CHAPTER 26

904 25 0
                                    

"Hanna tak nak jumpa kau."

Michelle berdiri sambil tangannya disilangkan.

Padan muka kau Mark! Suka sangat cari masalah. Tidak ada penyakit tetapi sengaja cari penyakit. Michelle mencebik.

"Bagi aku jumpa dia Michelle. Aku nak perjelaskan semuanya pada dia. I swear I don't have a f**king feeling with Nancy anymore!"

Michelle menggeleng kepalanya. Sambil mata dipejamkan dan menghembus nafas berat.

Inilah lelaki, sudah menyakiti, senang-senang mahu datang untuk memperbetulkan kesalahan.

"Kau baliklah dulu. Emosi Hanna masih tidak stabil. Aku pun menyampah tengok muka kau lama-lama dekat sini."

Mark tetap tidak puas hati. Selagi dia tidak dapat melihat wajah Hanna dan  selagi dia tidak dapat  membawa Hanna kembali ke rumah mereka. Hati dia tidak akan tenang.

Sungguh di hati Mark hanya terukir nama Hanna. Hanna Andersson. Nama yang cukup indah, seindah pemilik nama itu.

"Please Michelle, she's pregnant.. Aku risau kesihatan dia. Benarkan aku bawa dia balik."

"Haaaa tahu pun kau dia tengah pregnant! Yang kau still mengatal jumpa perempuan tu dah kenapa?! Aku tak faham la! Kata tak suka tapi jumpa. Kau yang cari masalah Mark! Kalau kau tak suka, jangan buka peluang untuk Nancy kembali lagi! Kau tidak sedar ke kau sekarang sedang mempermainkan hati dua perempuan! Apa jenis lelaki la kau ni? Kau jangan ikut perangai bapak kau boleh tak?!"

Michelle berang. Nafasnya berat menahan rasa amarah ketika itu. Dia tidak mahu adik lelakinya jadi seperti Tuan Smith.

Disebabkan kecurangan yang berlaku. Michelle Ava Spencer yang menjadi mangsa, membesar dalam toxic family.

Membesar dengan melihat air mata ibunya mengalir hampir setiap hari. Malah pernah, sewaktu dia baru berusia empat tahun, dia sendiri menjadi penyelamat ibunya yang cuba untuk menggantung diri. Sangat mengerinya bila difikirkan balik.

Gara-gara kecurangan Tuan Smith juga. Lahirnya Mark Ayden Spencer dari rahim seorang perempuan yang dia sendiri tidak mengenalinya. Yang dia tahu, ibu kepada Mark Ayden juga adalah mangsa tipu daya Tuan Smith.

Mark dipisahkan dari ibu kandungnya sewaktu Mark baru berusia setahun.  Sungguh memori zaman kanak-kanak Michelle dan Mark tidak seindah kanak-kanak lain kerana angkara papanya sendiri.

"Kau jangan samakan aku dengan dia.. Hidup dan mati aku hanya untuk Hanna!" Penumbuk digenggam. Jika wanita dihadapan ini bukan kakak kandungnya. Pasti penumbuk ini sudah lama berbekas di pipi wanita itu.

"So, buktikan yang kau cintakan Hanna! Jangan tahu cakap sahaja!"

Hanna yang berdiri disebalik pintu. Hanya menahan rasa. Tidak kuat mendengar perkelahian antara dua beradik itu.

Perlahan kaki Hanna melangkah keluar dari tempat persembunyian.

Mark memandang wajah sunggul Hanna. Wajah itu tetap cantik walau dalam apa pun keadaan.

"Hanna.. I'm so sorry, sayang...  Let's go back to our home.." Mark mencapai tangan Hanna.

Hanna hanya mengangguk lemah. Hatinya masih sakit, tetapi dia malas mahu dengar pertengkaran antara Mark dan Michelle.

"Jie Jie.. Hanna balik dulu ya.. Terima kasih bagi tumpang duduk sekejap. Dan soal kereta itu, nanti Hanna settle kan ya.."

Michelle mengeluh perlahan.

"Suka hati kau la Hanna. Soal kereta tu, tidak perlulah kau ganti."

Hanna hanya mengangguk faham. Seraya melangkah pergi mendahului Mark.

TUAN MARK AYDEN [‼️🔞]Where stories live. Discover now