BUK!
Gabriel jatuh terduduk.
"Ya Allah, kenapa ni?" Soal Datin Amira. Dia cepat-cepat ke ruang tamu apabila terdengar bunyi pergaduhan.
"Kau bunuh kawan aku bodoh!" Tengking Austin. Rahangnya di ketap kuat. Gabriel tersenyum sinis memandang Austin.
Alex dan Zavier hanya memerhati mereka. Malas masuk campur. Mereka baru sahaja tiba di Malaysia petang semalam.
Gabriel bangkit lalu mendekati Austin.
"Kau nak tahu something?" Soal Gabriel dengan sinis. Kolar baju Austin di tarik kasar.
Austin merenungnya tajam. Datin Amira memerhati mereka berdua. Risau kalau mereka saling bertumbuk.
"He's shoot my wife! Aku hilang anak disebabkan dia!" Jerkah Gabriel. Barannya tidak dapat di tahan lagi. Dia mencerlung tajam ke arah Austin. Tangannya dikepal kuat.
Austin tergamam apabila mendengar kenyataan dari Gabriel.
"Tak mungkin... aku kenal dia." Kata Austin tidak percaya. Dia berundur ke belakang dua tapak.
"Up to you, nak percaya atau tak, bukan masalah aku." Kata Gabriel. Gabriel mendekati sofa di ruang tamu itu lalu melabuhkan punggung di atas sofa. Nafas dihela berat. Sangat serabut.
"Assalamualaikum." Mereka semua memandang ke arah Ara dan Aisya. Ara meletakkan barang dapur itu di atas meja kecil yang berada di ruang tamu itu. Dia mendekati suaminya. Wajah Gabriel di pandang. Tepi bibir Gabriel berdarah.
"Abang kenapa ni?" Ara menyoal dengan kerisauan.
"Dorang bergaduh." Jawab Damien.
PUK!
Tangan Alex di tampar kuat oleh Zavier.
"Sakit sial." Alex memutarkan biji matanya.
"Bergaduh? Abang bergaduh dengan siapa?" Soal Ara.
"Takdelah, mana ada abang bergaduh." Gabriel bangkit lalu menarik lembut tangan isterinya ke atas. Ara hanya membuntuti langkah suaminya.
"Apa yang dah jadi ni? Apa kena mengena dengan kawan kamu ni Austin? Mommy tak faham lah."
Nafas di hela berat.
YOU ARE READING
THE KING: GABRIEL ALEJANDRO | OG
RomanceThe leader of soft spoken Gabriel Alejandro - Seorang jejaka barat yang mempunyai Iris berwarna kelabu itu membuatkan sesiapa pun yang melihatnya tidak mampu mengedipkan mata. Seorang yang sangat cekap menggunakan senjata. Seorang lelaki yang sanga...