akhirnya majlis pun bermula. Model-model mula melakukan catwalk dengan menggayakan busana daripada pelbagai pereka fesyen. Kelihatan busana yang diperagakan semuanya cantik-cantik belaka.

Ramai model sudahpun menggayakan busana masing-masing memandangkan ramai pereka fesyen yang terlibat dengan persembahan fesyen ini. Seketika menunggu, akhirnya tibalah giliran busana hasil tangan Suzy.

Kesemua model-model yang diupah mula berjalan di atas pentas. Ini termasuklah Amirah yang berada di bahagian paling belakang. Terlihat wajah gadis itu sangat gementar tatkala mula melangkah kakinya.

Mata Suzy ketika ini hanya memerhati tetamu-tetamu yang hadir. Dia mahu melihat reaksi tetamu-tetamu terhadap rekabentuk pakaiannya. Kelihatan wajah tetamu-tetamu itu sungguh teruja dengan busana rekaannya.

Wajah mereka kelihatan sungguh gembira dan tersenyum lebar. Mereka juga menepuk tangan kepada model-model yang memperagakan pakaian rekaannya. Ini membuatkan dia juga gembira.

Melihat reaksi tetamu-tetamu itu membuatkan dia dapat mengagak tempahan pakaian rekaannya mungkin akan meningkat menjelang hari raya nanti. Tidak sia-sia dia sertai persembahan fesyen.

Baru sahaja dia ingin gembira, tiba-tiba matanya terpandang ke arah koridor di tingkat atas di pusat beli belah itu. Dia terlihat wajah Nazifah sedang berjalan dengan seorang lelaki. Apa yang membuatkan dia terperanjat adalah lelaki di sebelah gadis itu.

"Madam, cuba tengok Mira. Dia jalan dah macam apa, dah macam itik pulang petang. Hahahah!" Fateha hanya tertawa melihat rakannya itu. Namun kata-katanya tidak dihiraukan oleh majikannya itu.

"Madam dengar tak apa yang saya cakap?" Fateha kemudian memandang ke wajah Suzy.

Kelihatan majikan itu masih lagi tidak mengendahkannya dan hanya memandang ke arah suatu tempat. Fateha juga terus memandang ke tempat di mana majikannya itu melihat. Dia juga merasa terkejut dengan apa yang dilihatnya.

Rakan sekerja dan serumahnya iaitu Nazifah sedang berjalan berdua-duaan dengan seorang lelaki sambil mereka berpegangan tangan. Apa yang lebih mengejutkan lagi adalah lelaki itu adalah suami kepada Suzy.

"I nak balik." Suzy kemudian bangun.

"Dah tu macam mana dengan fashion show ni?" Soal Fateha.

"U handle semua." Ujar Suzy.

"Tapi saya mana tahu nak bu..." Belum sempat dia menghabiskan kata-kata, Suzy terus beredar daripada situ.

Fateha hanya menepuk dahi kerana tidak tahu bagaimana mahu menyelesaikan masalah tersebut. Dia sendiri tidak pernah menguruskan kerja-kerja seperti ini. Apa yang dia perlu lakukan ketika ini.

Dia juga berserabut memikirkan hal yang baru dia lihat sebentar tadi. Bagaimana boleh Nazifah mempunyai hubungan dengan Robert? Kenapakah mereka berdua boleh berada di pusat beli belah ini?

Apakah hubungan di antara mereka sehingga mereka boleh berjalan berpegangan tangan seperti itu? Sudah pasti hubungan mereka boleh dianggap istimewa jika mereka berani berpegangan tangan seperti itu.

Dia pasti hati Suzy ketika ini sungguh remuk melihat apa yang terjadi. Wanita yang dianggap seperti adik kandung sendiri itu berani menikamnya dari belakang. Sanggup mendampingi suaminya itu.

Bersambung...

Amirah AqilahWhere stories live. Discover now