| 33

166 12 0
                                    

GABRIEL memandang isterinya yang sedang menyapu sampah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

GABRIEL memandang isterinya yang sedang menyapu sampah. Sudah banyak kali dia melarang isterinya untuk tidak mengemas rumah. Biar pembantu sahaja yang uruskan. Ara tetap degil. Dia menatap tubuh isterinya dari atas hingga ke bawah. Isterinya tampak sangat comel apabila mengenakan kain batik. Gabriel bangkit lalu mendekati Ara.

"Sudah-sudahlah sapu sampah." Gabriel merampas kasar penyapu di tangan isterinya.

"Ish apa abang ni? Sayang tengah sapu sampah." Ara memandang wajah suaminya.

"Tak payah, biar abang je yang buat. Sekarang, pergi rehat." Arah Gabriel dengan tegas.

"Tak nak! Abang ni kenapa huh? Suka hati sayanglah nak buat apa pun!" Bentak Ara.

"Amboi mak buyung ni, dah pandai tinggi suara dekat abang eh? Siapa ajar sayang ni?" Sejak-sejak Ara mengandung, perangainya makin menjadi-jadi.

"Sorry, abang." Ara menunduk memandang lantai. Bibirnya dimuncungkan. Dia berjalan mendekati sofa lalu punggung dilabuhkan. Matanya memandang sang suami yang berjalan mendekatinya. Gabriel menggeleng perlahan kepalanya.

"Abang, lenguh." Ara memandang wajah suaminya seraya bibir dimuncungkan.

"Kan abang dah cakap, tak payah kemas rumah. Degil jugak. Tunggu kejap, abang pergi ambil minyak angin dekat atas." Gabriel melangkah naik ke tingkat atas.

Ara mengusap lembut perutnya yang memboyot itu seraya mata memandang skrin television yang memaparkan buletin TV3.

"Pemenang pingat gangsa acara badminton perseorangan lelaki Olimpik Paris 2024, Lee Zii Jia berjaya memperbaiki ranking Badminton World Federation ( BWF ) apabila naik satu tangga untuk berada di kedudukan keenam dunia."

Ara ralit mendengar berita yang disampaikan sehingga tidak sedar kehadiran sang suami. Gabriel melabuhkan punggung bersebelahan dengan isterinya.

THE KING: GABRIEL ALEJANDRO  | OGWhere stories live. Discover now