GABRIEL mundar-mandir di luar wad kecemasan, menunggu berita isterinya. Tidak senang duduk dibuatnya selagi tidak tahu keadaan isterinya. Mentuanya sudah dimaklumkan dan sebentar lagi mereka akan sampai. Tangannya yang sedikit menggigil digenggam erat. Datin Amira memandang anaknya yang tidak senang duduk dari tadi. Sudah dua jam mereka menunggu di luar itu.
"Riel, Ara macam mana?" Kedengaran suara cemas Datin Sofia dari arah belakang. Kepalanya segera menoleh melihat wajah gelisah Datin Sofia dan Dato'Hisham. Dengan lemah Gabriel menggeleng.
"Belum tahu lagi, mama..."
"Inshaallah tak ada apa-apa." Doa Dato'Hisham pula.
"Macam mana boleh jadi macam ni?" Soal Datin Sofia. Dia memandang ke arah mereka bertiga, Gabriel, Datin Amira dan Aisya.
"Aisya masuk dalam bilik akak, tengok akak memang dah tak sedarkan diri." Beritahu Aisya.
"Kita doa yang baik-baik aje, inshaallah tak ada apa tu."
"Suami Cik Ara?" Mereka semua menoleh ke arah doktor wanita yang menghampiri mereka.
"Isteri saya macam mana?" Kalut Gabriel menyoal. Doktor wanita itu tersenyum.
"Congratulations, Encik dapat bayi kembar. Isteri encik sekarang dah di pindahkan ke wad biasa." Beritahu doktor wanita itu.
"Alhamdullillah." Gabriel mengukirkan senyuman bahagia. Tidak pernah dia merasa bahagia seperti ini.
"Dah boleh masuk ke doktor?" Soal Datin Sofia kepada doktor tersebut.
"Ya, dah boleh masuk. Sila ikut saya."
˚⊱🪷⊰˚
KELOPAK MATA dicelik diperlahan. Tangan naik meraba perut. Kosong. Kelopak mata terbuka luas melihat perut yang sudah rata.
"Sayang..." Panggil suara serak basah suaminya.
Ara berpaling melihat suaminya yang mendukung bayi perempuan. Dia memandang ke arah Datin Sofia pula yang mendukung bayi lelaki. Kembar?Senyumannya melebar. Dia memandang ke arah Dato'Hisham, Datin Amira dan juga Aisya yang tengah tersenyum lebar ke arahnya. Dia cuba bangkit dari pembaringan namun di tahan.
YOU ARE READING
THE KING: GABRIEL ALEJANDRO | OG
RomanceThe leader of soft spoken Gabriel Alejandro - Seorang jejaka barat yang mempunyai Iris berwarna kelabu itu membuatkan sesiapa pun yang melihatnya tidak mampu mengedipkan mata. Seorang yang sangat cekap menggunakan senjata. Seorang lelaki yang sanga...