KAKI panjangnnya menapak ke ruang tamu. Punggung dilabuhkan bersebelahan dengan Ara. Susu dengan buah-buahan di letakkan di atas meja kecil itu.
"Susu?" Soal Ara. Gabriel mengangguk kepala.
"Sayang tak minum susu." Kata Ara.
"Minum sayang." Arah Gabriel lembut. Ara mencebik.
"Tak nak."
"Jangan degil sayang." Kata Gabriel.
"Yelah." Ara hanya akur sahaja arahan suaminya. Nasib sayang!
"Good girl." Pipi isterinya dikucup lembut. Tapak tangan besarnya melekap pada perut isterinya. Di dalam rahim isterinya, anaknya sedang membesar. Gabriel mengucup telapak tangan Ara.
"Sayang nak ikut abang tak?" Soal Gabriel.
"Pergi mana?" Soal Ara pula. Cawan yang berisi susu itu di letakkan di atas meja kecil tersebut.
"German." Jawab Gabriel.
"Nak!"
"Kalau nak, sayang kena dengar cakap abang. Boleh sayang?" Ara menganggukkan kepalanya. Kepala isterinya diusap lembut oleh Gabriel.
"Jadi, bila nak pergi?" Soal Ara. Matanya memandang wajah tampan suaminya.
"Esok." Jawab Gabriel.
"Yeay! Esok pergi German!" Gabriel tergelak kecil.
˚⊱🪷⊰˚
KERETA mewah milik Gabriel memasuki kawasan rumah tersebut. Ara ternganga kecil. Gabriel yang berada bersebelahan dengannya hanya memerhati isterinya. Senyuman di bibir terukir.
Gabriel melangkah keluar dari kereta tersebut. Kaki panjangnya melangkah ke pintu sebelah kiri yang menempatkan isterinya. Pintu di buka.
Ara melangkah keluar dari kereta tersebut. Bebola matanya masih meliar melihat sekitar kawasan rumah tersebut. Penuh dengan bodyguard!
"Jom sayang." Gabriel menarik lembut tangan isterinya. Ara hanya mengikuti langkah suaminya. Tiba sahaja di depan pintu rumah, dua orang jejaka tampan menunduk hormat ke arah mereka.
Mereka berdua melangkah masuk ke dalam rumah itu. Kelihatan dua orang pembantu rumah menunduk hormat ke arah mereka. Ara hanya memerhati pembantu rumah itu atas bawah. Pakai skirt? Oh lupa ni German, bukan Malaysia ye.
"Sayang nak duduk bawah or atas?" Soal Gabriel.
"Atas, sayang nak mandi dulu." Jawab Ara sambil memandang wajah tampan suaminya. Gabriel mengangguk kepala.
YOU ARE READING
THE KING: GABRIEL ALEJANDRO | OG
RomanceThe leader of soft spoken Gabriel Alejandro - Seorang jejaka barat yang mempunyai Iris berwarna kelabu itu membuatkan sesiapa pun yang melihatnya tidak mampu mengedipkan mata. Seorang yang sangat cekap menggunakan senjata. Seorang lelaki yang sanga...