"Selama ni kau ingat ibu kau cacat accident, tapi sebenarnya tak. Aku yang pukul kaki mak kau sampai cacat supaya dia tak boleh larikan diri dari sini." Jelas Deraman.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Deraman sungguh memeranjatkan Amirah. Selama ini dia tidak pernah tahu perkara seperti ini terjadi di dalam keluarganya. Kenapakah dia tidak pernah diberitahu akan hal ini.
"Ibu, semua ni bohong je kan? Apa yang lelaki tu cakap tipu belaka kan?" Amirah mendesak untuk diberikan jawapan. Namun ibunya masih lagi berdiam diri.
"Ibu, tolong lah cakap yang semua ni bohong belaka." Rayu Amirah yang mula mengalirkan air mata.
"Apa yang aku cakap semua ni betul. Dah, sekarang aku nak kau puaskan aku. Aku nak kau bayar balik apa yang mak kau berhutang dengan aku." Deraman kemudian memegang tangan Amirah semula.
"Apa ni pakcik?! Tolonglah jangan apa-apakan saya." Amirah merayu, namun tidak dipedulikan oleh Deraman. Beliau kemudian menarik tangan Amirah untuk ke katil.
"Ayah, jangan apa-apakan adik!" Kini Amirul pula merayu.
"Kau diam! Kau tengok je apa yang aku akan buat dekat dia." Tengking Deraman.
Beliau kemudian menindih tubuh Amirah dan cuba mencium wajah gadis itu. Amirah hanya mampu menjerit dan menangis meminta lelaki itu menghentikan perbuatannya. Namun Deraman tidak peduli.
Amirul tidak dapat menahan lagi kemarahan di dalam diri. Beliau tidak mampu melihat adik kandungnya diperlakukan sebegitu rupa. Beliau kemudian mencapai kerusi di tepi katil, lalu menghayun ke tubuh Deraman.
"Budak tak guna! Apa kau dah buat dekat aku?!" Deraman sungguh marah dengan perlakuan Amirul.
"Adik, cepat lari dari sini!" Arah Amirul.
Setelah mendengar arahan daripada abangnya itu, Amirah terus bangun dari atas katil. Dia cuba berlari meninggalkan bilik tersebut. Namun tangannya kini disambar oleh Deraman dan lelaki itu menghentikan lariannya.
"Kau ingat aku nak bagi kau lari ke?!" Tempik Deraman.
Beliau kemudian cuba menarik semula tubuh Amirah ke katil. Namun kali ini Amirul terus membantu Amirah dengan memukul tangan Deraman. Genggaman erat lelaki itu di tangan Amirah kini terlerai.
"Adik, lari dari rumah ni!" Arah Amirul sambil menolak tubuh Deraman.
"Tapi..." Amirah tidak sampai hati untuk meninggalkan rumah ini.
"Jangan risau tentang ibu, adik lari je sekarang ni. Ibu tahu je jaga diri." Kini Mahani pula merayu.
Walaupun keberatan, namun Amirah akur dengan permintaan ibu dan abangnya. Dia kemudian mencapai baju yang tergantung di bilik tidurnya itu. Dia kemudian menyarung ke tubuhnya untuk menggantikan baju yang dikoyak oleh Deraman.
"Kau pikir aku nak bagi kau pergi macam tu ke?!" Bentak Deraman.
Beliau kemudian menumbuk muka Amirul sehingga lelaki itu terjatuh ke lantai. Beliau cuba mendapatkan semula Amirah, namun kali ini kakinya disambar oleh Amirul dan beliau tidak dapat berjalan.
"Cepat adik, lari dari sini!" Arah Amirul.
Walaupun keberatan, namun Amirah tahu dia tiada pilihan lain. Tanpa memandang ke belakang, dia terus melarikan diri. Kelihatan ada air mata yang mengalir membasahi kedua-dua belah pipinya.
Selama dia hidup ini, dia tidak pernah berjauhan dengan ibunya. Dia terpaksa berpisah dengan keluarganya buat kali pertama tanpa kerelaan hatinya. Namun dia tetap perlu tempuhi jua semua ini.
==================================================================================
"Ehh, apa yang lama sangat kau pergi tandas ni?" Bebel Mahmud.
"Aku sakit perut lah." Balas Talib.
"Ada-ada jelah kau ni." Mahmud kemudian menghidupkan enjin lori tersebut.
"Ehh, kau ada dengar bunyi sesuatu tak?" Soal Mahmud lalu memandang ke arah belakang.
"Bunyi apa?" Talib berasa pelik.
"Bunyi macam ada orang menapak kat bahagian belakang ni." Ujar Mahmud.
"Kau jangan, tengah-tengah malam ni ada saja benda pelik-pelik yang kau dengar." Talib tidak mengerti.
"Betul lah, aku macam ada dengar benda dari arah belakang." Mahmud masih dengan pendiriannya.
"Dah lah, jalan cepat. Jangan buat aku meremang malam-malam ni boleh tak?" Talib mula rasa tidak selesa.
"Yelah-yelah." Mahmud terus memandu lori tersebut.
Setelah hampir empat jam memandu, mereka akhirnya tiba di ibu kota Kuala Lumpur. Tanpa berlengah, mereka terus keluar dari dalam perut lori. Tugas seterusnya adalah menurunkan barang di bahagian belakang.
Ketika berada di bahagian belakang lori, mereka terlihat sesuatu yang sedang berselimut. Mereka berdua memandang ke arah satu sama lain dengan penuh tanda tanya. Mahmud memberanikan diri menyelak selimut itu.
Alangkah terkejutnya mereka berdua apabila terlihat wajah seorang gadis sedang tidur di situ. Mereka berdua tidak tahu siapakah gadis itu dan bagaimanakah gadis itu boleh berada di dalam lori mereka.
"Adik, bangun dik." Talib mengejutkan gadis itu. Setelah tubuh itu digerakkan beberapa kali, akhirnya gadis itu tersedar jua.
"Adik ni siapa? Macam mana adik boleh ada dalam lori kami?" Kini Mahmud pula menyoal.
Amirah yang masih lagi mamai itu tidak tahu apa jawapan yang perlu diberikan kepada lelaki-lelaki itu. Sudah pasti lelaki-lelaki itu marah terhadapnya kerana menumpang tanpa meminta izin dahulu.
Dia tidak sempat meminta izin dahulu sebelum menumpang. Kerana takut, dia mengambil keputusan untuk melompat keluar daripada dalam lori itu. Tanpa berlengah dia terus berlari meninggalkan lori itu.
"Woi, nak pergi mana tu?" Teriak Talib. Namun gadis itu terus berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang langsung.
"Siapa tu? Apa dia buat dekat dalam lori kita ni?" Talib masih lagi berasa hairan.
"Rasanya bunyi yang aku dengar masa kita berhenti dekat R&R tu bunyi budak tu panjat lori kita lah kot." Mahmud cuba meneka.
"Kalau dia nak tumpang, kenapa dia tak minta izin dulu?" Soal Talib.
"Agaknya dia tu pendatang asing tanpa izin kot. Mesti dia rasa kita takkan tumpangkan dia." Mahmud cuba meneka lagi.
"Dah tu kita nak buat apa ni?" Soal Talib lagi.
"Cuba kita check ada barang yang hilang tak." Ujar Mahmud.
"Yelah." Kedua-dua mereka kemudian memanjat belakang lori. Setelah memeriksa lori mereka, kelihatan tiada barang yang hilang.
"Semua barang ada, takde yang hilang." Ujar Talib.
"Kalau takde barang hilang, takpe lah. Kita abaikan jelah pasal perempuan tu." Balas Mahmud.
"Tapi aku musykil lah, siapa perempuan tadi tu ye?" Talib masih lagi tertanya-tanya.
"Dah lah, tak payah fikir. Jomlah kita bawa turun barang-barang ni." Arah Mahmud.
Walaupun masih lagi tertanya-tanya, namun Talib tetap menuruti arahan itu. Mereka berdua kemudian menurunkan barang-barang dari atas lori dan hanya fokus pada kerja mereka sahaja.
Bersambung...
YOU ARE READING
Amirah Aqilah
أدب الهواةAmirah Aqilah, namanya secantik wajahnya. Namun sayang kerana sikapnya tidak secantik namanya. Akibat kehidupan susah yang dilalui oleh Amirah, dia mengambil keputusan untuk mengubah hidupnya. Namun sayang dia memilih jalan yang singkat untuk hidup...