| 5

357 16 0
                                    

"ASSALAMUALAIKUM

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"ASSALAMUALAIKUM." Kaki menapak masuk ke rumah agam yang sangat mewah. Bebola mata Ara bergerak memandang orang ramai yang berada di ruang tamu tersebut. Besarnya!

"Waalaikumussalam." Datin Sofia mendekati seorang wanita itu. Wanita itu memandang Ara. Ara terus menyalam tangan wanita itu. Senyuman diberikan.

"Bakal menantu ke ni? Cantiknya." Puji wanita itu lalu mengusap lembut bahu Ara.

"Ara, ni Datin Amira. Mama kepada Gabriel." Datin Amira memberi senyuman manis kepada Ara. Ara hanya mengganguk lalu tersenyum nipis.

"Marilah masuk." Pelawa Datin Amira. Tanpa membuang masa mereka melangkah menuju ke ruang tamu.

"Suami akak tak datang sekali?" Soal Datin Amira. Datin Amira muda dua tahun dari Datin Sofia.

"Ada kerja katanya." Jawab Datin Sofia.

Ara yang berada di situ tiba-tiba terasa senak di perutnya.

"Datin, toilet dekat mana?" Soal Ara sambil memegang perutnya itu. Time macam nilah kau nak buat hal.

"Aisya, tolong tunjukkan Ara toilet." Arah Datin Amira kepada anak perempuannya itu.

"Baik, mommy." Patuh anak perempuannya itu.

Kaki Ara melangkah mengikuti Aisya ke toilet. Selesai sahaja membuang. Ara terus keluar dari toilet itu lalu menapak ke ruang tamu. Sampai sahaja di ruang tamu, seorang lelaki yang mengenakan t-shirts hitam yang berlengan pendek itu merenungnya tajam. Ara menelan payah salivanya. Menakutkan.

Ara mengabaikannya lalu menapak ke arah meja makan. Mee goreng diciduk lalu diletakkan ke dalam pinggan. Gabriel yang memerhati tingkah laku gadis itu tersenyum kecil.

"Gabriel, sini makan. Duduk sebelah Ara." Datin Amira memanggil anak lelakinya itu.

Gabriel bangkit lalu menapak ke meja makan. Kerusi ditarik lalu punggung dilabuhkan ke atas kerusi bersebelahan dengan Ara. Wajah gadis itu dipandang sekilas.

"So, macam mana? Riel dah buat keputusan?" Soal Datin Amira kepada anak lelakinya itu.

THE KING: GABRIEL ALEJANDRO  | OGWhere stories live. Discover now