Bab 27 : Nazifah

1.9K 25 1
                                    

"Amboi senyum sampai ke telinga. Kenapa ni?" Tegur Fateha setelah melihat Amirah tersengih sendirian.

"Duit aku jadi model terjun hari tu dah dapat dah." Ujar Amirah.

"Oh yeke? Seronok lah kau dah ada duit sendiri sekarang ni." Fateha tumpang gembira.

"Lepas ni boleh lah beli pakaian sendiri. Nanti aku pulang semula ye pakaian-pakaian kau yang aku pinjam tu." Ujar Amirah.

"Aku tak kesah kau nak pulangkan bila. Dah tu kau nak beli baju kat mana? Kat butik ni kan banyak pakaian, beli kat butik ni jelah. Staff boleh dapat diskaun tau." Jelas Fateha.

"Eyy taknak lah, mahal-mahal lah pakaian dalam butik ni. Lagi satu pakaian-pakaian dalam ni mana lah sesuai dengan aku yang kerja saleswoman ni." Balas Amirah.

"Kau kan dah jadi part time model, jadi siapa cakap tak sesuai? Mesti lah sesuai dengan model macam kau ni." Fateha cuba mengusik.

"Eyy rasanya tu jelah kali pertama dan terakhir aku jadi model." Ujar Amirah.

"Kenapa pula?" Fateha ingin tahu.

"Kau tak tengok ke aku jalan macam mana masa malam tu? Dah lah, aku dah tak nak memalukan diri." Jelas Amirah.

"Apa pula memalukan. Madam pun ok je kau jadi model malam tu." Jelas Fateha.

"Sebut pasal madam kan, kenapa ye sejak dari fashions show hari tu madam macam moody je? Aku ada buat salah ke?" Amirah ingin tahu.

"Takde kena mengena dengan kau. Aku syak semua ni disebabkan oleh Effa lah." Ujar Fateha.

"Effa buat apa dekat madam sampai madam moody?" Amirah ingin tahu.

"Effa..." Baru sahaja ingin berkata-kata, kelibat Nazifah tiba-tiba muncul.

"Eh Effa, kau pergi mana hahh? Kat rumah jarang balik, kat tempat kerja tak nampak bayang!" Fateha berasa geram.

"Sibuk lah kau tanya itu ini. Aku datang sini nak jumpa madam." Nazifah kemudian cuba berjalan menuju ke bilik pejabat majikannya itu, namun tiba-tiba dihalang oleh Fateha.

"Kenapa dengan kau ni?" Nazifah cuba mengelak tubuh Fateha.

"Aku rasa baik kau jangan jumpa dia buat masa sekarang ni." Pinta Fateha.

"Sebab apa aku tak boleh jumpa dia? Sebab dia dah tahu pasal aku dan Robert?" Soal Nazifah.

"Effa! Jadi betul ke kau ada hubungan dengan suami madam?" Fateha seperti tidak percaya apa yang didengarinya.

"Sibuk lah kau!" Nazifah menolak tubuh Fateha.

Dia kemudian terus sahaja menuju ke bilik pejabat majikannya itu. Fateha kini tidak dapat lagi menahan rakannya itu berjumpa Suzy. Amirah pula hanya terpinga-pinga kerana tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi.

Berbalik kembali kepada Nazifah, dia kini sudahpun membuka pintu bilik pejabat itu tanpa mengetuk dahulu. Suzy yang sedang bersedih di mejanya sangat terkejut melihat wajah Nazifah di hadapannya.

"Effa, U pergi mana selama ni tak masuk kerja ye? U nak kerja ke taknak ni?" Soal Suzy.

"Saya taknak kerja. Saya datang sini pun sebab saya nak bagitahu yang saya nak resign." Jelas Nazifah.

"But why?" Suzy sangat terkejut dengan apa yang didengarinya.

"Sebab saya boleh buat kerja yang lebih lumayan daripada jadi saleswoman dan model part time ni." Jelas Nazifah.

"Kerja apa? Kerja menyondol suami orang?" Suzy cuba meneka.

"Yes, especially suami orang yang kaya raya macam suami madam." Nazifah tersenyum penuh sinis.

"Jadi betul lah U ada affair dengan husband I?" Seperti nak tercabut jantung Suzy mendengar kata-kata itu.

"Yes, kami memang ada hubungan sulit. Robert juga cakap yang dia akan memperisterikan saya." Luah Nazifah.

"Kenapa U buat macam ni dekat I? Selama ni i dah anggap U macam family I sendiri?" Suzy sungguh kecewa dengan pengakuan gadis itu.

"Saya pun dah anggap madam macam family saya, dan saya anggap Robert macam husband saya sendiri." Ujar Nazifah sambil ketawa riang.

"Sampai hati U kan tikam I dari belakang. Kenapa U kejam sangat?" Seperti mahu menitis air mata Suzy.

"Dah lah saya takde masa ni, selamat tinggal." Nazifah kemudian beredar meninggalkan bilik pejabat itu. Ketika tiba di pintu bilik, dia berselisih dengan Fateha dan Amirah.

"Kenapa teruk sangat perangai kau ni hahh?! Kenapa kau buat macam tu dekat madam?!" Fateha berasa geram.

"Itu kau tak perlu tahu. Mulai hari ni aku dah tak tinggal dekat rumah tu lagi. Kau boleh tinggal berdua je dengan budak kampung ni." Ujar Nazifah sambil menuding jari ke arah Amirah.

Dia kemudian beredar meninggalkan butik tersebut. Walaupun masih tidak mengerti dengan apa yang terjadi, namun Amirah tidak tahu kenapa dia marah sangat kepada Nazifah. Dia dan Fateha kemudian menghampiri Suzy.

"Madam tak pape?" Soal Fateha setelah melihat mata majikannya itu sedang berkaca.

"Selama ni I dah anggap Effa macam adik I sendiri. I layan dia jauh lebih baik dari staff-staff I yang lain, tapi kenapa dia sanggup buat I macam ni?" Air mata Suzy tidak dapat ditahan lagi.

"Sabar lah madam, nanti mesti dia akan dapat balasan juga." Fateha cuba menenangkan majikannya itu.

Dia juga sebenarnya tidak tahu kenapa Nazifah tiba-tiba berperangai seperti itu. Dia tidak tahu kenapa dalam ramai-ramai lelaki, suami kepada majikannya itu juga yang hendak dicaras. Dia tidak tahu apa yang difikirkan oleh Nazifah.

==================================================================================

Setelah selesai mandi, Amirah terus mengenakan gaun pajama satin yang baru dibelinya. Ini adalah kali pertama dia memiliki gaun pajama. Jika di kampung dahulu, dia hanya mampu bermimpi memakai pakaian seperti ini.

Setelah selesai mengenakan pakaian, dia kemudian terus keluar menuju ke ruang tamu. Kelihatan Fateha sedang berbaring di hadapan televisyen. Mata gadis itu yang sejak dari tadi menonton televisyen, kini beralih ke Amirah.

"Amboi, baru beli baju tu siang tadi terus pakai malam ni ye?" Fateha hanya tersenyum melihat rakannya itu.

"Kalau bukan malam ni, bila lagi nak pakai kan? Cantik tak baju ni?" Soal Amirah sambil memusingkan tubuhnya untuk memperagakan gaun tidurnya.

"Mesti lah cantik sebab aku yang pilihkan baju tu." Balas Fateha. Amirah kemudian berbaring di sebelah rakannya itu.

"Effa memang dah tinggalkan rumah ni ke?" Soal Amirah.

"Haah. Semua barang dia dalam bilik tu dia dah angkut." Jelas Fateha.

"Dah tu kita berdua jelah tinggal dekat rumah ni?" Soal Amirah lagi.

"Buat masa sekarang ni kita berdua jelah. Nanti kalau madam ambil pekerja baru gantikan si Effa tu, mungkin kita ada lah housemate baru." Balas Fateha.

"Sebenarnya aku dari hari tu lagi nak tanya, apa sebenarnya yang terjadi antara Effa dan madam?" Amirah ingin tahu.

"Aku pun tak tahu nak terangkan macam mana sebab aku pun tak tahu macam mana Effa boleh ada skandal dengan suami madam." Ujar Fateha.

"Kau kenal dengan Effa tu dah lama ke?" Soal Amirah lagi.

"Aku kenal dia masa dia start kerja dekat butik tu lah. Aku start kerja dekat butik tu dua tahun lepas, dia pula masuk kerja dekat situ enam bulan kemudian." Ujar Fateha lagi.

"Macam mana dia boleh kerja dekat situ hampir sama dengan macam mana kau boleh kerja dekat butik ni sekarang." Tambah Fateha lagi.

Bersambung...

Amirah AqilahWhere stories live. Discover now