| 27

172 11 0
                                    

“ASSALAMUALAIKUM, mommy

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“ASSALAMUALAIKUM, mommy." Ara melangkah masuk ke dalam rumah agam tersebut.

"Waalaikumussalam, Ara!" Datin Amira berlari kecil mendekati menantunya. Ara mengucup belakang telapak tangan Datin Amira.

"Sorang je? Mana Riel?" Soal Datin Amira.

"Riel ada kerja." Jawab Ara. Mereka berjalan mendekati sofa di ruang tamu itu.

"Ara dah makan ke belum? Kalau belum kita boleh makan sekali." Datin Amira memandang wajah Ara. Mereka melabuhkan punggung di atas sofa.

"Ara dah makan." Ara tersenyum nipis.

"Ara duduk lah, mommy nak pergi dapur kejap." Kata Datin Amira sebelum bangkit menuju ke ruangan dapur.

Ara mengangguk perlahan kepalanya.

"Akak!" Aisya melangkah ke arah Ara yang sedang duduk di sofa itu.

"Tak cakap pun nak datang." Kata Aisya. Dia melabuhkan punggung di atas sofa bersebelahan dengan Ara.

Ara tersenyum nipis.

"Akak pun tak tahu yang akak akan di hantar ke sini." Kata Ara.

Aisya tersenyum mendengar kata kakak iparnya.

"Akak nak tengok something tak?" Soal Aisya.

"Tengok apa?" Ara memandang wajah Aisya. Aisya bangkit dari duduknya.

"Jom, kita pergi belakang rumah." Ajak Aisya.

"Buat apa pergi belakang rumah?"

"Ikut jelah." Aisya menarik lembut tangan Ara ke belakang rumah. Ara terlopong kecil apabila melihat anak ayam yang pelbagai jenis warna itu.

So cute!

"Comel tak?"

"Comel, Aisya beli ke?" Soal Ara sambil melihat banyak ekor ayam warna-warni  di dalam sangkar itu."

"Abang Austin beli untuk Aisya, entah kena rasuk apa abang tu. Tiba-tiba ja baik dengan Aisya. Sebelum ni senyum pun tak nak." Jawab Aisya.

"Austin ada dekat sini ke?" Soal Ara.

"Haah, dia balik sini." Jawab Aisya.

"Aisya, akak nak tanya sikit boleh?" Soal Ara. Aku sudah lama ingin menanyakan sesuatu kepada Aisya namun tidak jadi. Perkara ini selalu bermain di fikiran aku.

"Tanya apa?" Aisya memandang Ara. Macam serius.

"Kenapa dorang selalu bergaduh? Dorang macam saling membenci. Boleh akak tahu kenapa?" Soal Ara ingin tahu.

THE KING: GABRIEL ALEJANDRO  | OGWhere stories live. Discover now