Bab 25 : Model

1.7K 27 1
                                    

Hampir seminggu sudah berlalu semenjak Amirah melarikan diri daripada rumahnya. Dia kini sudahpun tahu bagaimana cara kerja di butik tersebut. Dia juga sangat selesa dengan persekitaran kerjanya.

"Mira, macam mana dengan uniform tu? Selesa tak?" Soal Suzy.

"Ok, selesa sangat." Balas Amirah.

"Emm Teha, Effa mana ni?" Kini Suzy beralih pula kepada Fateha.

"Dia cakap dia nak balik kampung hari ni sebab mak dia sakit." Bohong Fateha. Dia sendiri tidak tahu kemanakah perginya rakannya itu.

"Dah tu macam mana dengan esok?" Soal Suzy.

"Saya pun tak pasti lah." Balas Fateha.

"Kenapa dengan esok?" Amirah mencelah.

"Esok butik ni join event fashion show. Selalunya Effa yang akan jadi salah seorang model untuk busana yang madam buat khas untuk event tu." Jelas Fateha.

"Oh yeke? Kalau Effa tak boleh join, tak boleh cari pengganti ke?" Soal Amirah lagi.

"Last minutes macam ni, mana I nak cari pengganti?" Suzy hanya menggelengkan kepalanya.

Amirah pun tidak tahu bagaimana mahu membantu majikannya itu. Dia sendiri tidak mengenali Nazifah dengan lebih dekat. Apa yang dia tahu gadis itu bukanlah balik kampung, namun tidak mahu datang kerja.

"Wait a minute!" Suzy kemudian menghampiri Amirah.

"Kenapa ni madam?!" Amirah berasa hairan.

Namun Suzy tidak berkata apa-apa, sebaliknya membelek-belek wajah dan tubuh Amirah. Dia melihat tubuh gadis itu dari hujung rambut ke hujung kaki. Amirah menjadi tidak tenang tubuhnya ditenung seperti itu.

"Berapa tinggi U?" Soal Suzy.

"155cm." Balas Amirah.

"Berapa body measurements U?" Soal Suzy lagi.

"Tak pasti lah, dah lama tak ukur." Balas Amirah.

"Jom ikut I ke office sekejap." Ajak Suzy.

"Tapi untuk apa?" Amirah berasa pelik.

"Jom jelah." Suzy kemudian menarik tangan Amirah.

Amirah akur lalu mengekori majikannnya itu menuju ke bilik pejabatnya. Fateha juga mengekori mereka menuju ke bilik pejabat. Ini memandangkan waktu kerja belum lagi bermula dan butik itu masih lagi belum dibuka.

"Tanggalkan baju U." Arah Suzy.

"Tapi kenapa?" Amirah menjadi semakin pelik.

"Sebab nak ukur body U." Jelas Suzy.

Amirah berasa pelik dengan permintaan majikannya itu. Namun dia tetap turuti arahan tersebut, lalu membuka bajunya dan seluarnya. Kini hanya tinggal pakaian dalam sahaja menutupi tubuhnya.

"Tanggalkan bra dan panties U." Arah Suzy.

Sekali lagi Amirah menuruti lalu menanggalkan pakaian dalam yang menutupi bahagian sulitnya. Kini tubuhnya sudahpun berbogel tanpa ada seurat benang pun. Peliknya dia tidak merasa malu untuk berbogel.

Mungkin kerana pekerjaan sampingan yang pernah dilakukan olehnya dulu membuatkan dia sudah biasa. Tubuhnya sudahpun seringkali dilihat oleh orang lain. Jadi tiada apa yang perlu dia malukan.

Kelihatan Suzy mengambil pita pengukur yang berada di atas meja. Dia kemudian terus menghampiri Amirah lalu terus mengukur dada gadis itu menggunakan pita pengukur. Setelah itu diukur pula bahagian pinggang.

Akhir sekali dia mengukur pula bahagian pinggul gadis itu. Amirah hanya membiarkan sahaja perilaku Suzy tanpa mengetahui kenapakah wanita itu mengukur tiga bahagian utama tubuhnya. Apa yang cuba dilakukan oleh wanita itu?

"34, 25, 35." Ujar Suzy setelah selesai.

"Tu bacaan body measurements saya ke?" Soal Amirah.

"Yes, your body looks fit." Ujar Suzy.

"Apa maksud madam?" Amirah masih lagi tidak faham.

"Untuk gayakan design I untuk fashion show esok." Jelas Suzy.

"Madam nak saya jadi model gantikan Effa ke?" Amirah seperti tidak percaya.

"Yeah." Balas Suzy.

"Ehh taknak lah. Saya tak reti semua benda ni." Amirah menolak.

"Tapi U saja yang I boleh harap right now. I dah tak tahu nak cari mana lagi model untuk esok. Please." Suzy mengharap.

"Tapi..." Amirah tidak sampai hati mahu menolak, namun dia juga tidak bersedia untuk menjadi model.

"Alah, buat jelah. Bukan susah pun." Fateha pula menyampuk. Dia masih lagi tidak berkelip melihat tubuh bogel Amirah.

"Kenapa tak suruh Teha je?" Soal Amirah kepada Suzy.

"Bukan I taknak, tapi..." Suzy tidak tahu macam mana mahu menerangkan.

"Sebab aku pendek, mana boleh jadi model. Kau kan agak tinggi, baru sesuai." Fateha memberi penjelasan.

"Emm, kalau macam tu yelah." Walaupun keberatan, namun Amirah tidak sampai hati mahu menolak permintaan itu. Ini memandangkan wanita itu banyak berjasa terhadap dirinya.

"Thank you Mira." Suzy kemudian terus mencium kedua-dua belah pipi Amirah dengan penuh gembira.

"Boleh saya pakai baju semula?" Pinta Amirah.

"Oh sorry. U boleh pakai balik." Suzy memberi kebenaran.

Amirah kemudian terus mengenakan semula pakaian ke tubuhnya. Fateha hanya memerhati rakannya itu menutup kembali tubuh bogelnya dengan perasaan yang agak sedih. Dia sebenarnya masih belum puas melihat.

Dia tidak tahu kenapakah dia sangat suka melihat Amirah dalam keadaan bogel. Ini adalah kali kedua dia mendapat rezeki menatap tubuh bogel Amirah. Tidak tahu bilakah akan dapat rezeki seperti ini.

==================================================================================

Kelihatan semakin ramai orang berada di hall pusat beli belah terkemuka di ibukota itu. Ini kerana di hall tersebut berlangsungnya pertunjukan fesyen busana muslimah. Ini adalah acara tahunan yang sering berlangsung.

"Janganlah menggigil sangat. Cuba bertenang." Fateha memegang kedua-dua belah tangan Amirah setelah melihat tangan itu terketar-ketar.

"Aku dah lama tak naik pentas ni. Aku takut lah." Amirah tidak dapat menyembunyikan perasaan gemuruhnya.

"Alah, relax je. Buat macam yang jadi penonton tu semua kawan-kawan kau je." Fateha sebenarnya tidak tahu bagaimana mahu menenangkan Amirah. Dia sebenarnya juga akan gementar jika dia di tempat Amirah.

"Mira, busana yang I peragakan ada 15 helai semua sekali. Model yang akan peragakan busana I ada 5 orang termasuk U. Ini bermakna setiap model perlu menggayakan 3 helai busana." Jelas Suzy.

"Maknanya saya kena jalan atas pentas tu tiga kali ke?" Soal Amirah. Persoalan itu dibalas dengan anggukan kepala oleh Suzy.

"Aduh banyaknya." Amirah mengeluh.

"Sorry. Jangan risau sebab apa yang u buat ni bukannya free, I akan bayar sama banyak dengan model-model yang lain." Jelas Suzy.

Bersambung...

Amirah AqilahWhere stories live. Discover now