| 13

257 12 0
                                    

MCLAREN, Ferrari dan Mustang meluncur laju memasuki kawasan perumahan tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MCLAREN, Ferrari dan Mustang meluncur laju memasuki kawasan perumahan tersebut. Tiga orang jejaka tampan keluar dari kereta masing-masing. Kaki mereka menapak ke arah seorang lelaki yang menunggu kehadiran mereka.

"Hello, King." Sapa salah seorang dari tiga jejaka tampan itu. Gabriel hanya tersenyum nipis. Tiga orang jejaka itu masuk ke dalam rumah mewah Gabriel. Punggung mereka dilabuhkan di atas sofa.

"Wie? Viel Spaß zurück in Malaysia?" ( Macam mana? Seronok balik Malaysia? ) Soal Draco.

"Riel hat jetzt seine frau." ( Riel dah ada isteri sekarang ) Kata Edward.

"Gattin? Du lässt es richtig sein." ( Isteri? Kau biar betul ) Soal Draco tidak percaya. Mamat ni ada isteri? Bila masa pulak mamat ni kahwin? Tak ada angin tak ada ribut.

Damien yang mendengar bualan mereka itu mengulingkan biji mata.

"Cakap melayu sudahla bangang." Kata Damien pula. Tubuhnya dibaringkan ke atas sofa yang empuk itu. Selesanya.

Draco dan Damien dilahirkan di Malaysia tetapi menetap di German. Edward pula dilahirkan di Amerika Syarikat. Mereka semua pandai berbicara bahasa melayu. Semuanya beragama Islam kecuali Edward.

"Sibuklah kau ni." Draco memberi jelingan tajam ke arah Damien.

Gabriel hanya mendiamkan dirinya. Bebola matanya memandang Ara yang berada di di luar rumah itu. Bibirnya mengukir senyuman.

"Tersengih-sengih."

Damien bangkit dari pembaringannya.

"Anton dah tahu ke belum yang kau dah kahwin? Kau tahu kan, kalau dia dapat tahu yang kau ada isteri, lagi senang dia nak hancurkan kau Riel." Kata Damien lalu menepuk perlahan bahu Gabriel.

"Yes, I know."

"Abang." Panggil Ara.

Mereka berempat memandang ke arah Ara. Ara mendekati Gabriel. Lengan sasa suaminya dipaut oleh Ara. Bebola matanya memandang ke arah tiga orang jejaka yang berada di hadapannya. Ara mendonggak memandang wajah suaminya.

"Kawan abang." Kata Gabriel. Ara menganggukkan kepalanya perlahan.

"Cantik." Kata Damien. Gabriel tersenyum kecil tatkala mendengar kenyataan dari Damien. Damien masih merenung wajah Ara.Terpukau! Draco yang perasan akan renungan Damien itu terus mendekatinya.

"Woi, sudahla sikit-sikit. Halamak, lebih-lebih pulak dia ni." Draco menampar lengan sasa Damien.

"Ni isteri aku tau, lebih-lebih aku tembak kau Mien." Kata Gabriel. Damien tergelak kecil.

THE KING: GABRIEL ALEJANDRO  | OGWhere stories live. Discover now