| 30

214 11 0
                                    

ARA memandang wajah Datin Sofia sambil tersenyum lebar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ARA memandang wajah Datin Sofia sambil tersenyum lebar. Datin Sofia memandang wajah Ara dan Gabriel silih berganti.

"Betul ke ni?" Datin Sofia menyoal. Dia meletakkan kembali gambar ultrasound bayi itu ke dalam kotak kecil berwarna hitam.

Ara mengangguk laju.

"Alhamdulillah." Datin Sofia tersenyum manis ke arah mereka berdua.

"Baru habis pantang je kamu ni, cepat betul lekat ye." Kata Datin Sofia. Dia menuangkan teh ke dalam cawan.

"Itu namanya rezeki." Kata Ara pula. Dia tersenyum manis.

Gabriel mengenggam erat tangan isterinya. Datin Sofia tersenyum apabila melihat tangan mereka berdua yang dari tadi tidak lepas. Melekap selalu.

"Riel, jaga isteri kamu ni baik-baik, jangan tinggal dia sorang-sorang dekat rumah. Kalau ada kerja, hantar dia dekat rumah mama atau rumah mommy." Pesan Datin Sofia.

"Baik, mama."

˚⊱🪷⊰˚


GABRIEL menuruni tangga lalu ke ruang tamu. Kelihatan isterinya berada di depan pintu utama itu. Dia berjalan mendekati isterinya.

"Sayang?"

Ara memusingkan tubuhnya menghadap Gabriel. Gabriel memandang sebungkus plastik yang berada di tangan isterinya.

"Apa tu?" Gabriel menyoal.

"Barang sayang." Jawab Ara. Dia berjalan ke arah sofa lalu punggung dilabuhkan. Dia membuka plastik tersebut. Dia tersenyum nipis apabila melihat baju kebaya yang ada di dalam plastik itu. Tak sabarnya nak pakai!

"Sayang beli baju apa ni?" Gabriel menyoal isterinya. Dia juga turut melabuhkan punggung bersebelahan dengan Ara.

"Baju kebaya, nak pakai masa kenduri rumah Mel nanti." Jawab Ara. Dia memegang baju kebaya berwarna hitam itu. Cantiknya.

"Kenduri?"

Ara mengangguk kepalanya.

"Kenduri sanding belah lelaki, dekat Kedah." Jawab Ara. Dia melipat baju kebaya itu kemudian dimasukkan semula ke dalam plastik.

"Dekat Kedah? Bila tu?" Gabriel menyoal lagi. Ara memandang wajah tampan suaminya.

"27 Julai." Jawab Ara.

"Tak boleh, abang sibuk." Kata Gabriel sambil memandang wajah isterinya. Dia menyandarkan belakang tubuhnya di kepala sofa itu.

"Kalau abang sibuk, sayang pergi dengan Fiera." Kata Ara. Dia bangkit lalu meletakkan bungkusan plastik itu ke dalam laci meja.

THE KING: GABRIEL ALEJANDRO  | OGWhere stories live. Discover now