"Macam mana dia boleh kerja dekat butik ni hampir sama dengan macam mana kau boleh kerja dekat butik ni sekarang." Tambah Fateha.
"Maksudnya?" Amirah tidak mengerti.
"Madam jumpa dia dekat tepi jalan sama macam madam jumpa kau." Jelas Fateha.
Lapan belas bulan yang lalu :-
"Cepat tutup pintu tu. Dah lambat dah ni." Arah Suzy.
Dia kemudian melihat jam di tangannya dan kelihatan waktu sudahpun menjangkau 11.30 malam. Ini bermakna dia sudahpun terlajak menutup butik itu selama sejam setengah. Sepatutnya butik beroperasi sehingga sepuluh malam sahaja.
"Sorry, sebab saya madam terpaksa tutup butik lambat." Fateha mula rasa bersalah.
Ini kerana dia tersalah tarikh mengenai pakaian yang ditempah oleh pelanggan. Hari yang pelanggan ingin datang untuk mengambil pakaian adalah esok. Dia tersalah tarikh dan memberitahu Suzy pada minggu depan.
Jadi mahu tidak mahu mereka terpaksa menyiapkan pakaian itu hari ini juga. Itulah sebabnya mereka terpaksa bekerja lebih masa pada hari ini. itu jugalah sebabnya kenapa Fateha rasa bersalah atas kecuaiannya.
"It's okay, pakaian tu pun dah settle. So kita boleh balik dah take a rest." Suzy hanya melemparkan senyuman kepada Fateha.
Mereka berdua kemudian berjalan meninggalkan perkarangan butik. Mereka berdua menuju ke kereta di ruang parkir tidak jauh daripada situ. Ketika tiba di kereta, mereka terlihat seseorang sedang duduk di bahu jalan.
Seorang gadis yang berpakaian baju kurung dan bertudung bersama satu beg pakaian yang agak besar. Wajah gadis itu kelihatan sungguh muram. Kasihan melihat keadaannya, Suzy terus menghampiri gadis itu.
"Excuse me, U tunggu siapa dekat sini?" Soal Suzy. Namun gadis itu hanya diam membisu tanpa berkata apa-apa. Seketika kemudian, secara tiba-tiba gadis itu mula menangis.
"U ada masalah ke? Kalau ada masalah, U cerita je dekat I." Suzy semakin kasihan pada gadis itu.
"Saya sebenarnya datang jauh dari kampung. Saya ditawarkan kerja dekat bandar ni oleh seseorang, tapi saya kena bayar duit agensi sebanyak RM2000 dulu." Gadis itu mula membuka bicara.
"Lepas tu apa yang terjadi?" Suzy semakin ingin tahu.
"Lepas saya bayar duit tu, dia bagi saya alamat tempat kerja dan tempat tinggal. Saya pun terus datang dari kampung ke sini. Bila saya pergi alamat yang diberi, rupa-rupanya tak wujud pun tempat tu." Air mata gadis itu semakin mengalir.
"U kena scam lah maknanya. Dah tu U nak pergi mana lepas ni?" Soal Suzy. Gadis itu hanya menggelengkan kepalanya.
"Macam ni lah, apa nama U?" Soal Suzy.
"Effa." Balas gadis itu.
"Macam ni lah Effa, apa kata U tinggal dekat hostel yang I sediakan untuk staff I buat masa sekarang ni." Pelawa Suzy.
"Madam, kenapa tiba-tiba madam nak bagi dia tinggal dekat hostel tu pula?" Fateha berbisik di telinga Suzy.
"U tak kesian ke dekat dia ni?" Suzy pula menyoal.
"Madam yakin ke dengan cerita dia tu? Madam ni senang sangat lah percaya dekat orang." Bebel Fateha.
"Kalau dia menipu sekali pun, tak rugi pun kalau bagi tumpang dia dekat hostel tu." Tegas Suzy.
"Terpulang dekat madam lah." Fateha hanya menggelengkan kepalanya.
"Nak tak U tinggal dekat hostel tu?" Suzy kini beralih kepada Nazifah.
"Terima kasih banyak-banyak puan sebab nak tolong saya." Ada keceriaan di wajah Nazifah ketika ini.
Kembali ke masa kini :-
"Lepas dari tu, madam pun offer dia kerja dekat butik tu sama macam dia offer kau. Effa tu seorang yang sangat rajin kerja sampai buatkan madam sayang dia lebih dari staff yang lain." Jelas Fateha.
"Disebabkan sayang, madam selalu bawa Effa balik rumah dia dan anggap Effa tu macam keluarga dia sendiri. Sampailah madam offer Effa untuk jadi model sambilan setiap kali ada fashion show." Ujar Fateha lagi.
"Bukan setakat untuk butik kita tu je, madam siap tolong Effa jadi model untuk pereka fesyen dari butik lain. Mula-mula Effa cuma jadi model busana muslimah je, tapi dia dapat tawaran untuk jadi model pakaian yang seksi-seksi." Tambah Fateha lagi.
"Jadi dia pun ambil keputusan untuk freehair terus. Semenjak dari tu lah dia mula dapat banyak job dalam modelling ni. Semenjak tu juga lah dia jarang datang kerja dekat butik tu." Jelas Fateha lagi.
"Macam mana pula dia boleh ada skandal dengan suami madam?" Amirah ingin tahu.
"Yang tu aku tak pasti. Mungkin sebab madam selalu bawa dia balik rumah kot, jadi Effa kenal suami madam dekat rumah lah kot." Fateha cuba mengagak.
"Suami madam tu kerja apa? Kaya sangat ke sampai Effa boleh berniat sondol dia?" Amirah ingin tahu.
"Aku pun tak pasti apa pekerjaan suami madam. Malas aku ambil tahu hal orang ni." Balas Fateha.
"Rasa-rasanya kalau jadi perempuan simpanan ni banyak tak boleh dapat duit?" Soal Amirah lagi.
"Mana lah aku tahu. Kau jangan buat kerja-kerja macam tu pula. Cari je kerja yang halal." Tegas Fateha.
"Yelah aku cari duit halal je." Ujar Amirah.
Tanpa Fateha ketahui, Amirah sudahpun terjebak dengan kerja kotor selama ini. Dia sudahpun menggadaikan tubuhnya demi duit. Sudah terlalu ramai lelaki dan perempuan mendapat kepuasan daripadanya.
Dia juga tiada niat untuk bertaubat ketika ini. Jika dia mendapat peluang, sudah pasti dia akan melakukan pekerjaan lamanya. Memandangkan dia kini di ibukota, sudah pasti bayarannya lebih lumayan.
==================================================================================
Nazifah terbaring kepenatan di atas katil. Sejak daripada pagi lagi dia mengemas barang-barang yang dibawanya ke dalam rumah itu. Tidak dia sangka terlalu banyak rupanya barang yang dia miliki.
Nasib baik lah rumah yang dia tinggal sekarang ini luas dibanding dengan hostel yang dia duduki sebelum ini, jadi barang-barangnya mudah disusun. Sungguh gembira apabila dihadiahkan rumah ini.
"Ting! Tong!" Kedengaran loceng rumah dibunyikan. Tanpa berlengah, Nazifah terus menuju ke pintu rumah.
"Kenapa tekan loceng? Mana kunci U?" Soal Nazifah.
"I tertinggal dekat rumah I." Balas Robert.
Beliau kemudian melangkah kaki ke dalam rumah tersebut. Setelah lelaki itu berada di dalam rumah, Nazifah terus mengunci semula pintu rumah. Setelah itu dia terus memeluk tubuh Robert dari belakang.
"U cakap ada benda penting nak bincang. Benda apa tu?" Soal Robert sambil cuba melepaskan pelukan itu.
Bersambung...
YOU ARE READING
Amirah Aqilah
Fiksi PenggemarAmirah Aqilah, namanya secantik wajahnya. Namun sayang kerana sikapnya tidak secantik namanya. Akibat kehidupan susah yang dilalui oleh Amirah, dia mengambil keputusan untuk mengubah hidupnya. Namun sayang dia memilih jalan yang singkat untuk hidup...