“KAMI balik dulu ya, mama papa." Datin Sofia memeluk cium Ara, Dato' Hisham dan Gabriel tersenyum.
"Nanti bila-bila datang la lagi." Kata Datin Sofia.
"InshaAllah, mama"
Ara dan Gabriel memboloskan diri masuk ke dalam kereta mewah itu.
˚⊱🪷⊰˚
ARA memuncung bibir sambil memandang ke arah sang suami yang sedang memeluk tubuh dihadapannya itu.
"Ala boleh la, abang. Kali ini aje, pweasee." Pujuk Ara sambil menayang wajah comel bersama mata yang terkelip-kelip. Gabriel mengeluh perlahan.
Ini yang aku lemah ni, dia buat muka comel pula.
"No means no, Ara Aralyn." Kata jejaka tampan itu tegas. Padahal dalam hatinya rasa cair melihat wajah comel si Ara tu. Ara mencebik.
Hek eleh dia ni. Tidur luar karang.
"Dahla! I want merajuk! Sampai hati abang marah sayang!" Gabriel menggaru kepala. Ha mampos aku.
"Sayang abang, abang tak ada niat pun nak marah sayang. Tapi sekarang dah pukul 11 malam.Mana ada wingstop dekat Malaysia, sayang." Pujuk Gabriel lembut. Ara memeluk tubuh sambil mata memandang ke arah dinding.
"Sudahla! Abang kalau dah tak nak layan sayang cakap aje la. Ye la sayang kan dah gemok, abang masih handsome dari dulu sampai sekarang tak berubah!" Ara menayang wajah dingin, Gabriel mengerutkan dahi. Lain benor Ara hari ini. Selalunya wanita itu sangat sopan ketika bercakap suaranya pun lembut sahaja.
Tapi hari ini...
Dah macam singa.
"Sayanggg..." Meleret Gabriel memanggil Ara. Malah wanita itu hanya mengabaikan sebelum dia bangkit dari atas katil.
"Ini lah lelaki, selalu sangat buat perempuan macam ni. Gemok sikit dah tak nak layan, mengada sikit nak tinggal. Lelaki semua sama!" Bebel Ara sambil berjalan terkedek-kedek keluar pada bilik tidur mereka. Gabriel yang masih blur itu terkelip-kelip matanya.
YOU ARE READING
THE KING: GABRIEL ALEJANDRO | OG
RomanceThe leader of soft spoken Gabriel Alejandro - Seorang jejaka barat yang mempunyai Iris berwarna kelabu itu membuatkan sesiapa pun yang melihatnya tidak mampu mengedipkan mata. Seorang yang sangat cekap menggunakan senjata. Seorang lelaki yang sanga...