| 6

483 19 0
                                    

ARA melangkah masuk ke dalam mansion mewah milik suaminya bersama mulut ternganga kecil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ARA melangkah masuk ke dalam mansion mewah milik suaminya bersama mulut ternganga kecil. Cantik! Semua perabot tersusun dengan rapi. Dinding berwarna grey yang tampak sangat bersih.

"Cantiknya rumah awak." Gabriel hanya memandang isterinya yang sedang teruja itu. Senyuman dibibir terukir. Comel!

"Suka?" Soal Gabriel lembut kepada isterinya.

"Suka!"

"Daniel, bawak luggage ni naik ke atas." Arah Gabriel dengan tegas.

"Baik, tuan." Patuh Daniel. Luggage itu dibawa naik ke atas.

"Jom, naik atas." Tangan Ara ditarik lembut oleh Gabriel. Sampai sahaja ke atas, pintu bilik dibuka.

"This is our bedroom." Terlopong Ara melihat bilik tidur mereka. Gila! Mewah nak mampos! Bilik tidur siap ada kolam lagi.

"Suka? Kalau tak suka, abang boleh belikan sayang mansion baru."

"Eh tak tak, saya suka. Suka sangat." Eh kejap, dia gelar diri dia apa tadi?

"A- abang?"

"Mulai sekarang, call me abang and i call you sayang. Boleh?" Gabriel menyentuh lembut dagu runcing milik isterinya itu.

"Bo- boleh ab- abang." Tersekat-sekat nafasnya apabila Gabriel bertindak memegang dagunya. Jantungnya berdegup laju. Boleh luruh jantung kalau macam ni.

˚⊱🪷⊰˚

GABRIEL mencelik perlahan kelopak matanya. Gabriel melihat wajah isterinya yang sangat rapat dengan wajahnya. Gabriel dengan perlahan bangun dari pembaringan. Rambut Ara diusap perlahan lalu kucupan dilabuhkan ke dahi isterinya.

Gabriel jalan mendekati penyangkut tuala lalu melangkah ke bilik mandi. Hanya mengambil masa 24 minit, t-shirt hitam dikenakan ke tubuhnya. Kakinya melangkah mendekati katil semula.

"Sayang, bangun." Rambut isterinya diusap perlahan.

Ara mengeliat kecil sebelum mencelikkan kelopak matanya. Perkara pertama yang dia lihat adalah wajah suaminya yang sangat rapat dengan wajahnya.

"Abang dah mandi?" Soalan pertama yang keluar dari mulut isterinya. Agak awkward jadinya apabila memanggil 'abang'. Tak apa, lama-lama biasalah tu.

THE KING: GABRIEL ALEJANDRO  | OGWhere stories live. Discover now