Ara mengena dress labuh berwarna hitam. Perfume perisa lavender itu disemburkan ke leher dan ke pergelangan tangan.
Gabriel pula hanya mengenakan kemeja hitam. Jam tangan yang berjenama cartier dipakaikan ke tangannya. Gabriel memandang isterinya. Cantik! Gabriel berjalan mendekati Ara yang masih berada di meja solek itu.
"Dah siap?" Soal Gabriel.
"Dah." Jawab Ara sambil tersengih lebar.
"Jom." Tangan Gabriel merangkul erat pinggang isterinya. Mereka menuruni tangga lalu menuju ke pintu rumah. Gabriel memandang isterinya yang memegang kasut tumit yang berjenama Yves Saint Laurent itu.
"Sayang nak pakai heels?" Soal Gabriel. Ara mengangguk perlahan.
"Duduk." Arah Gabriel. Ara hanya akur dan duduk di atas sofa yang berada di luar depan pintu rumah itu. Kasut tumit itu dipakaikan oleh Gabriel.
"Done." Ara bangkit dari sofa itu. Gabriel menarik lembut tangan Ara ke arah kereta yang terparkir di bawah bumbung yang terletak tidak jauh dari mereka. Mereka memasuki kereta. Enjin dihidupkan lalu memecut laju meninggalkan kawasan perumahan itu.
"Kita nak pergi mana abang?" Soal Ara sambil memandang suaminya yang tengah memandu di sebelahnya.
"Sayang nak pergi mana?" Soal Gabriel. Wajah putih bersih isterinya dipandang sekilas.
"Kita pergi makan dulu boleh? Sayang laparlah." Kata Ara sambil mengusap perutnya.
"Boleh sayang."
Setelah 30 minit, mereka tiba di sebuah restoran yang agak mewah. Gabriel menarik lembut tangan isterinya. Kerusi di tarik oleh Gabriel. Ara terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi tersebut. Wow, cantiknya restoran ni.
"Sayang duduk sini, jangan pergi mana. Abang nak pergi order makanan." Kata Gabriel lalu melangkah menuju ke arah kaunter.
Mata Ara meliar melihat sekeliling restoran itu. Cantik dan bersih.
"Hi, beautiful." Sapa seorang lelaki tiba-tiba. Ara mendongak memandang wajah lelaki itu.
"I'm Lucas." Ara hanya mengangguk perlahan. Siapa pulak ni?
"Stay away from her. She's mine." Dingin sahaja suara Gabriel menuturkan ayat itu. Mata helangnya merenung tajam ke arah lelaki itu. Wajah lelaki itu terus berubah cuak lalu beredar dari tempat itu.
YOU ARE READING
THE KING: GABRIEL ALEJANDRO | OG
RomanceThe leader of soft spoken Gabriel Alejandro - Seorang jejaka barat yang mempunyai Iris berwarna kelabu itu membuatkan sesiapa pun yang melihatnya tidak mampu mengedipkan mata. Seorang yang sangat cekap menggunakan senjata. Seorang lelaki yang sanga...