| 36

177 10 1
                                    

ALEX mengeliat kecil sebelum bangkit dari pembaringan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ALEX mengeliat kecil sebelum bangkit dari pembaringan. Dia menapak turun ke tingkat bawah. Sampai sahaja di ruang tamu, dia melabuhkan punggung di atas sofa. Kotak rokok dan pemetik api yang berada di atas meja kecil di ambil. Sebatang rokok dibawa ke bibir dan api dinyalakan pada hujung rokok itu.

PAK!

"Aduh!" Alex mengaduh sakit apabila kepalanya ditampar kuat oleh seseorang dari belakang.

"Merokok je kerja kau eh."

"Ish kau ni, kacau lah."

"Data-data yang Riel suruh kau hantar tu, dah hantar ke belum?" Soal Carlos.

"Aku dah hantar dah." Jawab Alex.

"Baguslah." Carlos membuka telefonnya. Data-data yang dihantar oleh Alex itu dibuka. Mana tahu jantan ni buat silap, aku juga kena bebel dengan singa tu.

"Riel tak bagi arahan lagi?" Soal Alex membuatkan Carlos mengangkat kepala memandangnya.

"Belum." Jawabnya ringkas.

"Sampai bila kita nak tunggu bro? Sampai Zavier mati? Location kita dah dapat kan? Apa tunggu lagi?" Alex meraup rambutnya ke belakang.

"Xavier tak kan berani bunuh dia, kau tak payah risau. Dia nak pancing kita je tu." Carlos menjawab dengan wajah yang masih tenang.

"Anak buah dia bukan ramai mana pun, apa yang nak takut?"

"Bukan takut, cuma tak nak kena perangkap. Kau tahu kan Xavier tu macam mana? Kau tak ingat kejadian lepas?" Kejadian lima tahun lepas membuatkan dia sangat menyesal kerana mempercayai location yang dihantar oleh Xavier pada ketika itu. Disebabkan itu, mereka kehilangan seorang kawan, Hayder. Penggodam terbaik dalam kalangan mereka. Sekarang mereka hanya tinggal Damien seorang sahaja.

"Macam mana dia boleh hidup?" Soal Alex.

"Manalah aku tahu." Jawab Carlos.

THE KING: GABRIEL ALEJANDRO  | OGWhere stories live. Discover now