Setelah keluar daripada keretanya, Suzy terus sahaja menuju ke butik miliknya. Ketika sampai di hadapan pintu butik, dia terlihat ada seseorang sedang tidur di hadapan pintu itu. Dia tidak merasa pelik melihat keadaan itu.
Ini kerana hari masih lagi gelap dan belum subuh. Di kawasan butiknya itu memang sudah biasa ada gelandangan yang tidur di kaki lima. Jadi tidak hairanlah jika ada gelandangan yang terbaring di hadapan kedainya.
Dia mengabaikan tubuh itu, lalu terus mengeluarkan kunci pintu butiknya. Sambil membuka pintu butik itu, dia sempat menjeling ke arah tubuh gelandangan itu. Dia dapat melihat wajah gelandangan itu.
Dia merasa pelik kerana wajah itu sungguh bersih tanpa ada kotoran. Mustahil wajah sebersih itu boleh dikategorikan sebagai gelandangan. Dia kemudian menghampiri tubuh itu untuk melihat dengan jelas.
Bukan sahaja tubuh itu bersih, malah wajah empunya badan itu kelihatan sangat cantik. Dia yakin gadis di hadapan matanya itu bukanlah gelandangan. Dia memberanikan diri untuk mengejut gadis itu.
"Excuse me, U ni siapa? Apa yang U buat dekat depan kedai I?" Soal Suzy sebaik gadis itu terjaga.
"Minta maaf, saya tak sengaja tertidur dekat sini." Balas Amirah. Dia kemudian bangun dan cuba beredar.
"U sebenarnya nak pergi mana?" Soal Suzy sambil memegang tangan gadis itu supaya tidak beredar.
"Saya...Saya..." Amirah tidak tahu apa yang perlu dijawab kerana dia sendiri tidak tahu kemana hala tujunya selepas ini.
"Kalau U nak rest dulu, U boleh rest dekat dalam kedai I." Pelawa Suzy.
"Eh takpe lah." Amirah keberatan untuk menerima pelawaan itu.
"I tengok U nampak mengantuk sangat tu. Better U rest je sekejap dalam kedai I." Suzy mengulangi pelawaannya. Amirah hanya terdiam dan tidak tahu apa yang perlu dibalasnya.
"Jangan risau, I tak makan orang." Suzy dapat merasakan gadis itu takut untuk menerima pelawaan orang yang tidak dikenali.
"Kalau macam tu terima kasih ye puan." Amirah akhirnya menerima pelawaan wanita itu.
Setelah itu Suzy membuka pintu kedainya, lalu mengajak Amirah untuk masuk ke dalam kedai tersebut. Amirah mengekori wanita itu ke dalam kedai tersebut sambil matanya memerhati sekeliling.
Barulah dia tahu kedai milik wanita itu adalah kedai menjual pakaian. Kedai itu kelihatan agak besar dan mewah. Pakaian yang dijual di dalam kedai itu juga kelihatan sangat cantik dan harganya juga mahal.
"Jom ikut I." Suzy kemudian menarik tangan gadis itu menuju ke bilik pejabat yang berada di hujung kedai. Di dalam bilik itu kelihatan ada sofa yang agak panjang.
"Duduk lah." Arah Suzy sambil jarinya menuding ke arah sofa terbabit.
"Terima kasih." Ucap Amirah lalu melabuhkan punggungnya di atas Sofa berkenaan.
"U sebenarnya dari mana nak ke mana?" Soal Suzy.
"Saya..." Amirah tidak tahu bagaimana mahu menceritakan hal sebenar.
"U lari dari rumah ke?" Suzy cuba meneka. Kali ini Amirah hanya berdiam diri kerana tekaan wanita itu betul.
"Takpe lah, U tidur lah dulu." I nak buat kerja I ni." Suzy tidak mahu memaksa gadis itu.
Amirah mengambil peluang ini untuk berehat sepenuhnya. Dia tidak dapat tidur semenjak malam tadi lagi. Ini kerana dia terpaksa mengharungi pelbagai rintangan dalam masa yang begitu singkat ini.
Seperti tidak percaya bahawa malam tadi dia hampir menjadi mangsa rogol kepada ayah tirinya. Setelah berjaya melarikan diri, dia tidak tahu kemana hala tujunya. Dia hanya mundar mandir tanpa arah.
Akhirnya kakinya terhenti di kawasan rehat dan rawat tidak jauh dari rumahnya. Dia kemudian terlihat sebuah lori sedang berhenti di situ. Tidak tahu kenapa hatinya terdetik untuk menaiki lori itu.
Tanpa meminta izin, dia hanya terus menaiki bahagian belakang lori tersebut. Di dalam lori tersebut lah dia mengambil kesempatan untuk berehat. Namun seluruh tubuhnya merasa sakit setelah berbaring di atas lantai kayu lori itu.
Apatah lagi lori itu terhenjut-henjut di sepanjang jalan membuatkan tubuhnya sungguh tidak selesa. Setelah melarikan diri daripada lori itu, dia hanya mundar mandir di kawasan yang dia sendiri tidak tahu.
Akibat kepenatan yang melampau, dia terlena di hadapan sebuah kedai. Ketika itu jugalah wanita tersebut menjumpai dirinya. Nasib baik dia bertemu dengan orang yang berhati mulia sanggup membantunya.
==================================================================================
"Hai madam, awal hari ni madam buka kedai?" Soal Fateha ketika memasuki bilik pejabat majikannya itu.
"Banyak kerja yang nak disiapkan. Fashion show yang kita join tu lagi seminggu je, our clothes not done yet." Balas Suzy.
"Ok, kalau macam tu saya taknak kacau madam. Saya buka kedai dulu ye." Fateha meminta diri untuk beredar. Ketika cuba beredar, matanya terpandang seseorang yang sedang tidur di atas sofa.
"Ehmm madam, siapa tu?" Soal Fateha.
"I pun tak pasti, I tak sempat tanya nama dia." Jawab Suzy.
"Kalau madam pun tak kenal dia, macam mana dia boleh tidur dekat situ?" Soal Fateha.
"I kesian tengok dia, tu yang I tumpangkan dia." Jelas Suzy.
"Madam ni baik sangat lah, suka tolong orang yang madam tak kenal. Kita bukan tahu hati budi manusia ni." Fateha menasihati majikannya itu.
"Tapi instinct I kuat mengatakan yang budak ni good girl. Bila I tengok dia, I teringat dekat U masa mula-mula U datang nak kerja dekat sini dulu." Ujar Suzy.
"kalau madam dah cakap macam tu, terpulang dekat madam lah." Balas Fateha sebelum beredar dari bilik itu.
==================================================================================
Amirah membuka matanya perlahan-lahan setelah mata itu tertutup dengan agak lama. Dia sendiri tidak tahu berapa lamakah dia sudah terlelap. Dia memandang ke arah sekeliling bilik di mana dia berada.
Bilik itu sungguh asing bagi dirinya. Barulah dia teringat yang ada seorang wanita cina yang cantik mempelawanya untuk berehat di situ. Dia memandang sekeliling untuk mencari gerangan wanita itu.
Namun kelibat wanita itu tiada di dalam bilik tersebut. Dia kemudian melangkah kakinya menuju ke luar bilik tersebut. Ketika sudah berada di luar, dia terlihat wajah wanita itu sedang bercakap dengan beberapa orang.
Kelihatan seperti orang-orang itu adalah pelanggan yang ingin membeli pakaian. Amirah tidak mahu mengganggu, lalu dia duduk di atas kerusi yang tidak jauh dari situ. Dia hanya memandang ke arah sekeliling.
Dia perasan ada tiga orang wanita yang memakai baju T seragam. Dia dapat mengagak ketiga-tiga wanita itu adalah pekerja di butik tersebut. Mereka juga kelihatan agak sibuk melayani pelanggan.
Terasa bersalah pula dia duduk di kedai itu tanpa melakukan apa. Seketika menunggu, kelihatan Suzy sudahpun selesai berurusan dengan pelanggan. Dia kemudian terus menghampiri Amirah.
"U dah puas ke tidur?" Soal Suzy.
"Dah. Terima kasih sangat puan sebab bagi saya tumpang sekejap dekat sini." Ucap Amirah.
"I masih belum dapat jawapan daripada U lagi, U sebenarnya nak pergi mana?" Suzy masih inginkan jawapan tersebut.
Bersambung...
YOU ARE READING
Amirah Aqilah
FanfictionAmirah Aqilah, namanya secantik wajahnya. Namun sayang kerana sikapnya tidak secantik namanya. Akibat kehidupan susah yang dilalui oleh Amirah, dia mengambil keputusan untuk mengubah hidupnya. Namun sayang dia memilih jalan yang singkat untuk hidup...